Isnin, 30 Mac 2009

Tak Ada Apa-Apa

Bila seseorang lelaki diam, dan kita (wanita) seringkali bertanya, "Kenapa?" Dan mereka selalunya menjawab "Tak ada apa-apa." Memang maksud sebenarnya, tiada apa-apa. Nothing. No hidden agenda. Sebab, mereka tiada apa-apa untuk diperkatakan. Jadi mereka diam. Mereka selesa berdiam untuk rasa tenang.

Jadi. Jangan tanya banyak kali laaa.. Karang naik angin karang, dahhhh~ Gaduh lagi. Ferrrr...

Lain situasi. Pabila wanita senyap, dan lelaki bertanya, "Kenapa?" Lalu dijawab, "Tak ada apa-apa." Selalunya, mesti ada apa-apa. Hehehe.


PS: Aku masih belajar~

Jumaat, 27 Mac 2009

Craving yang Membuat ku Drooling

Sekarang ini asyik rasa nak makan macam-macam. Craving. Bila craving tu, rasa kecur-kecur air liur. Drooling. Peh~

Hari tu ada rasa macam nak makan Nasi Ayam, siap tempat spesifik. Bukan nasi ayam kat kedai-kedai biasa saja nieh~ Nasi Ayam kat Gelang Patah weh.. Sambal dia sangat pedas. Tapi sedap amat! Peh! (dah rasa kecur-kecur air liur dah ni). Sedapnya nasi ayam kat Gelang Patah. Nyum nyum.

Pun ada craving nak minum A&W Float Rutbir. Terasa-rasa kesedapan aiskrim dan rutbir yang bercampur-campur. Dah lalu depan A&W dua-tiga kali, entah kenapa tak tersinggah-singgah. Kejab lagi pergi la beli kejab. Lepas habis kelas ni. Hihi.

Tadi pula, dalam kelas ni. Tiba-tiba teringat popia goreng buatan sendiri. Isi popia yang lazat tu terasa-rasa di lidah. Dengan kerangupan kulit popia yang digoreng. Dicicah pula dengan sos. Pehhhh!!

Ok. Ok. Nak balik. Nak pergi kedai. Beli barang-barang nak buat popia. Series craving ni! Nyum nyum.

Jumaat, 20 Mac 2009

Nur Edisi April 2009

Haih..
Malu pula rasanya~

Tetapi apa yang kita selalu buat sebagai hobi pengisi masa lapang, kadang-kadang ada membawa kesan kepada orang lain.

Tak adalah bermaksud dengan blog ini, aku boleh merubah hidup orang lain. Tak juga. Tapi kerana blog ini, pernah mengubah aku tentang persepsi hidup dan mematangkan fikiran. Kerana blog, aku dapat banyak belajar melalui pengalaman orang lain dan ambil sebagai learning process. Yeap, kita ambil yang baik, kita tolak yang buruk.

Kerana blog ini, aku ada ramai kawan, teman rapat dan sahabat sejati. Kerana blog jugalah, aku berjumpa suami aku (Encik a2l1e bukan blogger, tetapi kawan kepada blogger yang merupakan kawan aku~ Wah, panjangnya cerita.. Bagaimana berputik cinta? Not through blog, tetapi itu dah masuk cerita lain. Maybe will tell ya next time~)

Banyak kisah terselit disebalik kisah 'Blog dan Aku' ini. Banyak yang manis, tak kurang yang pahit. Namun itulah kita katakan sebagai kehidupan.







Rabu, 18 Mac 2009

Oh, High Heel

Oh, I love high heel! Di sini saja koleksi kasut tinggi aku lebih dari 5. Aku memang suka pakai high-heel. Selalunya aku prefer pakai kasut wedges. Pun begitu, ia tetap tinggi dan menyebabkan tekanan pada kaki.

