Selasa, 28 April 2009

Rumah Kecil Kami

Rumah kami, kecil saja. 2 bilik tidur, 1 bilik air. Ada ruang tamu, ruang makan, dapur dan balkoni kecil. Di sayap C, blok U8, kami diam di tingkat atas sekali, tingkat 8.

Rumah ini sekali dengan perabot. Kemudahan yang disediakan pihak Universiti untuk pelajar (Tak mudah sangat pun. Kena bayar sewa bulan-bulan juga~ Haha.) Perabot yang disediakan berupakan meja makan untuk 6 orang, kerusi dan meja ruang tamu, katil, almari baju, almari solek, meja belajar dan peti ais. Tak lupa juga network port untuk surfing 24jam. Peh. Cool juga.

Kami lengkapkan rumah kecil ini dengan TV dan meja TV. Encik A2l1e pasang Astro sebab malas nak keluar bila ada bola (especially bila ada game MU). Ada komputer dan meja komputer. Dapur pun sudah aku lengkapkan dengan dapur gas, tong gas, ricecooker, electric kettle dan lain-lain barang dapur yang kebanyakannya hadiah kahwin. Dan mesin basuh pun sudah dibeli sebab malas nak hantar dobi setiap minggu. Hihi. Alhamdulillah. Lengkap rumah kecil ini.



Aku tak berapa pandai nak dekorasi. Jadi aku hanya ada satu balang bulat yang aku isi bunga dan daun kering berharuman diletakkan atas TV. Bila rajin, aku nyalakan aromaterapi. Satu balang panjang, aku isikan bunga tulip di letakkan di sudut tingkap antara ruang tamu dan ruang makan.

Aku print gambar kahwin sebesar block poster dan tampalkan di dinding belakang TV, di ruang tamu. Not much I can do with this home, lagipun kami hanya menetap untuk setahun saja. Jadi aku malas nak dekorasi cantik-cantik. Asal rumah sentiasa kemas dan bersih, itu sudah memadai. :-)



Gambar bilik mana boleh tunjuk. Rahsia rumahtangga tu~ Ahaks!!

2 comments:

saripahbakar 29 April 2009 12:35 PG  

salam,
tumpang lalu - blog yg menarik!

Amy Z! 7 Mei 2009 5:28 PTG  

saripah bakar : terima kasih~ :)

Cerita Lama Amyz