Isnin, 9 Mac 2009

Begitulah Lelaki

Dah lama tak menulis macam artikel di dalam majalah EH. Hihi.

Walau bagaimana kau cuba untuk fahami dia. Sampai bila-bila, kau, wanita, tak akan dapat memahami dia sepenuhnya. Rahsia hatinya seolah lautan yang dalam yang sukar kau selam untuk mengetahui isinya. Apatah lagi untuk meneka apa yang bermain di fikiran mereka.

Lelaki. Begitulah mereka. Penyimpan rahsia terbaik di muka dunia. Tidak seperti wanita. Oh. Bukan aku mahu memperkecilkan wanita di sini. Aku juga wanita, sayang. Apa yang kau rasa, aku telah merasanya.

Kadang lelaki begitulah. Jika diam, biarkan dia diam. Walaupun kita tidak faham mengapa dia diam, dan diam itu sangat menyeksakan kita. Kita biarkan. Dia perlu ada masa untuk dirinya sendiri. Dan dengan cara itu, dia tahu, kita memahami dia.

Dan lelaki memang begitu. Tidak selalu mempamerkan emosi, sayangnya secara terang-terangan. Baginya, suatu seperti itu sangat berharga dan tidak boleh ditunjukkan selalu. Dia sangat menghargainya dan akan ucapkan sayang dan cinta pada waktu yang dia rasa perlu. Cuma kita lah yang selalu tertunggu-tunggu kata cinta darinya. Dah begitulah lelaki. Tiada apa pun dapat merubahnya.

Lelaki dan egonya tidak dapat dipisahkan. Memang begitu. Sukar untuk merayu egonya yang tinggi. Jangan sesekali mencabar egonya. Jangan mencabar dirinya. Jangan cuba. Dia tidak akan berpaling pada kamu lagi. Kita wanita, penuh kelembutan. Rayu egonya dengan lembut kata-kata sebagai senjata yang kita ada. Kita wanita, juga ego. Jika terlalu ego, lelaki tak akan merayu kamu.

Jadi begitulah lelaki. Apa yang perlu kau lakukan hanyalah memahami.. :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz