Rabu, 29 April 2009

One Tree Hill



One Tree Hill. Satu-satunya siri TV yang aku ikuti sejak musim pertama lagi. Tak banyak siri TV yang aku suka follow. Sebabnya, aku selalu miss weekly episod, sama ada lupa atau TV suka-suka tukar siaran, atau aku selalu keluar merayau. Ngeee..

Antara sebab-sebab aku meminati One Tree Hill ni ialah:



1. Watak utama. Lucas Scott (Chad Micheal Murray. Dalam season pertama atau kedua (aku kurang ingat), Lucas secara naratif meng-quote tulisan-tulisan penulis terkemuka dunia pada permulaan setiap episod. Sebab Lucas Scott suka membaca dan sedang berusaha menulis buku. Masa aku rasa, peh - bestnya Lucas Scott ni~

Lucas: (voiceover) There is a tide in the affairs of men, which taken at the flood, leads on to fortune but omitted, and the voyage of their life is bound in shallows and mesires. On such a full sea are we now afloat and we must take the current when it serves or lose the ventures before us.
- Julius Caesar




2. Sophie Bush yang memegang watak Brooke Davis dalam One Tree Hill adalah seorang yang sangat cantik dan sexy! Ada lesung pipit bila senyum dan suara yang serak-serak basah menambahkan lagi aura sexy nya. Ferr..

3. All about relationship. Antara mak - anak, antara kawan - kawan, antara ayah - anak. Tentang harapan. Tentang cita-cita. Passion in game - dalam cerita ini Basketball adalah cita-cita mereka. Dan of course, tentang cinta.



4. Seni. Peyton merupakan seorang yang sukakan seni. Dia pandai melukis. Dan menghargai muzik. Di dalam bilik Peyton ada gambar-gambar yang dia lukis. Dan beratus-ratus piring hitam yang menjadi koleksi.

Banyak lagi yang aku suka tentang One Tree Hill. Tiap kali episod, ada saja yang menyentuh hati. Belum lagi yang sedih yang boleh buat aku meleleh. Emotional tau!

Baru habis tengok One Tree Hill season 5 yang aku buat rasa sangat teruja nak beli DVD season 6. Punya minat sampai buat koleksi DVD tu~ Hehe.

Selasa, 28 April 2009

Rumah Kecil Kami

Rumah kami, kecil saja. 2 bilik tidur, 1 bilik air. Ada ruang tamu, ruang makan, dapur dan balkoni kecil. Di sayap C, blok U8, kami diam di tingkat atas sekali, tingkat 8.

Rumah ini sekali dengan perabot. Kemudahan yang disediakan pihak Universiti untuk pelajar (Tak mudah sangat pun. Kena bayar sewa bulan-bulan juga~ Haha.) Perabot yang disediakan berupakan meja makan untuk 6 orang, kerusi dan meja ruang tamu, katil, almari baju, almari solek, meja belajar dan peti ais. Tak lupa juga network port untuk surfing 24jam. Peh. Cool juga.

Kami lengkapkan rumah kecil ini dengan TV dan meja TV. Encik A2l1e pasang Astro sebab malas nak keluar bila ada bola (especially bila ada game MU). Ada komputer dan meja komputer. Dapur pun sudah aku lengkapkan dengan dapur gas, tong gas, ricecooker, electric kettle dan lain-lain barang dapur yang kebanyakannya hadiah kahwin. Dan mesin basuh pun sudah dibeli sebab malas nak hantar dobi setiap minggu. Hihi. Alhamdulillah. Lengkap rumah kecil ini.



Aku tak berapa pandai nak dekorasi. Jadi aku hanya ada satu balang bulat yang aku isi bunga dan daun kering berharuman diletakkan atas TV. Bila rajin, aku nyalakan aromaterapi. Satu balang panjang, aku isikan bunga tulip di letakkan di sudut tingkap antara ruang tamu dan ruang makan.

