Isnin, 18 Mei 2009

KL yang ku Tinggalkan.

Ironinya, aku pernah menulis entri yang aku quote ini. Entri ini disebabkan boss aku pada waktu itu cakap aku tidak bertuah kerana beraya di KL setiap tahun tanpa merasakan perasaan excitement balik kampung.

29 Nov 2002
... Nantilah. Aku dah kahwin sok, aku tak mo dok KL nih. Dok jauh-jauh. Nanti raya, orang balik kampung, aku balik bandar. Aku balik KL. Janji balik raya.


Hah! Itulah orang kata, be careful what you wish for kan? Haha.

Sekarang, tak perlu tunggu hari raya untuk rasa teruja balik KL. Bila-bila nak balik KL, mesti rasa teruja. Sibuk belikan itu-ini untuk anak buah. Awal-awal pagi dah siap packing bag. Baru tahu~

2 hari di KL tak pernah rasa cukup. Rasa sangat sekejab. Nak manja-manja dengan mak ayah, manjakan anak buah lagi. Hariz yang baru berusia setahun dah pandai mengajuk-ajuk apa yang orang cakap. Kuat mengamuk. Alahai. Tak dapat tengok perkembangan dia. Yana dan Atiya pun dah pandai mengeja~ Becok bercerita. Alahai.

Hilang rindu pada keluarga. Tak puas juga sebenarnya~ Hehe.

Mahu juga jumpa kawan-kawan. Encik a2l1e jumpa kawan seuniversitinya di JJ AU3 pada petang Sabtu. Malamnya selepas tamat tengok bola, diva comel ini kami kidnap untuk sesi karaoke 2 1/2 jam non-stop. Peh, puas menyanyi sampai putus suara.

Balik JB semalam petang~ Penat masih terasa.

Jumaat, 15 Mei 2009

LOL 2

Dari sitemeter:




Well, tak boleh salahkan dia~ Dia ingin tahu. Seperti entri ini.


Tetapi, typing question in google?


Nasib baik tak ada question mark di situ. Ekekeke.

Khamis, 14 Mei 2009

Setelah Hujan

Dan garis cahaya menyuluh ke bumi
Sambil melukis pelangi
Tetumbuhan hijau membuka matanya
Dan kehidupan menari

Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi setelah hujan

Dan aku cinta padamu
Dan aku cinta padamu
Dan aku cinta padamu
Dan aku cinta padamu

Rabu, 13 Mei 2009

LOL

Dari sitemeter,




Sudah-sudah tu~ Tak baik gelakkan orang. :-p

Selasa, 12 Mei 2009

Kenapa Aku Tak Suka Tengok Cerita Melayu di TV?

Recently - drama bersiri seperti Rempit vs Impak Maksima, Keliwon, Spa Q, Cinta Q dan macam-macam lagi drama-drama yang aku rasa ntah-apa-apa untuk aku tonton - banyak ditayangkan.

Tak adalah aku mahu kondem cerita tempatan. Tidak. Aku tengok juga drama bersiri - terutama bila ada Fahrin Ahmad. Ahaks!

Tapi itulah - drama-drama tak berkualiti ceritanya, siapa nak layan?

Bukan sebab make up pelakon tebal-tebal. Pelakon kayu pun masuk juga, harap muka saja cantik, berlakon ke laut.

Bukan nak kutuk sangat pun. Tapi~ ish! Tengok tajuk cerita pun dah rasa semacam apatah lagi nak tengok, nak layan. Nak-nak kisahnya tak habis dengan cerita tentang orang dengki sampai nak membunuh, kalau kaya tu - sangat la kaya gila baban, dengan anak-anak muda merempit tapi kononnya mulia dan baik hati budi, cerita hantu yang kononnya seram tapi hantu tak serupa hantu pun - dan kalau disenaraikan di sini banyak sangat kekurangan drama-drama bersiri tempatan ini.

Haih! Menyampahnya la nak tengok drama-drama ni.

