Ahad, 31 Ogos 2008

Entri Sedih Konon

Di sini, cuti sampai hari Selasa, beb. Adik-adik satu kolej/course semua pakat-pakat balik kampung. Tinggal lah aku seorang di kolej. Room-mate pun balik kampung juga. Tak best betul.

Esok pagi-pagi nak sahur pun seorang juga. Lagi tak best~ Seumur hidup sahur dengan famili. Esok, untuk kali pertamanya. Tanpa famili. Seorang. Ferrr.. Tak tahulah esok pagi-pagi subuh tu aku menangis-nangis ke tak. (Err.. Dan tak tahulah aku dapat terjaga ke tak pagi-pagi tu.) Barulah aku rasa perasaan seorang perantauan yang jauh dari famili. Huhuhu.

Hari ni anniversary Mak & Ayah. Tak dapat nak celebrate dengan mak, ayah & famili. Sedih kuasa dua. Hukhuk.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Tangan Yang Ada Magis

Tiba-tiba.

Padam. Gelap. Ada perempuan yang menjerit di bilik sebelah-sebelah.

Benci betul time buat assignment ni pula tiba-tiba black-out.

Ada satu bilik kecil dekat dengan tangga, tempatkan suis-suis kuasa untuk tingkat itu. Suis utama ter-off, mungkin kerana ada pelajar yang overuse elektrik. Entahlah. Selalu jadi macam ni. Boring betul asyik aku saja yang nak kena on kan balik power tu.

Tadaaa.. Ada elektrik balik.

Seorang dua perempuan-perempuan menjenguk dari bilik. Sengih-sengih. Ini mesti dia yang overuse elektrik ni. Sengih serba salah la tu.

