Rabu, 29 Oktober 2008

Follow

Aku baru register Twitter. Update ringkas apa yang kita buat via web Twitter atau phone. Kalau nak update panjang-panjang - sila guna blog sendiri. Buat entri.

Ada satu fungsi kita boleh ikuti perkembangan kawan-kawan.



Tak ada apa. Cuma rasa sedikit geli hati dengan ayat "You are following CikDaun", misalnya.

Serta merta, aku terbayang lembaga kuning yang gebu-gebu, ada signal network di badannya. Mengikut kau ke sana-sini. Dan menyanyi;

"I will follow you. Follow you where ever you may go.."

*ketawa_kecil_dan_bahu_terhingut-hingut*

Isnin, 27 Oktober 2008

Restu

Minggu ini, minggu belajar. Kelas tak ada. Silibus sudah dihabiskan minggu lepas. Kekonon nak bagi pelajar masa untuk belajar, sebelum peperiksaan bermula minggu depan.

Tapi hampehla budak-budak ni nak stay kat kolej kalau tak ada kelas. Masing-masing cabut balik kampung. Ceh! Hari Jumaat saja tiket bas dah habis. Seboleh-boleh habis saja kelas hari Jumaat tu, terus angkut beg nak balik kampung.

Termasuklah akak ni. Akak habis kelas hari Jumaat, baru nak cari tiket oke. Kira mulia sikitla~ Hurhur.

Tapi akak tak adalah hari Jumaat tu juga nak balik. Akak ni kira bersabar jugalah. Akak stay sampai Ahad. Lagipun, hari Sabtu banyak jemputan Open House (Tiba-tiba ramai pula kawan akak di Johor kan? Siap pergi Open House segala. Hakhak). Ahad tengahari baru la bertolak balik KL. Sabar itu separuh daripada iman apee..

Bukan apa. Peperiksaan nak dekat ni, akak baliklah sekejap. Jumpa Mak, Ayah. Minta doa restu nak hadapi peperiksaan. Nak minta maaf, moga-moga senang akak jawab peperiksaan. Tanpa doa-restu dan kemaafan dari Mak Ayah, akak rasa jiwa kosong, tak tenanglah. Akak ni memang emotional (banyak). Selalu sangat fikir bukan-bukan. Untuk tenangkan jiwa yang selalunya kacau ni, akak balik rumah, jumpa Mak Ayah minta restu. Barulah rasa damai sedikit.

Moga-moga, berkat doa-restu Mak Ayah, dapatlah akak menjawab peperiksaan dengan tenang, tak gelojoh dan teliti. :-)

Insya Allah. :-)

Isnin, 20 Oktober 2008

Rama-Rama Dalam Perut

Penuh perut dengan rama-rama. Aku rasa. Hari demi hari.

Peperiksaan akhir, beb! Final exam!!

Lagi 2 minggu.

Nervous-nya.

Walaupun dah banyak kali lalui exam ni. Dari sekolah rendah. Tetapi perasaan masuk dewan periksa dan mendapat kertas soalan, selalu buat aku kecut perut. Sejuk perut. Kaki dan tangan.

Nak ambil exam PT_K pun sama juga tau.

Jangan kata exam. Kuiz ke, ujian ke. Macam tu juga. Payah sungguhlah.

Kalau nak tahu, aku sangat nervous masa menjawab. Keluar dari dewan/bilik peperiksaan, kau akan nampak jari-jari aku penuh dengan calit-calit liquid paper. Tu nervous la tu. Selalunya lupa rumus. Tak pun lupa teori. Bila salah jawab, kena padam dengan liquid paper. Keluar dewan/bilik peperiksaan, jari-jari bercalit-calit liquid paper.

"Kakak! Beli liquid paper yang bukan jenis cecair la~" Tegur seorang adik bila melihat jari-jari aku bercalit putih. Duh!

Oh, old-fashion nya aku. Mana ada budak-budak ni guna liquid paper jenis cecair lagi?

Yelah. Esok aku pergi beli. Hari ini aku mahu ulangkaji. Esok ada kuiz.

Final exam hanya 2 minggu~
Kalau lama tak menulis, tak update blog. Aku konon-konon tekun belajarlah tu. Haha.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kongsi Gembira.

