Jumaat, 27 Mac 2009

Craving yang Membuat ku Drooling

Sekarang ini asyik rasa nak makan macam-macam. Craving. Bila craving tu, rasa kecur-kecur air liur. Drooling. Peh~

Hari tu ada rasa macam nak makan Nasi Ayam, siap tempat spesifik. Bukan nasi ayam kat kedai-kedai biasa saja nieh~ Nasi Ayam kat Gelang Patah weh.. Sambal dia sangat pedas. Tapi sedap amat! Peh! (dah rasa kecur-kecur air liur dah ni). Sedapnya nasi ayam kat Gelang Patah. Nyum nyum.

Pun ada craving nak minum A&W Float Rutbir. Terasa-rasa kesedapan aiskrim dan rutbir yang bercampur-campur. Dah lalu depan A&W dua-tiga kali, entah kenapa tak tersinggah-singgah. Kejab lagi pergi la beli kejab. Lepas habis kelas ni. Hihi.

Tadi pula, dalam kelas ni. Tiba-tiba teringat popia goreng buatan sendiri. Isi popia yang lazat tu terasa-rasa di lidah. Dengan kerangupan kulit popia yang digoreng. Dicicah pula dengan sos. Pehhhh!!

Ok. Ok. Nak balik. Nak pergi kedai. Beli barang-barang nak buat popia. Series craving ni! Nyum nyum.

8 comments:

julianne 27 Mac 2009 10:39 PG  

hai, peknen ke

Amy Z! 27 Mac 2009 10:57 PG  

cik kayusakti : hahaha. kalo peknen nanti, u org pertama i bgtau selepas suami i, selepas famili. hikhik. :-p

tak peknen lagik la. ntah. asik nak makan je ni. selera naik plak. haha.

julianne 27 Mac 2009 12:10 PTG  

itu tanda2 awal la tu. hahaha

Amy Z! 27 Mac 2009 12:13 PTG  

cik kayusakti : eh, ye ke? isk isk. kejab lagi nak pegi beli pregnancy test la. hahahaha. :-p

kingbinjai 28 Mac 2009 12:47 PG  

bape bulan dah?

balduPuteh 29 Mac 2009 2:02 PTG  

mungkin tanda2 awal peknen tu kak.makan lah puas2, sebelum mabuk peknen he he...

fafarafa 30 Mac 2009 9:42 PG  

huyyoooo...suda ngidam nampakk. alhamdulillah. (ecehh..padahal tuan punya badan x kompem lagi nih. hhhahahahah)

Amy Z! 30 Mac 2009 12:02 PTG  

king : belum berapa bulan pun. :-p

balduPuteh : belum lagi.

fara : belum lagi. hehe.

Cerita Lama Amyz