Aku print gambar kahwin sebesar block poster dan tampalkan di dinding belakang TV, di ruang tamu. Not much I can do with this home, lagipun kami hanya menetap untuk setahun saja. Jadi aku malas nak dekorasi cantik-cantik. Asal rumah sentiasa kemas dan bersih, itu sudah memadai. :-)



Gambar bilik mana boleh tunjuk. Rahsia rumahtangga tu~ Ahaks!!

Isnin, 27 April 2009

Lepas Exam, Amyz Mahu Buat Apa?

Last paper on Sunday, 26 Apr. Pengkomputeran Pintar. Tajuk pun dah boleh buat hilang akal sekejab. Habis exam pukul 5 petang. Sedikit frust sebab apa yang dibaca tidak keluar. Huhu. Tapi, tak mengapa. Tengok nanti keputusannya bagaimana. Mudah-mudahan OK.

Lepas exam.. Pergi Jusco dulukk!! Hehehe.

Lepas exam mestilah cuti. Maka bermulalah cuti aku dari 27hb April - 5 Julai. 2 bulan. Jadilah aku surirumah sepenuh masa. Haha.

Selain dari jadi surirumah. Walaupun begitu, aku tidaklah sepenuhnya cuti kerana aku ada ambil 1 kelas bagi sesi semester pendek bagi memenuhi masa cuti. (Kekonon rajinla tu~)

Disamping itu, aku akan memulakan membuat sistem untuk PSM II. Sistem Pemantauan Projek dengan menggunakan ColdFusion. Ini merupakan satu cabaran kepada programming skill gue. Fuh! Fuh!

Dan juga, aku buat projek membangunkan laman web untuk sebuah sekolah. Bestnya dapat buat web. Dah lama tak buat web. Hehe.

Lain tu, tolong la sikit-sikit buat format komputer, laptop. Tolong encik A2l1e.

Sebelum tu, release tension exam dengan enjoykan diri barang sehari dua. Karoke ka. Mandi laut ka. Tengok Konsert Search ka. Hehehe. ;-)

Info : Search Di Awan Biru. Stadium Tertutup MBJB. 9hb Mei.



Dan, Amy Z! untuk jadi seorang surirumah yang baik. Sila belajar memasak dengan lebih baik lagi yach!

Sabtu, 25 April 2009

Saya Suka Twitter

Bahagian tepi kanan blog ini ada tajuk UPDATE, saya letakkan aplikasi Twitter. Twitter membenarkan kita update dari masa ke semasa tentang kita, apa yang kita lakukan, apa yang kita fikir, bila-bila masa - dengan ringkas - just like that.



Saya sukakan Twitter kerana saya boleh baca status kawan-kawan. Kita boleh follow status sesiapa yang ada Twitter juga. Macam entri ini.

Tapi kadang saya malas nak log in ke laman Twitter.com semata-mata nak update status, atau nak tulis apa yang saya fikirkan. Sebab internet di sini sangat lembab dan mandom, bila dah log in dan habis loading - tunggu lama punya pasal, saya dah lupa apa yang saya nak tulis. Duh!

Nasib baik juga, Twitter menyediakan kemudahan Twitter via sms. Saya boleh update Twitter bila-bila masa saja.

Banyak aplikasi yang synchronize dengan Twitter. Macam Facebook, Wordpress, Blogger, del.icio.us, TwitterFeed, TwitThis dan lain-lain.

Satu lagi yang saya suka. Sangat suka. TWITTERFOX! Twitterfox membenarkan kita update Twitter dengan menggunakan browser Firefox tanpa perlu login. Ya. SMS kan kena caj. 20sen tak silap saya. Jika guna TwitterFox, kita boleh update Twitter dengan mudah, ringkas dan cepat. Tak perlu tunggu Twitter page loading (Jika internet selow macam siput..) dan tak ada sms caj. Oh, I like!

Caranya mudah. Jika guna IE, sila switch ke Firefox (Korang ni lahir zaman bila guna IE lagi ni? Haha~).

Dah guna FireFox? Ok. Klik di sini. Klik butang Add To Firefox. Selebihnya, FireFox uruskan. Bila dah install, masukkan nama dan kata laluan Twitter. Hasilnya.. Tadaaa..

Seperti ini.