Aku ini, sangat senang teruja dengan apa-apa berita tentang kamu, kawan. Jika kamu mahu pendapat aku tentang baju yang kamu baru beli. Aku boleh tengok dan kongsi gembira kamu dengan aku. Kalau kamu beli sepasang kasut yang cantik, aku lagi teruja.

Jika kamu khabarkan pada aku, kamu akan melangsungkan perkahwinan. Sungguh! Aku tambah-tambah gembira. Itulah sesuatu yang kamu mahu. Dan itu yang buat kamu gembira. Moga kamu sentiasa berbahagia dengan hidup baru kamu.

Apatah lagi kamu khabarkan pada aku, kamu sedang mengandung. Oh, kamu tidak dapat bayangkan terujanya aku. Sehingga aku boleh menitiskan air mata. Syukur ke hadratNya.

Dan semalam, Attokz menelefon dari Kuala Lumpur, untuk kongsi kegembiraannya menjadi seorang bapa. Tak tersebut rasa gembira dan terharu. Dan ya, air mata aku menitis gembira. Tahniah Attokz & Faizah!!

Aku suka lihat kawan-kawan aku gembira. Bahagia. Aku sentiasa sedia berkongsi sedih kamu, apatah lagi gembira kamu. :-)

Khamis, 16 Oktober 2008

Fhm ke Bhse Kte?

Kadang,

Pabila terima teks pesanan ringkas dari adik-adik. Berkerut-kerut dahiku hendak memahamkan bahasa sms mereka.

"Kak, kte rasa x mo g kls ari ni." Contohnya la. Ini senang saja. Aku nak tulis contoh lain, tak pandailah~

Bukan apa. Bahasa sms mereka terlalu ringkas. Terlalu pendek. Sehingga sukar otak aku mencerna maksud apa yang ingin disampaikan.

Aku kadang jadi benci dengan bahasa sms yang terlalu ringkas dan terlalu banyak huruf yang dibuang. Sebab, satu - aku sukar faham. Dua, aku benci kerosakan bahasa.

Memandangkan teks pesanan ringkas, ruang tulis terhad. Maka, aku faham mereka mahu guna perkataan yang lebih ringkas dari perkataan biasa. Tetapi, tidaklah sehingga aku tidak memahami mesej yang dihantar. Duh!

Belajar trengkas pun tak seperti bahasa sms moden ini. Ferrr..

Khamis, 9 Oktober 2008

Tak Pandai Fikir.

Nyaris. Aku mahu mengamuk di depan bilik pensyarah English aku yang dismiss kelas kerana ada pelajar yang buat presentation hari ini, tidak bersedia membuat presentation dengan baik.

Selalunya, kalau pensyarah dismiss kelas awal, aku suka saja. Tetapi apabila seorang pensyarah yang dismiss kelasnya kerana kecewa dengan pelajar, aku rasa sedih. Takut ilmu yang aku dapat tak berkat jika pensyarah marah pada pelajarnya. Apa, doa pensyarah pada pelajar pun makbul tau!

Sewaktu aku dan 3 orang kawan menunggu pensyarah aku yang dismiss kelas itu kembali ke biliknya, seorang pelajar lelaki sama kelas English dengan aku itu datang. Untuk berjumpa pensyarah itu juga.

Dia berkata lebih kurang seperti ini, "Mana tahu kalau buat presentation kena pakai smart-smart. Subjek lain tak kena pun?"

Aku katakan, ini skill kelas. Kelas yang ajar tentang kemahiran. Kemahiran untuk membuat presentation yang bagus. Bukankah penting dalam satu presentation, is your appearance?

Budak yang berusia 8-9 tahun lebih muda dari aku itu cuba berlagak pandai. Alasannya, jika diberitahu, mesti semua orang akan berpakaian kemas.

Sebabnya 100% pelajar lelaki cuma berkemeja-t dan berseluar jeans. Inilah yang mengecewakan pensyarah aku. Bukan tidak pernah diberitahu. Tak kanlah nak beritahu setiap kali nak buat presentation.

