Selasa, 12 Mei 2009

Kenapa Aku Tak Suka Tengok Cerita Melayu di TV?

Recently - drama bersiri seperti Rempit vs Impak Maksima, Keliwon, Spa Q, Cinta Q dan macam-macam lagi drama-drama yang aku rasa ntah-apa-apa untuk aku tonton - banyak ditayangkan.

Tak adalah aku mahu kondem cerita tempatan. Tidak. Aku tengok juga drama bersiri - terutama bila ada Fahrin Ahmad. Ahaks!

Tapi itulah - drama-drama tak berkualiti ceritanya, siapa nak layan?

Bukan sebab make up pelakon tebal-tebal. Pelakon kayu pun masuk juga, harap muka saja cantik, berlakon ke laut.

Bukan nak kutuk sangat pun. Tapi~ ish! Tengok tajuk cerita pun dah rasa semacam apatah lagi nak tengok, nak layan. Nak-nak kisahnya tak habis dengan cerita tentang orang dengki sampai nak membunuh, kalau kaya tu - sangat la kaya gila baban, dengan anak-anak muda merempit tapi kononnya mulia dan baik hati budi, cerita hantu yang kononnya seram tapi hantu tak serupa hantu pun - dan kalau disenaraikan di sini banyak sangat kekurangan drama-drama bersiri tempatan ini.

Haih! Menyampahnya la nak tengok drama-drama ni.

Macam cerita Kasut Tumit Tinggi - pelakon-pelakon bagus. Ada Norish Karman, Nanu Baharudin, Amy Mastura. Bagus pelakonnya. Tapi jalan cerita, skrip - kucar-kacir. Satu episod aku tengok - dah boleh expect apa siri ni nak cerita. Tak ada kelainan langsung. Ala Lipstick Jungle versi Malaya. Tapi tak jadi~ Harhar.

Ntah apa-apa~

Layan Discovery Channel lagi bagus!

3 comments:

ayobkelubi 13 Mei 2009 11:03 PG  

tau takpe beb!..

tapi cinta untuk ain pun chareee gak...

fafarafa 13 Mei 2009 12:47 PTG  

xcuse me. fahrin ahmad aku punye ekk...

ekekekekkekekke

Amy Z! 13 Mei 2009 2:21 PTG  

ayob : alamak.. tak layan la beb~ haha.

fara : ye ke? hikhik. takpe. bleh bermadu. hahahaa.

Cerita Lama Amyz