Khamis, 12 Februari 2009

What's Up?

Duduk di sini, macam berada di timur tengah. No worries. Tiada bom-bom yang meledak. Cuma jiran-jiran aku kebanyakannya dari Pakistan, Iran dan mana-mana lagi. Muka diorang sama je patternnya. Aku pun tak tahu diorang dari mana.

Aku rasa ada family dari Pakistan ko. Diorang cakap hindustan. Peh! Aku rasa macam kat Bollywood pun ye juga.

Jiran paling serupa pun, dari Indonesia.

Ada juga la orang kita yang duduk situ. 2-3 family yang aku nampak. Tapi sumbung. Huh! At least, jiran-jiran pakistan aku tu, senyum gak bila satu lif ke, ape ke. Sumbung kunun!

Bila balik kelas malam. Pak arab-pak arab ini berkumpul di tengah-tengah parking, as if tiada kereta akan lalu, bersembang dalam kumpulan mereka dengan meriahnya. Aku kadang takut gak nak berjalan seorang bila diorang berkumpul ramai-ramai macam tu. Seriau beb. Aku perempuan. Lawa pula tu.. Ok ok. Tak setanding dengan perempuan dari sana la. Diorang lagiii lawa.

Dan wanita mereka yang berkelubung hitam. Bila memandang aku atas bawah, macam aku ni bogel. Oh. Tahulah aku hanya pakai jeans, t-shirt dan tudung simple saja. At least aku pakai baju. Ok ok. Diorang tengok aku macam aku ni alien je. Duh!

Bila mereka masak, aku pun tak tahu masakan apa yang mereka masak. Aku boleh tahu bila mereka masak meggi atau spegeti je. Lain-lain aku tak boleh teka. Aku perhatikan mereka prefer makan masakan yang dipanggang. BBQ.

Ada sekali jiran bawah buat BBQ, asapnya ke atas. Aku dah fikir nak telefon bomba sebab takut rumah di bawah terbakar. Lawak betul.

Mereka ada anak-anak. Peh. Diorang ni hyperactive. (Nak cakap nakal tak boleh, sebab aku belom ada anak lagi. Nanti terkena kat anak aku pulak).

And diorang tak manjakan anak diorang, aku rasa. Kalau anak diorang menangis, dibiarkan sampai budak tu senyap sendiri. Jadinya budak tu meraungla kuat-kuat seberapa lama yang boleh, sampai aku nak tido pun tak dapat. Adeh.. Adeh..

Tak kisahlah. Lama-lama dapatlah aku biasakan diri. Memula je rasa macam berada dalam budaya yang terkejut. Hehehe.

0 comments:

Cerita Lama Amyz