Aku katakan kepada dia, kenapa semua pelajar perempuan berpakaian kemas? Kenapa tidak pelajar lelaki? Dia senyap. Tetapi masih nak menegakkan benang yang basah. Masih cuba meletakkan kesalahan di bahu pensyarah. Alasan. Pensyarah tak beritahu.

Sedangkan, berkali-kali pensyarah itu sudah pesan di kelas. Berminggu-minggu sebelum hari ini. Untuk datang berjumpa dia. Dan dia akan beritahu apa yang dia harapkan dari pelajarnya dalam membuat presentation itu.

Geram betul aku masa tu. Bertubi-tubi dia kena syarah dengan aku pula. Sehingga adik-adik aku sabarkan. Aku siap speaking english lagi. Biar mereka tahu. Supaya tidak ambil enteng sesuatu perkara. Tidak ambil kesempatan atas kebaikan pensyarah. Dan tidak memandang ringan Bahasa Inggeris.

Esok nak kerja, interview semua dalam English. Baru interview. Belum lagi kau kena present depan top management ke, depan boss pasal kerja. Kalau ada top management tu orang asing, bukan ke kena speaking English? Grammar berterabur, pronounce pun tak betul, ada hati nak cakap orang lain tak betul~ Kalau dah tahu diri tu tak tahu, belajarlah. Kau ingat apa sebab aku masuk U dah tua-tua ni? Sebab nak naikkan taraf diri sendiri. Nak belajar. Nak kutip ilmu. Bukan setakat nak dapat degree semata-mata untuk naik tangga gaji. Ingat banyak sangat ke gaji go_men tu?

Inilah pelajar zaman sekarang ni. Yang aku lihat, majoriti pelajar lelaki. Selesa sangat. Semua nak diberitahu. Semua mahu disuap di mulut. Tak pandai fikir. Tak reti nak usaha. Tak mahu bertanya. Ego. Bodoh sombong!! Eii.. Menyampah!!

Rabu, 8 Oktober 2008

Oh Bahasa

Aku selalu sangat jumpa kesalahan penggunaan bahasa di signage, di papan notis, malah di label-label produk.

Ini aku ambil tadi, di fakulti. Oh memalukan!



Ini aku ambil di Kota Tinggi~ Prempuan aaa..



Ini ambil di Danga Bay. Rigister pun boleh.. Hurhur.



Ini pun di Danga Bay juga. Kuanter ke Kaunter? Duh!



Ada banyak juga yang aku jumpa, tapi tak sempat nak ambil gambar. Sebab sibuk gelak tak ingat nak ambil gambar. Aduh, rosak bahasa!!

Selasa, 7 Oktober 2008

Maaf

Kita tahu, memaafkan seseorang bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu pernah melakukan sesuatu yang amat melukakan hati, amat menyakitkan hati kita. Bagaimana kita boleh maafkan orang itu sebegitu saja? Sedang untuk memaafkan pun sukar, apatah lagi untuk melupakan?

Petikan naratif dari Grey's Anatomy :

Forgive and forget -that’s what they say. It’s good advice but it’s not very practical. When someone hurts us - we want to hurt them back. When someone wrongs us – we want to be right. Without forgiveness – old scores are never settled, old wounds never heal and the most we can hope for is that one day, we will be lucky enough, to forget.


Aku ini bukan seorang yang pemaaf. Dan aku bukanlah seseorang yang mudah melupakan. Apa yang pernah orang lakukan kepada aku. Mungkin aku boleh maafkan. Tapi sukar untuk aku lupakan.

Itu sebab aku terus off dengan seorang kawan baik sewaktu sekolah apabila dia khianati aku satu ketika dahulu. Sekarang apabila dia mahu berbaik dengan aku, aku rasa sangat sukar, kerana aku tidak dapat lupakan apa yang dia pernah lakukan kepada aku.

Itu salah satu keslah.

Satu kes lain, seorang kawan baik yang sudahpun berkahwin baru-baru ini mohon maaf dari aku. Kerana isterinya menyerang aku dengan sms dan panggilan yang amat-amat menyakitkan hati atas alasan aku kacau suami dia. Isterinya mendapati dalam bil telefon suami dia, terdapat nombor telefon aku dan panggilan kepada aku dalam masa 10 minit. 10 minit je cakap dah nak kata aku nak rampas suami dia. Plus, suami dia yang call aku. Tak ingin aku nak call suami dia oke!