Macam cerita Kasut Tumit Tinggi - pelakon-pelakon bagus. Ada Norish Karman, Nanu Baharudin, Amy Mastura. Bagus pelakonnya. Tapi jalan cerita, skrip - kucar-kacir. Satu episod aku tengok - dah boleh expect apa siri ni nak cerita. Tak ada kelainan langsung. Ala Lipstick Jungle versi Malaya. Tapi tak jadi~ Harhar.

Ntah apa-apa~

Layan Discovery Channel lagi bagus!

Isnin, 11 Mei 2009

Tukar

Aku baru berkira-kira mahu tukar layout, warna, atau nama blog ini.

Tetapi aku terhenti bila teringat, seseorang pernah memberitahu aku sedikit masa dulu.

Orang yang suka menukar blog, privatekan entri, tukar layout, tukar nama, atau padam terus blognya; dia tu jiwa kacau.


Terus aku tak jadi nak tukar.



Walaupun jiwa aku kacau - aku tidak mahu orang tahu jiwa aku kacau~ Hehe.

Dari Blog Phewwiitt

And the crowd in JB is fantabuloustic. Gua & band really had fun on stage. Lu orang nyanyi dari start sampai habis. Macam tak puas kita orang malam tu. JB - you guys are truly amazing. Wa caya lu.. Lu orang really made JB live up to the reputation as the city of rock n roll.


Read more

Ahad, 10 Mei 2009

Bulan Madu di Awan Biru..





Apsal suara Amy Search ni sedap lagi nih?

Tekak gua sakit-sakit. Batuk Encik a2l1e teruk selepas tu. Ni semua sebab rock tak ingat dunia la ni~

Jumaat, 8 Mei 2009

The List

Selain dari ambil satu subjek untuk short semester ini, which is class hanya akan bermula pada next week. Cuti-cuti haruslah di isi dengan aktiviti memenuhi masa lapang seperti marathon One Tree Hill dan Grey's Anatomy. Both of this series is my favorite, including CSI. But the main different is, CSI tak buat aku emo-emo sangat. OTH boleh buat emo juga, tapi so-so. But Grey's Anatomy betul-betul buat aku emo dan menyebabkan aku letak satu kotak tisu di sebelah.

Macam semalam, sudah marathon Grey's Anatomy Season 5 sampai episod 10. Bila tengok Danny Duquette menjelma di hadapan Izzie dan muka Izzie yang nak nangis tu saja dah buat airmata aku meleleh. Duh! Emo la Amyz ni!

Selain dari siri-tv yang buat aku emo-emo dan mengisi waktu siang yang sangat lapang (Ye, dari aku tidur, baik marathon siri Grey's Anatomy atau OTH), aku mahu memujuk suami tersayang untuk bawa aku nonton movie atau beli DVD movie yang kitorang missed tengok di panggung.

Antaranya:

Movie yang missed dan nak beli DVD:
Seven Pounds
The Confessions of Shopaholic
Mall Cop
Race to Witch Mountain
Talentime


Coming soon movie wajib tonton:
Terminator Salvation (Release date 28 Mei)
Monster vs Alien (Release date 28 Mei)
Ghosts Of Girlfriends Past (Release date 4 June)
Transformers: Revenge Of The Fallen (Release date 26 June)
Ice Age 3 (Release date 1 July)
Duplicity (Release date 9 July)
Harry Potter and the Half-Bood Prince (Release date 16 July)

Haha. Kopaklah encik a2l1e bila si Amyz mahu nonton tiap-tiap minggu~

Khamis, 7 Mei 2009

Bad Dream

I had a very-very bad dream, and I cried like a baby. *sigh*

Rabu, 6 Mei 2009

No Good

I'm not a good writer, neither a good blogger. Far from popular.

Not good at cooking.

No good when singing. Can't act at all~

Not a good driver.

Not a good friend either.

No good in pleasing people. No good ass-kissing too.

Not a good student. Not even in A-List student.

Not a good employee. Not achieve any award in work field. Mean - I'm no good.

No good in programming.

No good in marketing and selling things to people.

No good in convincing people at all.

No good in there.

No good in that.






But I really hope. Really-really hope. I can be a good wife.

Cerita Lama Amyz