Bilik di rumah agak bersepah sementelah rumah ini direnovasi beberapa minggu yang sudah. Jadi, aku yang tidak betah bilik bersepah pun mulai berkemas. Sudah jadi satu kemestian seorang aku ini, pasti membelek-belek sebelum menyusun kembali.
Aku jumpa fail-fail yang mengandungi kertas-kertas bercetak email-email kerja, senarai tugas harian dan beberapa dokumen tentang kerja aku, sewaktu aku bekerja di KP_KT.
Jujur aku akui, aku sangat sukakan kerja-kerja di KP_KT yang sangat sesuai dengan jiwa aku. Database sistem dan teknikal. 3 tahun di situ, aku tercampak di dua unit. Unit sistem dan unit teknikal. Nasib baik, aku sukakan kedua-dua tugas di situ.
Database sistem, walaupun disiapkan oleh vendor, namun menyelenggarakan sistem itu selalu menjadi kesukaan aku. Cabaran datang dari pengguna sistem selalu buat aku bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah mereka menjadikan aku selalu gembira apabila aku dapat menyelesaikannya.
Bahagian teknikal pula, menyelenggara komputer, rangkaian dan server selalu mencabar keupayaan aku. Email-email dari pegawai yang aku print, dan aku baca tadi, menjadikan aku rindu pada suasana kerja yang sentiasa ada, tidak statik, masalah berubah-ubah dan kepercayaan pegawai memilih aku menjalankan tugas. Aku sangat excited melakukan tugas hingga selesai. Barulah aku rasa sangat puas.
Seronok sangat bila dapat buat kerja-kerja macam tu. Tak adalah statik depan komputer semata-mata.
Tapi itulah. Ada sebab kukuh kenapa aku pindah dari situ ke NR_E Putrajaya. Hmm. Tak mengapalah. Kerana jalan mana pun yang aku pilih, aku pasti dengan kebaikan, kebahagiaan dan rahmat yang menanti. Insya Allah. :-)