Aku tidak reply sms dia. Aku ignore. Aku tak dapat maafkan dia lagi. Not yet.

Moralnya; jika kau pernah buat salah yang amat-amat teruk bagi aku, chances untuk kau berbaik dengan aku adalah 0.0001%. Huhu.

I know. I know. My bad~ Its not good. At all. :-(

So aku faham. Sangat faham. Apabila seseorang yang aku pernah lukakan tidak memaafkan aku. And its ok. I know its not easy.

Orang kata Syawal bulan mulia untuk memaafkan dan memohon maaf. Dan aku perlu memaafkan mereka yang melukakan hati aku. Sebelum aku mendapat kemaafan dari mereka yang aku lukakan.

I'm sorry~

Isnin, 6 Oktober 2008

KAMI. The Movie

Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.



Dah lama aku tak tengok wayang. Hormat bulan Ramadhan (ewah!). Aku pilih untuk tengok filem Kami sebaik sahaja aku sampai di selatan. Senario The Movie? Tak apa. Next hari raya dah ada kat TV. Hahaha.

Kami.

Aku ikuti siri Kami The Series di 8TV tahun lepas. Lagu tema oleh Meet Uncle Husin menjadi salah satu tarikan aku menonton siri ini. Believe me, aku susah sangat nak ikut mana-mana siri TV. Tetapi KAMI, aku siap ulang tengok di youtube lagi. (Konon fanatik la pula). Tak adalah. Mana-mana aku miss, aku tengok di youtube daaa~ :-p

Kalau kau tak follow Kami The Series. Mungkin kau sukar untuk faham cerita ini, lantas kau pilih untuk tonton Senario The Movie. Hurhurhur.

Aku bukan pandai sangat buat review filem. Jadi aku tak mahu tulis panjang lebar. Sebab ulasan Fadz lebih bagus untuk filem ini.

Aku suka filem ini, kerana ianya selamba. Dekat dengan penonton. Ada cerita menarik. Bukan tentang cinta. Tetapi persahabatan. Cantik disusun. Watak Abu yang menyentuh atas kesetiaan kepada sahabat. Ali dan jiwa memberontaknya dengan wajah 'stone' tanpa perasaan itu sangat sukar aku teka emosinya. Lynn dan rahsia yang disembunyikan - TekaTeki dan drug dealer. Sofie yang emosi dan Adi yang ceria.

Kami, bagi aku lengkap. Satu filem untuk muda-mudi kita yang selalunya rebel. Mahu having fun semata-mata lupakan dunia luar yang menekan. Kadang kita lupa untuk menyelami perasaan muda-mudi, walaupun kita telah melalui zamannya.

Oh ye. Kami juga buat aku menangis~ Peh!! Emosi beb. Tergelak-gelak orang kat sebelah tengok aku menangis. Huhuhu.

Liyana Jasmay & Nas-T, well done! :-)

Kalau dah tengok siri Kami, jum tengok Kami The Movie. Sangat berbaloi~ :-)

Jumaat, 3 Oktober 2008

WishList Cik Amyz yang sangat Ferr..

Ishh. Sangat geram dengan W980i yang menggiurkan ini. Harga paling rendah, RM1370. Harga average, RM1750. Harga paling tinggi, RM1870.

I liiookkeee!!

Yang buat guwe jatuh chenta :

1. Walkman - mp3 player.
2. Very sleek design.
3. Slim
4. Of course, camera 3.2MP.
5. Built in FM.
6. 8GB built in memory!!

Ye. Ye. Guwe suka dengar music oke~





Kena kumpul duit nih!!

Khamis, 2 Oktober 2008

Raya Ini Biasa-Biasa

Tak ada yang lebih menggembirakan dari berkumpul dengan keluarga tersayang di pagi raya. Makan ramai-ramai. Bergurau-gurau. Dengan keletah anak-anak buah. Membuat aku rasa sangat bahagia.

Selain dari itu, aku hanya rasa biasa~

Raya yang biasa. :-)

Cerita Lama Amyz