Sabtu, 25 April 2009

Saya Suka Twitter

Bahagian tepi kanan blog ini ada tajuk UPDATE, saya letakkan aplikasi Twitter. Twitter membenarkan kita update dari masa ke semasa tentang kita, apa yang kita lakukan, apa yang kita fikir, bila-bila masa - dengan ringkas - just like that.



Saya sukakan Twitter kerana saya boleh baca status kawan-kawan. Kita boleh follow status sesiapa yang ada Twitter juga. Macam entri ini.

Tapi kadang saya malas nak log in ke laman Twitter.com semata-mata nak update status, atau nak tulis apa yang saya fikirkan. Sebab internet di sini sangat lembab dan mandom, bila dah log in dan habis loading - tunggu lama punya pasal, saya dah lupa apa yang saya nak tulis. Duh!

Nasib baik juga, Twitter menyediakan kemudahan Twitter via sms. Saya boleh update Twitter bila-bila masa saja.

Banyak aplikasi yang synchronize dengan Twitter. Macam Facebook, Wordpress, Blogger, del.icio.us, TwitterFeed, TwitThis dan lain-lain.

Satu lagi yang saya suka. Sangat suka. TWITTERFOX! Twitterfox membenarkan kita update Twitter dengan menggunakan browser Firefox tanpa perlu login. Ya. SMS kan kena caj. 20sen tak silap saya. Jika guna TwitterFox, kita boleh update Twitter dengan mudah, ringkas dan cepat. Tak perlu tunggu Twitter page loading (Jika internet selow macam siput..) dan tak ada sms caj. Oh, I like!

Caranya mudah. Jika guna IE, sila switch ke Firefox (Korang ni lahir zaman bila guna IE lagi ni? Haha~).

Dah guna FireFox? Ok. Klik di sini. Klik butang Add To Firefox. Selebihnya, FireFox uruskan. Bila dah install, masukkan nama dan kata laluan Twitter. Hasilnya.. Tadaaa..

Seperti ini.



Yeay! FireFox sudah ada TwitterFox. Lalalala.. Boleh update Twitter sendiri, boleh tengok status Twitter kawan-kawan yang kita follow dan boleh reply status kawan-kawan. Best! ;-)

Satu lagi aplikasi Twitter yang cool, TwitThis. TwitThis membenarkan kita post URL sesuatu entri pada Twitter kita. Kalau mahu cuba, klik di sini.

Till then, Ciouu..

3 comments:

Princess Liyana 25 April 2009 6:27 PTG  

huhuhu...twitter mmg best kan..leh tgk and respond to our friends' status..hehe

julianne 26 April 2009 7:56 PTG  

ooo best ke?

Amy Z! 7 Mei 2009 5:29 PTG  

Liyana : Tu yang best tu. :-)

Julianne : Kalo setakat update 2-3 baris je kat blog, baik update kat twitter sajor. Hahaha.

Cerita Lama Amyz