Rabu, 22 April 2009

Exam. Oh. Exam



Dah jadi student~ Mana-mana pergi pun mesti kena mengadap satu perkara ni. Perkara yang paling dibenci oleh semua student.

EXAM.

Ferrr.. Perkataan tu saja dah menakutkan. Mendebarkan. Membuat nafas turun-naik. Nervous. Tiba-tiba ada banyak rama-rama dalam perut berterbangan. Peh!

Tak boleh lari. Kalau tak ambil exam, macam mana nak graduate? Macam mana nak pakai jubah labuh dan topi empat segi ambil skrol tipu-tipu dari NC di dewan besar, kemudian ambil gambar depan logo besar U tepi jalan serta dapat bunga dan teddy bear dari kawan-kawan dan yang tersayang, kemudiannya ambil gambar dalam studio dengan mak, ayah, adik, kakak, abang, saudara mara yang sekampung datang ramai-ramai tu?

Nak atau Tidak.

Kena hadapi juga perkara yang paling dibenci ini. Exam.

Hari ini paper pertama bagi aku. Orang lain dah ramai start semalam. English. Pukul 2:30 petang nanti. Ada masa lagi. Rilex-rilex baca blog, main facebook, update blog. (Bengong!)

Esok, aku kena kuarantin. Sebab clash 2 paper pagi dan 1 paper petang. Duh!! Kena ambil 3 paper sekali tapi kena kuarantin. Huhuhu. Mau pecah kepala jawab 3 paper berturut-turut ni nanti. Duh!

Hari terakhir exam 26hb. 2 paper. Pagi dan petang. Harap aku boleh jawab semua soalan. Doakan aku berjaya.

Insya Allah. Amin.

4 comments:

kingbinjai 22 April 2009 8:15 PTG  

amin

effa_tools2 23 April 2009 8:51 PG  

pergh, gua ingat lu main2 je kena kuarantin.ini betul2 kuarantin rupanya..adoii..gud luck eh bebeh.

balduPuteh 23 April 2009 2:56 PTG  

good luck!!

Amy Z! 24 April 2009 8:44 PG  

King : Terima kasih.

Effa : Hahaha. Ini betul-betul. Bukannya cobaan.. Hahaha. Thank you~

Baldu : Terima kasiiihh.. :-)

Cerita Lama Amyz