Risiko memakai kasut tinggi seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah.

click to enlarge
Kredit : Ikoko

Since belajar ni, jarang pakai kasut tinggi. Pakai pun sekali-sekala, terutama waktu keluar bershopping, ke kompleks, tengok wayang dsbgnya. Tetapi bila balik rumah, kaki terasa stress dan tertekan. Huhu.

Kesian kaki aku. :-(

Selasa, 17 Mac 2009

Kondem..

Sekarang, selain dari aku sedang happy-happy dengan B dan new life aku, walaupun stress dengan PSM.

Aku juga sering perhatikan orang. Terutama di sekeliling aku. Buat pemerhatian dan analisis sendiri.

Terlalu ramai orang di sekeliling kita ini suka benar merendah-rendahkan orang lain. Bila buat bagus, dikata menunjuk. Bila salah lagilah dikutuk.

Aduhai..

Bagaimana mahu maju jika tiada kata sokongan padu dari kawan-kawan sekeliling sebagai pembakar semangat untuk berjaya?

Bagaimanalah mahu maju begitu?

Aku ini jenis akan support apa pun kawan-kawan aku buat. Aku rajin bagi pujian pada orang yang melakukan sesuatu perkara. Bila gagal tak mengapa, kerana ada ruang untuk memperbaiki di masa depan.

Bukannya sakit pun bagi support dan pujian kan? Bukan luak pun berikan semangat dan kata-kata yang menyenangkan hati? Bukan salah pun.

Yang suka kondem tu kenapa? Pelik lah..

Nah. Baca cerita ni. Jangan suka kondem orang. Tak baik.

Efek Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan Kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik. Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yg melakukan percobaan, saya pun tertarik untuk melakukannya:

1.Tempatkan sisa yg sudah didiamkan semalaman kedalam 2 bekas dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat.
2. Masing-masing di label yg berisi kata2 sbb:
3. Bekas A : " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
4. Bekas B : " Kamu Bodoh, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Sebel Tidak mau dekat dekat kamu "
5. 2 Bekas ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada istri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada bekas tersebut setiap kali melihat bekas2 tersebut.
6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :
Nasi dalam bekas yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.

Sedangkan Nasi dalam bekas yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Kalau di buku di katakan ada yg mencoba dgn tiga botol dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyata beras dlm botol yg diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yg dipapar kata " Kamu Bodoh".

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rekan-rekan kerja kita, dan orang-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran-pikiran yg timbul dalam batin kita.

THE END.

Isnin, 16 Mac 2009

Aku dan Cinta

Ini entri yang sangat jiwang tahap dewata-raya yang tidak terhingga.

Aku wanita~ Aku ini, emotional. Melankolik. Sensitif. Manja. Romantik. Semua itu masih ada dalam aku. Dari dulu lagi. Semenjak azali. Dan dalam hati yang penuh cinta, kasih sayang.

Kerana apabila aku sayang seseorang. Aku akan sayang sepenuh jiwa raga aku. Aku menyinta seperti aku jatuh cinta pada kali pertama.

Setiap apa yang dia lakukan untuk aku, aku jatuh cinta pada dia berulang-ulang kali. Over and over again.

Dan perkara yang dia lakukan untuk aku terlalu banyak. Terlalu banyak sehingga aku bertekad mahu hidup bersama dia, tak mahu melepasnya. Sanggup berkorban apa saja demi cinta, demi dia.

Cinta itu dia.

Tuhan, restukanlah hingga ke syurga..




Byk dengar lagu Usher. Haha.

Khamis, 12 Mac 2009

Berjalan-jalan di Safari

Kalau berkereta dari kolej ke fakulti, kadang-kadang nampak monyet. Bergayut di kabel elektrik. Senang hati.

Ok.

Lepas tu ada kandang rusa pula dekat pintu masuk utama.

Hmm. Menarik. Menarik.

No to mention biawak-biawak yang berenang dengan senang lenang di bawah longkang ala sungai kecil di bawah bangunan CICT.

