Isnin, 27 April 2009

Lepas Exam, Amyz Mahu Buat Apa?

Last paper on Sunday, 26 Apr. Pengkomputeran Pintar. Tajuk pun dah boleh buat hilang akal sekejab. Habis exam pukul 5 petang. Sedikit frust sebab apa yang dibaca tidak keluar. Huhu. Tapi, tak mengapa. Tengok nanti keputusannya bagaimana. Mudah-mudahan OK.

Lepas exam.. Pergi Jusco dulukk!! Hehehe.

Lepas exam mestilah cuti. Maka bermulalah cuti aku dari 27hb April - 5 Julai. 2 bulan. Jadilah aku surirumah sepenuh masa. Haha.

Selain dari jadi surirumah. Walaupun begitu, aku tidaklah sepenuhnya cuti kerana aku ada ambil 1 kelas bagi sesi semester pendek bagi memenuhi masa cuti. (Kekonon rajinla tu~)

Disamping itu, aku akan memulakan membuat sistem untuk PSM II. Sistem Pemantauan Projek dengan menggunakan ColdFusion. Ini merupakan satu cabaran kepada programming skill gue. Fuh! Fuh!

Dan juga, aku buat projek membangunkan laman web untuk sebuah sekolah. Bestnya dapat buat web. Dah lama tak buat web. Hehe.

Lain tu, tolong la sikit-sikit buat format komputer, laptop. Tolong encik A2l1e.

Sebelum tu, release tension exam dengan enjoykan diri barang sehari dua. Karoke ka. Mandi laut ka. Tengok Konsert Search ka. Hehehe. ;-)

Info : Search Di Awan Biru. Stadium Tertutup MBJB. 9hb Mei.



Dan, Amy Z! untuk jadi seorang surirumah yang baik. Sila belajar memasak dengan lebih baik lagi yach!

0 comments:

Cerita Lama Amyz