Yeay! FireFox sudah ada TwitterFox. Lalalala.. Boleh update Twitter sendiri, boleh tengok status Twitter kawan-kawan yang kita follow dan boleh reply status kawan-kawan. Best! ;-)

Satu lagi aplikasi Twitter yang cool, TwitThis. TwitThis membenarkan kita post URL sesuatu entri pada Twitter kita. Kalau mahu cuba, klik di sini.

Till then, Ciouu..

Jumaat, 24 April 2009

Ambik Ko!

Dulu aku selalu tertanya-tanya kenapa orang dah kahwin, selalunya berisi?.

Tapi bila dah kahwin ni, barulah tahu.

Sebelum kahwin, maintain saja 50kg. Sebelum tu, tak pernah cecah 50kg pun berat. Peh! Rasa macam model saja (Perasan!). Cantik je bila pakai kebaya, baju-baju saiz S. Selamba. Tanpa ada ketakutan. Tanpa was-was. Jeans pun saiz 27 tak boleh blah!


Sekarang~ Ambik ko!




55kg?? Baru 4 bulan kahwin.. Huhuhu~

Baju saiz S tak boleh pakai dah sekarang ni. Nasib baik masih dalam saiz M. Saiz jeans pun dah meningkat tapi belum cecah 30 lagi. Fuh! Fuh! Kebaya? Bila pakai pun~ Tak nampak seksi dah~ Yang ku nampak hanya. Tembamnya aku. Tembamnya aku. Huhuhu.

Apa-apa pun, walaupun berat sudah mencecah 55kg (Hope it will stop gain any more~). But still, BMI ku masih berada pada tahap sihat. Maksudnya, beratku masih sesuai dengan tinggiku. (Ayat untuk sedapkan hati dan diri sendiri.. Huhuhu..)



Dah kahwin, mestilah badan naik sedikit kan.. Sebab happy. Sebab makan minum terjaga. Sebab ada orang jaga kita. Pandai tak hubby I jaga I? Hikhik. (Lagi, ayat sedapkan hati dan diri sendiri~)

Nampaknya lif rosak pun tak boleh membantu usaha menurunkan berat badan. Duh! Bila lif nak oke ni!!

Oh, I really-really need to start diet, exercise and eat healthy food~

Rabu, 22 April 2009

Exam. Oh. Exam



Dah jadi student~ Mana-mana pergi pun mesti kena mengadap satu perkara ni. Perkara yang paling dibenci oleh semua student.

EXAM.

Ferrr.. Perkataan tu saja dah menakutkan. Mendebarkan. Membuat nafas turun-naik. Nervous. Tiba-tiba ada banyak rama-rama dalam perut berterbangan. Peh!

Tak boleh lari. Kalau tak ambil exam, macam mana nak graduate? Macam mana nak pakai jubah labuh dan topi empat segi ambil skrol tipu-tipu dari NC di dewan besar, kemudian ambil gambar depan logo besar U tepi jalan serta dapat bunga dan teddy bear dari kawan-kawan dan yang tersayang, kemudiannya ambil gambar dalam studio dengan mak, ayah, adik, kakak, abang, saudara mara yang sekampung datang ramai-ramai tu?

Nak atau Tidak.

Kena hadapi juga perkara yang paling dibenci ini. Exam.

Hari ini paper pertama bagi aku. Orang lain dah ramai start semalam. English. Pukul 2:30 petang nanti. Ada masa lagi. Rilex-rilex baca blog, main facebook, update blog. (Bengong!)

Esok, aku kena kuarantin. Sebab clash 2 paper pagi dan 1 paper petang. Duh!! Kena ambil 3 paper sekali tapi kena kuarantin. Huhuhu. Mau pecah kepala jawab 3 paper berturut-turut ni nanti. Duh!

Hari terakhir exam 26hb. 2 paper. Pagi dan petang. Harap aku boleh jawab semua soalan. Doakan aku berjaya.

Insya Allah. Amin.

Sabtu, 18 April 2009

Phew



Aku rasa kurus sedikit lah~! Huhuhu..


