Isnin, 18 Mei 2009

KL yang ku Tinggalkan.

Ironinya, aku pernah menulis entri yang aku quote ini. Entri ini disebabkan boss aku pada waktu itu cakap aku tidak bertuah kerana beraya di KL setiap tahun tanpa merasakan perasaan excitement balik kampung.

29 Nov 2002
... Nantilah. Aku dah kahwin sok, aku tak mo dok KL nih. Dok jauh-jauh. Nanti raya, orang balik kampung, aku balik bandar. Aku balik KL. Janji balik raya.


Hah! Itulah orang kata, be careful what you wish for kan? Haha.

Sekarang, tak perlu tunggu hari raya untuk rasa teruja balik KL. Bila-bila nak balik KL, mesti rasa teruja. Sibuk belikan itu-ini untuk anak buah. Awal-awal pagi dah siap packing bag. Baru tahu~

2 hari di KL tak pernah rasa cukup. Rasa sangat sekejab. Nak manja-manja dengan mak ayah, manjakan anak buah lagi. Hariz yang baru berusia setahun dah pandai mengajuk-ajuk apa yang orang cakap. Kuat mengamuk. Alahai. Tak dapat tengok perkembangan dia. Yana dan Atiya pun dah pandai mengeja~ Becok bercerita. Alahai.

Hilang rindu pada keluarga. Tak puas juga sebenarnya~ Hehe.

Mahu juga jumpa kawan-kawan. Encik a2l1e jumpa kawan seuniversitinya di JJ AU3 pada petang Sabtu. Malamnya selepas tamat tengok bola, diva comel ini kami kidnap untuk sesi karaoke 2 1/2 jam non-stop. Peh, puas menyanyi sampai putus suara.

Balik JB semalam petang~ Penat masih terasa.

0 comments:

Cerita Lama Amyz