Aku rasa macam terdengar-dengar dialog mendiang Steve Irwin. "Woooww.. Look at that alligator. It so beautiful!!"

Oh. Lupa satu lagi.

Hari itu sedang melihat bintang dari balkoni rumah, tiba-tiba muncul 2 ekor khinzir dari entah mana. Berjalan-jalan.

Menarik bukan?

Rasa macam hidup dalam zoo err atau lebih tepat lagi safari kot. Sebab zoo banyak kurungan. Haiwan-haiwan kat safari bebas-bebas. Safari lebih tepat.

Hihi.

Rabu, 11 Mac 2009

Rindu..

Lihat titis-titis hujan yang membasahi kaki
waktu ku berdiri tepi balkoni

Tika petang dan mendung.
Lalu hujan pun turun.

Hujan itu membawa kenangan lalu.
Jauh..
Jauh nun di sana.
Ayah dan bonda.
Kakak dan adik.
Kawan dan taulan.

Dan jiwa ku diselubungi rindu~

Selasa, 10 Mac 2009

Sayang Di Sayang

Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran...

Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran...

Murai terkejut berkicau-kicauan
Langit mendung diliputi awan
Alamat bumi disirami hujan

Hatiku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan...

Hatiku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan...

Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung ditinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang

Isnin, 9 Mac 2009

Begitulah Lelaki

Dah lama tak menulis macam artikel di dalam majalah EH. Hihi.

Walau bagaimana kau cuba untuk fahami dia. Sampai bila-bila, kau, wanita, tak akan dapat memahami dia sepenuhnya. Rahsia hatinya seolah lautan yang dalam yang sukar kau selam untuk mengetahui isinya. Apatah lagi untuk meneka apa yang bermain di fikiran mereka.

Lelaki. Begitulah mereka. Penyimpan rahsia terbaik di muka dunia. Tidak seperti wanita. Oh. Bukan aku mahu memperkecilkan wanita di sini. Aku juga wanita, sayang. Apa yang kau rasa, aku telah merasanya.

Kadang lelaki begitulah. Jika diam, biarkan dia diam. Walaupun kita tidak faham mengapa dia diam, dan diam itu sangat menyeksakan kita. Kita biarkan. Dia perlu ada masa untuk dirinya sendiri. Dan dengan cara itu, dia tahu, kita memahami dia.

Dan lelaki memang begitu. Tidak selalu mempamerkan emosi, sayangnya secara terang-terangan. Baginya, suatu seperti itu sangat berharga dan tidak boleh ditunjukkan selalu. Dia sangat menghargainya dan akan ucapkan sayang dan cinta pada waktu yang dia rasa perlu. Cuma kita lah yang selalu tertunggu-tunggu kata cinta darinya. Dah begitulah lelaki. Tiada apa pun dapat merubahnya.

Lelaki dan egonya tidak dapat dipisahkan. Memang begitu. Sukar untuk merayu egonya yang tinggi. Jangan sesekali mencabar egonya. Jangan mencabar dirinya. Jangan cuba. Dia tidak akan berpaling pada kamu lagi. Kita wanita, penuh kelembutan. Rayu egonya dengan lembut kata-kata sebagai senjata yang kita ada. Kita wanita, juga ego. Jika terlalu ego, lelaki tak akan merayu kamu.

Jadi begitulah lelaki. Apa yang perlu kau lakukan hanyalah memahami.. :-)

Jumaat, 6 Mac 2009

Hormonal

Aku memang extra-estrogen ni, masa-masa inilah level emotional dah sama tinggi dengan KLCC.

Buat masa ini sedang menahan seberapa banyak yang boleh. Walau rasa yang bercampur-campur ini rasa nak meledak dari dada.

(Mengeluh. Tapi tak baik kan?)

Biarlah.. Biarkan.. Biarlah..

Khamis, 5 Mac 2009

Bukan Seperti Dulu

Dulu lain, sekarang lain.

Cerita Lama Amyz