Rabu, 29 April 2009

One Tree Hill



One Tree Hill. Satu-satunya siri TV yang aku ikuti sejak musim pertama lagi. Tak banyak siri TV yang aku suka follow. Sebabnya, aku selalu miss weekly episod, sama ada lupa atau TV suka-suka tukar siaran, atau aku selalu keluar merayau. Ngeee..

Antara sebab-sebab aku meminati One Tree Hill ni ialah:



1. Watak utama. Lucas Scott (Chad Micheal Murray. Dalam season pertama atau kedua (aku kurang ingat), Lucas secara naratif meng-quote tulisan-tulisan penulis terkemuka dunia pada permulaan setiap episod. Sebab Lucas Scott suka membaca dan sedang berusaha menulis buku. Masa aku rasa, peh - bestnya Lucas Scott ni~

Lucas: (voiceover) There is a tide in the affairs of men, which taken at the flood, leads on to fortune but omitted, and the voyage of their life is bound in shallows and mesires. On such a full sea are we now afloat and we must take the current when it serves or lose the ventures before us.
- Julius Caesar




2. Sophie Bush yang memegang watak Brooke Davis dalam One Tree Hill adalah seorang yang sangat cantik dan sexy! Ada lesung pipit bila senyum dan suara yang serak-serak basah menambahkan lagi aura sexy nya. Ferr..

3. All about relationship. Antara mak - anak, antara kawan - kawan, antara ayah - anak. Tentang harapan. Tentang cita-cita. Passion in game - dalam cerita ini Basketball adalah cita-cita mereka. Dan of course, tentang cinta.



4. Seni. Peyton merupakan seorang yang sukakan seni. Dia pandai melukis. Dan menghargai muzik. Di dalam bilik Peyton ada gambar-gambar yang dia lukis. Dan beratus-ratus piring hitam yang menjadi koleksi.

Banyak lagi yang aku suka tentang One Tree Hill. Tiap kali episod, ada saja yang menyentuh hati. Belum lagi yang sedih yang boleh buat aku meleleh. Emotional tau!

Baru habis tengok One Tree Hill season 5 yang aku buat rasa sangat teruja nak beli DVD season 6. Punya minat sampai buat koleksi DVD tu~ Hehe.

3 comments:

Princess Liyana 1 Mei 2009 11:58 PG  

huhu Lucas sgtt hott ok!;)

kingbinjai 4 Mei 2009 10:06 PTG  

belum nak layan

Amy Z! 7 Mei 2009 5:27 PTG  

liyana : Lucas mmg hot. Tapi, akak suka lagi dengan boifren baru Brooke. Hihi.

King : Remaja saja suka layan cerita ni. Haha.

Cerita Lama Amyz