Khamis, 5 Februari 2009

Sedihnya

Semalam, aku dan adik-adik ke Simpang Renggam untuk menemuramah usahawan berjaya bagi memenuhi keperluan subjek Keusahawanan.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Banyak perkara yang dikongsi oleh usahawan tersebut. Termasuklah memberi nasihat kepada kami. Memberi pendapat tentang pelajar melayu. Oh sedih. sedih.

Dan hari ini, aku menyaksikan betapa benar kata-kata usahawan tersebut.

Pelajar melayu.

Isu ini dah muak sebenarnya. Pelajar melayu malas. Pelajar melayu asik rilex. Pelajar melayu asik mahu dibantu. Oh. Muak. Muak.

Sebab kalian tidak lihat seperti mana aku lihat di UTM ini. Bergaul dengan pelajar-pelajar melayu. Melihat pelajar-pelajar melayu.

Hai layu nya lah.

Barulah masuk U. Lagaknya bukan main. Tak hormat kat pensyarah yang sedang bercakap di depan. Mereka di belakang boleh bercakap dan ketawa dengan kuat. Sedih. Sedih. Sayang seribu kali sayang. Peluang tidak diambil dan diguna sebaik-baiknya.

Aku bersyukur kerana ada juga yang tidak begitu. Sejuk hati tengok pelajar melayu yang berusaha sungguh-sungguh mahu berjaya. Macam adik-adik aku ini. Mahu sentiasa dapat A+ dalam setiap subjek. Alhamdulillah.

Moga-moga, melayu tidak layu lagi~ :-(

0 comments:

Cerita Lama Amyz