Jumaat, 24 April 2009

Ambik Ko!

Dulu aku selalu tertanya-tanya kenapa orang dah kahwin, selalunya berisi?.

Tapi bila dah kahwin ni, barulah tahu.

Sebelum kahwin, maintain saja 50kg. Sebelum tu, tak pernah cecah 50kg pun berat. Peh! Rasa macam model saja (Perasan!). Cantik je bila pakai kebaya, baju-baju saiz S. Selamba. Tanpa ada ketakutan. Tanpa was-was. Jeans pun saiz 27 tak boleh blah!


Sekarang~ Ambik ko!




55kg?? Baru 4 bulan kahwin.. Huhuhu~

Baju saiz S tak boleh pakai dah sekarang ni. Nasib baik masih dalam saiz M. Saiz jeans pun dah meningkat tapi belum cecah 30 lagi. Fuh! Fuh! Kebaya? Bila pakai pun~ Tak nampak seksi dah~ Yang ku nampak hanya. Tembamnya aku. Tembamnya aku. Huhuhu.

Apa-apa pun, walaupun berat sudah mencecah 55kg (Hope it will stop gain any more~). But still, BMI ku masih berada pada tahap sihat. Maksudnya, beratku masih sesuai dengan tinggiku. (Ayat untuk sedapkan hati dan diri sendiri.. Huhuhu..)



Dah kahwin, mestilah badan naik sedikit kan.. Sebab happy. Sebab makan minum terjaga. Sebab ada orang jaga kita. Pandai tak hubby I jaga I? Hikhik. (Lagi, ayat sedapkan hati dan diri sendiri~)

Nampaknya lif rosak pun tak boleh membantu usaha menurunkan berat badan. Duh! Bila lif nak oke ni!!

Oh, I really-really need to start diet, exercise and eat healthy food~

6 comments:

fafarafa 24 April 2009 12:49 PTG  

errr...skru ko dh longgar ke blom??? lamanye lif rosak. huuhhuuhuhuh

Amy Z! 24 April 2009 1:30 PTG  

fara : belomm.. skru oke lagi la. masih elok dan tidak longaar. haha. :-p

julianne 24 April 2009 6:26 PTG  

ok la tu.
boleh join team gemok mekdi

* 24 April 2009 7:46 PTG  

akak jom-la start rejime diet cara hitler ni!

:D

Amy Z! 25 April 2009 5:17 PTG  

julianne : hahaha. kena isi borang tak?

asra : ya. mari berdiet. tapi hancur sbb tadi baru makan kat Johnny's. Huhu :(

Princess Liyana 25 April 2009 6:28 PTG  

hu hu hu..akak, tkpe..hubby ada jaga...hi hi hi..

Cerita Lama Amyz