Jumaat, 27 Februari 2009

Semester Ini

Semester ini agak kelam kabut. Gara-gara awal semester hari tu, baru diumumkan majoring yang aku pilih tidak ditawarkan. Dan nama telah dimasukkan ke majoring yang lain. Software Engineering. Ferrr.

Dan aku sudah mahu buat Projek Sarjana Muda I semester ini. 3 kali tajuk aku ditolak oleh Jawatankuasa PSM. Sudah tertekan di situ. Sangat.

Tajuk terakhir diterima. Dan aku diselia oleh Ketua Jawatankuasa PSM itu sendiri. Expectation sangat tinggi oke! Tekanan.. Tekanan..

Subjek-subjek semester ini, 17 jam kredit semuanya. 2 subjek majoring yang stress dan 4 subjek biasa-biasa, serta 1 subjek membunuh iaitu PSM~ Huhuhu.

Nak menangis!!!

Isnin, 16 Februari 2009

Powernya Powerpoint

Mana-mana subjek pun, lebih-lebih lagi subjek 2 kredit. Mesti kena buat presentation. Presentation dan powerpoint. Bab presentation tu tak kisahlah. Kalau subjek English, kenalah speaking London. Yes, No, Alright, Thank you. Selainnya, cakap Melayu. Tak kisah sangat nak present ni, seronok dalam nervous. Ye. Presentation selalu buat aku nervous. Bodo lah!

Poin utamanya, bagaimana nak buat presentation dengan baik dan powerpoint yang baik.

Powerpoint, sepatutnya hanya ada poin-poin penting presentation - dimana ia akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh si presenter. Dan powerpoint yang baik adalah powerpoint yang ringkas, kemas, tulisan yang terang dan nampak profesional.

Bukannya apa. Biasalah budak-budak. Diorang letak semua fakta, semua ayat dalam powerpoint sehingga tulisan jadi kecil. Dan apa yang mereka lakukan adalah membaca semula ayat-ayat tersebut. Macamlah pelajar lain tak pandai baca apa yang tertera di layar. (Keji gila aku kutuk ni.)

Tak kisahla tu. They will learn the lesson later~ :-)

Kemudiannya, powerpoint yang penuh dengan animation dan glittering things, ada benda berpusing-pusing dan bergerak-gerak. Yap. Memenuhi setiap ruang kosong yang ada. Gerak-gerak. Blinking-blinking.

Sampai aku rasa pening-pening. Duh!!

Animation is good. But too much of it. No.. Ianya jadi annoying. Sangat.

Tetapi, apabila this coming presentation, bila pensyarah berkata, powerpoint yang menarik, ada animation and so on, akan diberi markah lebih. Aku macam errr..

Owhhh.. No wonderlah student jadi begitu.

Ye lah. Ye lah. Nanti aku letaklah animasi rama-rama terbang dalam setiap slide presentation aku nanti. *roll-eyes*

Khamis, 12 Februari 2009

What's Up?

Duduk di sini, macam berada di timur tengah. No worries. Tiada bom-bom yang meledak. Cuma jiran-jiran aku kebanyakannya dari Pakistan, Iran dan mana-mana lagi. Muka diorang sama je patternnya. Aku pun tak tahu diorang dari mana.

Aku rasa ada family dari Pakistan ko. Diorang cakap hindustan. Peh! Aku rasa macam kat Bollywood pun ye juga.

Jiran paling serupa pun, dari Indonesia.

Ada juga la orang kita yang duduk situ. 2-3 family yang aku nampak. Tapi sumbung. Huh! At least, jiran-jiran pakistan aku tu, senyum gak bila satu lif ke, ape ke. Sumbung kunun!

Bila balik kelas malam. Pak arab-pak arab ini berkumpul di tengah-tengah parking, as if tiada kereta akan lalu, bersembang dalam kumpulan mereka dengan meriahnya. Aku kadang takut gak nak berjalan seorang bila diorang berkumpul ramai-ramai macam tu. Seriau beb. Aku perempuan. Lawa pula tu.. Ok ok. Tak setanding dengan perempuan dari sana la. Diorang lagiii lawa.

Dan wanita mereka yang berkelubung hitam. Bila memandang aku atas bawah, macam aku ni bogel. Oh. Tahulah aku hanya pakai jeans, t-shirt dan tudung simple saja. At least aku pakai baju. Ok ok. Diorang tengok aku macam aku ni alien je. Duh!

Bila mereka masak, aku pun tak tahu masakan apa yang mereka masak. Aku boleh tahu bila mereka masak meggi atau spegeti je. Lain-lain aku tak boleh teka. Aku perhatikan mereka prefer makan masakan yang dipanggang. BBQ.

Ada sekali jiran bawah buat BBQ, asapnya ke atas. Aku dah fikir nak telefon bomba sebab takut rumah di bawah terbakar. Lawak betul.

Mereka ada anak-anak. Peh. Diorang ni hyperactive. (Nak cakap nakal tak boleh, sebab aku belom ada anak lagi. Nanti terkena kat anak aku pulak).

And diorang tak manjakan anak diorang, aku rasa. Kalau anak diorang menangis, dibiarkan sampai budak tu senyap sendiri. Jadinya budak tu meraungla kuat-kuat seberapa lama yang boleh, sampai aku nak tido pun tak dapat. Adeh.. Adeh..

Tak kisahlah. Lama-lama dapatlah aku biasakan diri. Memula je rasa macam berada dalam budaya yang terkejut. Hehehe.

Khamis, 5 Februari 2009

Sedihnya

Semalam, aku dan adik-adik ke Simpang Renggam untuk menemuramah usahawan berjaya bagi memenuhi keperluan subjek Keusahawanan.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Banyak perkara yang dikongsi oleh usahawan tersebut. Termasuklah memberi nasihat kepada kami. Memberi pendapat tentang pelajar melayu. Oh sedih. sedih.

Dan hari ini, aku menyaksikan betapa benar kata-kata usahawan tersebut.

Pelajar melayu.

Isu ini dah muak sebenarnya. Pelajar melayu malas. Pelajar melayu asik rilex. Pelajar melayu asik mahu dibantu. Oh. Muak. Muak.

Sebab kalian tidak lihat seperti mana aku lihat di UTM ini. Bergaul dengan pelajar-pelajar melayu. Melihat pelajar-pelajar melayu.

Hai layu nya lah.

Barulah masuk U. Lagaknya bukan main. Tak hormat kat pensyarah yang sedang bercakap di depan. Mereka di belakang boleh bercakap dan ketawa dengan kuat. Sedih. Sedih. Sayang seribu kali sayang. Peluang tidak diambil dan diguna sebaik-baiknya.

Aku bersyukur kerana ada juga yang tidak begitu. Sejuk hati tengok pelajar melayu yang berusaha sungguh-sungguh mahu berjaya. Macam adik-adik aku ini. Mahu sentiasa dapat A+ dalam setiap subjek. Alhamdulillah.

Moga-moga, melayu tidak layu lagi~ :-(

Cerita Lama Amyz