Khamis, 22 Januari 2009

Dah Kahwin Pun, Bestfriend Tetap Bestfriend

Ada waktu-waktu, aku rindu sama kawan-kawan baik aku. Rindu lepak-lepak dengan korang. Rindu nak bergelak-gelak dengan korang. Rindu nak bershopping dengan korang. Rindu kan semua tu.

Jauh ni. Kat Johor. Tak dapat nak lepak macam dulu kan? :-)

Walaupun status dah berubah menjadi isteri orang, tapi kita ni still need kawan baik around us. Nak bercakap ke, nak tukar2 resepi ke, nak minta pendapat ke, nak buat joke yang tak boleh dikongsi ngan suami. Macam benda yang kita buat sebelum kahwin dulu. Girl's Things.

Nett pun dah pindah jauh. Lagi jauh dari aku. Tapi dia rajin turun KL, tak rajin turun Johor. Bluehh!

Tapi semua tu tak tercapai sebab kerana jarak yang jauh. Kalau dekat ni, boleh je nak melepak dengan kawan-kawan baik ni. No hals punya. Lebih-lebih lagi kalau satu tempat kerja. Ferrr.. Boleh melepak dengan Kak Ila, Kak Ina, Ida, Kak Noura dalam surau ke, dalam bilik Kak Ina ke, macam dulu2.. Kan? :-)

Kalau dekat. Bebila masa free (dengan keizinan suami la kan.. Tak mintak izin, kena cop derhaka pulak). Ajak Awin lepak2 dengan Lin kat Kopitiam (Ini encik a2l1e boleh je join sekali). Tak pun gi rumah Daun, sama Nida sekali.

Disini menumpang kasih kawan dengan adik-adik ni. Tak apalah. Sedikit sebanyak rindu pada kawan-kawan baik ni, terubat. Nasib baik masih boleh YM, masih boleh berfacebook dengan kawan-kawan. :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz