Isnin, 16 Februari 2009

Powernya Powerpoint

Mana-mana subjek pun, lebih-lebih lagi subjek 2 kredit. Mesti kena buat presentation. Presentation dan powerpoint. Bab presentation tu tak kisahlah. Kalau subjek English, kenalah speaking London. Yes, No, Alright, Thank you. Selainnya, cakap Melayu. Tak kisah sangat nak present ni, seronok dalam nervous. Ye. Presentation selalu buat aku nervous. Bodo lah!

Poin utamanya, bagaimana nak buat presentation dengan baik dan powerpoint yang baik.

Powerpoint, sepatutnya hanya ada poin-poin penting presentation - dimana ia akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh si presenter. Dan powerpoint yang baik adalah powerpoint yang ringkas, kemas, tulisan yang terang dan nampak profesional.

Bukannya apa. Biasalah budak-budak. Diorang letak semua fakta, semua ayat dalam powerpoint sehingga tulisan jadi kecil. Dan apa yang mereka lakukan adalah membaca semula ayat-ayat tersebut. Macamlah pelajar lain tak pandai baca apa yang tertera di layar. (Keji gila aku kutuk ni.)

Tak kisahla tu. They will learn the lesson later~ :-)

Kemudiannya, powerpoint yang penuh dengan animation dan glittering things, ada benda berpusing-pusing dan bergerak-gerak. Yap. Memenuhi setiap ruang kosong yang ada. Gerak-gerak. Blinking-blinking.

Sampai aku rasa pening-pening. Duh!!

Animation is good. But too much of it. No.. Ianya jadi annoying. Sangat.

Tetapi, apabila this coming presentation, bila pensyarah berkata, powerpoint yang menarik, ada animation and so on, akan diberi markah lebih. Aku macam errr..

Owhhh.. No wonderlah student jadi begitu.

Ye lah. Ye lah. Nanti aku letaklah animasi rama-rama terbang dalam setiap slide presentation aku nanti. *roll-eyes*

5 comments:

Princess Liyana 16 Februari 2009 9:07 PTG  

huhuhu..memang pening bila slides terlampau byk animation..

tpkan kak,mmg ada lecturer yg suka animation..hi hi hi

Amy Z! 17 Februari 2009 1:06 PTG  

Liyana : Memang. Tu yang pening tu. Haha.

hairieusoff 18 Februari 2009 3:37 PG  

minda lecturernya begitu la pulak kan...rupanya diasuh menjadi gliter gliter slide tu ye...sungguh ku tak mahu...

Po 24 Februari 2009 12:39 PTG  

susah susah sangat..gantungkan aje lampu kelip2 dlm presentation hall.

blinking.

cool.kan?

cute-cat 24 Februari 2009 3:12 PTG  

dear kak amy z,

first of all, nak bitau... kita rindu awak! *hugs kuat-kuat tak mau lepas*

ok. back to the topic.

kak, kalo nak lebih best, belilah lampu disko yg kalerpul tu. letak tgh dewan, malapkan lampu lain. biar berpinar mata lecturer tu menikmati presentation akak.

hikss...

Cerita Lama Amyz