Fakta cepat:
1. Kami tinggal di tingkat 8.
2. Lif rosak akibat kilat sejak Isnin.
3. Network port turut rosak akibat kilat. No internet at home. Sejak Isnin juga.


Fuh! Fuh!

Khamis, 9 April 2009

Bukan Entri Menarik Simpati...

Haihhh..

Dekat-dekat nak exam ni pula demam. Huhu~

Last semester pun sama juga. Asal nak masuk study week saja, demam. First semester pun begitu. Dah nak exam, lagi 2-3 hari macam tu. Demam + gastrik. Nasib baik tak lama, 2 hari saja.

Ni. Demam lagi~ Haiihh.. Semalam lagi dah panas-panas badan, kepala pening-pening, tekak sakit-sakit. Walaupun tekak sakit, ia tidak menghalang aku menikmati donut J.Co Donut di CS semalam. Hehehe.

Ingatkan pagi tadi dah ok. Siap pergi kelas. Daftar subjek. Masuk tengahari dah tak tahan. Badan gigil-gigil.

Sudah tu, terus berjumpa doktor. Kena inject. Sakit woo~ Tangan cramp dan kebas-kebas, sebab tu kena inject. Aku dah la penakut ubat-ubatan. Inject lagi menyeramkan! Duh!! Doktor beri ubat, MC 2 hari (Tak perlu ke kelas esok~ Huyeah!) dan suruh minum 100Plus.

Kesian tak?


note : Sakit ni bagus - menghapus dosa-dosa kecil. Insaf.

Isnin, 6 April 2009

Jadual Seorang Pelajar

2 April 2009
8am - IT Entrepreneur Mid Term - Project Presentation

3 April 2009
3pm - Projek Sarjana Muda 1 Presentation.

6 April 2009
4pm - Computational Intelligent Project Presentation.

8pm - English Oral Presentation.

7 April 2009
5pm - Ethnic Relationship Presentation.

8 April 2009
Cuti - Birthday Sultan Johor

9 April 2009
8am - Internet Computing Project Presentation


23 - 28 April 2009
Final Examination



Fuh. Fuh. Fuh~
Presentation ini membunuh!! Exam lagi 2 minggu!


Penat dan seteresss~ Huhu.

Kenalah dengar lagu Anuar Zain untuk hilangkan seteres~

Khamis, 2 April 2009

Haihh.. Chubby nya.

Ayah, mak, Kak Teh dan Adik datang melawat dari KL ke rumah aku di sini Sabtu lalu. Duduklah mereka di rumah kecil comel ini. Saja datang melawat dan menjenguk anak kesayangan mereka. Ewah! Perasan~ Ihiks!!


Ayah yang suka pakai topi koboi dan Mak



Ayah nak pergi tengok-tengok Tg Piai. Penghujung selatan Benua Asia. Peh. Tempat bertemunya dua selat. Selat Melaka dan Selat Tebrau. Ada Tg Piai Homestay. Mesti seronok kalau dapat stay semalam dua di chalet atas laut.



UTM pula ada pesta konvo dari 26 Mac - 31 Mac. Jadi dapat bawa mereka menikmati kemeriahan pesta konvo UTM yang selalunya meriah dengan kain-kain dan tudung-tudung. Duh!!

Isnin pagi, Ayah, mak dan adik-adik bertolak balik ke KL - Walaupun mereka singgah ke Ayer Hitam untuk membeli belah (lagi?). Sayu rasa hati~ :-( (Emo sikit)

Masa berbual-bual dengan Mak, Mak beritahu Ayah komplen aku makin berisi. Haiiih!! Tapi sumpah, aku belum berisi apa-apa lagi kecuali lemak-lemak yang berkumpul sebab malas nak bersenam. (Pesanan buat B : Bila nak ajak I berjogging? Uhu~)



Uhu. Aku nampak cubby! B nampak kurus. Tapi jangan percaya sebab itu pandangan sisi yang membayangkan seseorang itu nampak kurus. Ngehehehe. Ok~ tudung itu yang buat muka aku nampak chubby~ Huhu.

Cerita Lama Amyz