OK. Boleh sambung buat assignment balik.

~~~~~

Ada satu mesin basuh RM2/- di tingkat bawah selalu tidak menerima syiling pelajar untuk menggunakannya. Ia tolak syiling keluar semula.

Rosaklah mesin basuh ni, Kak. Adu seorang pelajar. Dia letak sebakul kain di mesin basuh sebelah yang masih membasuh baju pelajar yang awal datang. Lepas itu dia berlalu.

Aku. Terkemudian datang dari dia. Menjenguk mesin basuh yang dikatakan rosak tadi. Cuba masukkan syiling. Mesin itu tidak terima syiling aku. Aku letak bakul di lantai. Off-kan suis power mesin itu. On-kan semula.

Masukkan syiling.

Tadaaaa... Syiling aku diterima.

On-kan mesin basuh. Air mengalir masuk ke tab. Masukkan cecair pencuci. Biar sekejap sehingga suku tab dipenuhi air. Masukkan baju, sehelai demi sehelai. Tutup lid mesin basuh. Naik bilik. Tunggu 45 minit. Mudahnya hidup.

Selasa, 26 Ogos 2008

Aprisiasi

Kadang, kita rasa apa yang kita berikan sangat mudah. Dan tidak boleh berapa dibanggakan sangat apa yang kita berikan pada orang lain. Kita rasa biasa-biasa saja.

Tau saja favorite aku coklat!

Tapi sekecil mana pun budi kita pada orang, kita rasa honor dan terharu, bila dihargai. :-)

Dalam coklat ada cermin. Tau saja aku kuat bersolek! Haha.

Terima kasih cik Nett. Walaupun kecil, ianya cukup besar maknanya bagiku. :-) Terima kasih sangat-sangat. Ihiks! I tolong u sikit je~

Budi yang baik, dibawa sehingga ke mati.

Dan seperti itulah aku sentiasa menghargai segala perhatian dan kasih sayang dari si_doktor_hati yang tak pernah jemu melayan segala kerenahku.

Isnin, 25 Ogos 2008

Oh.. Pashmina.



Merujuk kepada entri ini, selendang yang dipakai di bahu itu dinamakan Pashmina.

Kalau original Pashmina, ianya diperbuat dari fabrik cashmere. Ferrrr.. Hangat badan bila dibaluti Pashmina cashmere. No wonder la budak-budak ni pakai bila tengok wayang atau pergi kompleks beli-belah. Haha.

No worries. Jika Pashmina cashmere mahal untuk dimiliki. Pashmina murah-murah boleh di dapati dari Indonesia. Di Bandung banyak jual Pashmina. Bukan dari fabrik cashmere la tapi~ Fabrik campur. Aku tak ingat apa. Lembut juga jenis kainnya. Ferr...



Ada rupanya Pashmina di rumah gue. Baru tau bila tengok-tengok dalam almari. Hurhur. Kalau pergi Istana Budaya, tengok teater, bolehlah pakai Pashmina. Ihiks! ;-)

Selasa, 19 Ogos 2008

Gi Terengganu nih!



Ada di Terengganu sempena Cuti Sekolah, Cuti-Cuti Malaysia, Tahun Melawat Terengganu 2008 dan Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa.

Tak. Sebenarnya, ayah out-station di sini. Buat broadcast program Majlis Tilawah Al-Quran. Ambil kesempatan melancong di Terengganu buat lawatan sambil belajar.

Betul. Aku pergi buat lawatan tadi. Musium Terengganu. Taman Tamadun Islam. Masjid Kristal. Lawatan sambil belajar la tu. Aku kan student~ Ihiks!

Okayy.. Lepas lawatan kan. Kan. Biasanya, cikgu akan bawa kita pergi shopping kan? Kan? Hikhik.

Yeay! Esok pergi Pasar Payang pula~

Isnin, 18 Ogos 2008

Tentang Kerja.

Bilik di rumah agak bersepah sementelah rumah ini direnovasi beberapa minggu yang sudah. Jadi, aku yang tidak betah bilik bersepah pun mulai berkemas. Sudah jadi satu kemestian seorang aku ini, pasti membelek-belek sebelum menyusun kembali.

Aku jumpa fail-fail yang mengandungi kertas-kertas bercetak email-email kerja, senarai tugas harian dan beberapa dokumen tentang kerja aku, sewaktu aku bekerja di KP_KT.

Jujur aku akui, aku sangat sukakan kerja-kerja di KP_KT yang sangat sesuai dengan jiwa aku. Database sistem dan teknikal. 3 tahun di situ, aku tercampak di dua unit. Unit sistem dan unit teknikal. Nasib baik, aku sukakan kedua-dua tugas di situ.

Database sistem, walaupun disiapkan oleh vendor, namun menyelenggarakan sistem itu selalu menjadi kesukaan aku. Cabaran datang dari pengguna sistem selalu buat aku bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah mereka menjadikan aku selalu gembira apabila aku dapat menyelesaikannya.

Bahagian teknikal pula, menyelenggara komputer, rangkaian dan server selalu mencabar keupayaan aku. Email-email dari pegawai yang aku print, dan aku baca tadi, menjadikan aku rindu pada suasana kerja yang sentiasa ada, tidak statik, masalah berubah-ubah dan kepercayaan pegawai memilih aku menjalankan tugas. Aku sangat excited melakukan tugas hingga selesai. Barulah aku rasa sangat puas.

Seronok sangat bila dapat buat kerja-kerja macam tu. Tak adalah statik depan komputer semata-mata.

Tapi itulah. Ada sebab kukuh kenapa aku pindah dari situ ke NR_E Putrajaya. Hmm. Tak mengapalah. Kerana jalan mana pun yang aku pilih, aku pasti dengan kebaikan, kebahagiaan dan rahmat yang menanti. Insya Allah. :-)

Sabtu, 16 Ogos 2008

Lelaki vs Perempuan

Sebagai seorang yang super-senior (bukan senior citizen ye!) di kalangan adik-adik di sini, aku sering ditanya pendapat oleh adik-adik tentang apa jua permasalahan dan konflik yang mereka lalui.

Kalau adik-adik lelaki, mereka akan tanya;

"Kak, saya ingat nanti la kan, nak ambil majoring network lah."
"Bagus tu. Boleh buat duit tu.."

atau;

"Kak, kalau macam mana nak apply kerja government?"
"Kena apply via SPA. Online sekarang. Senang."

ataupun;

"Kak, kerja apa yang sesuai untuk saya ye?"
"Awak buat kerja yang awak suka."

Akan tetapi, adik-adik perempuan pula rajin bertanya isu-isu begini;

"Kak, macam mana nak buat kalau ada dua lelaki suka kat kita pada masa yang sama?"
"Awak pilihlah mana yang awak suka. Yang awak rasa bahagia."

atau;

"Kak, lelaki ni kan, memang suka ada perempuan lain ye?"
"Tu lelaki hampass!"

Quote selitan : Woman need a reason to cheat. Men just need a woman. Hurhur..

ataupun;

"Akak, akak dah fikir nama anak tak?"
"Haiyoohhh..!"

Hihihi.

Tapi bukan salah mana-mana pihak pun. Sebab lelaki akan gadaikan cinta untuk dunia, sebaliknya wanita gadaikan dunia untuk cinta.

Kalian. Jangan salah tafsir. Jangan salah sangka. Jangan terasa. Its just a differentiate between men and women. Peace!

Jumaat, 15 Ogos 2008

Lagu Hari Ini

Balik kampung..
OoOo Balik kampung..
OoOo Balik kampung...
Hati giranggggg..

Balik kampung..
OoOo Balik kampung..
OoOo Balik kampung...
Hati girang.

Lalalalala...

PS: Bila jadi student, saat yang paling best ialah balik kampung. *grin*

Selasa, 12 Ogos 2008

Tandanya



Ini bukan cincin tunang~
Cuma aku sudah menjadi kepunyaan orang~


Duh, tak cantiknya tangan ku~

Jumaat, 8 Ogos 2008

Berusahalah!

Walaupun pening-pening dengan assignment. Terutamanya assignment yang ada programming, tetapi cik Amyz tetap happy.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 3 Ogos 2008

Semester Ini, Penat Sedikit dari Semester Lepas

Sedar tidak sedar, Ogos sudah tiba. Dah sebulan kelas bermula. CPU masih hangat menerima input pensyarah. Membawa 17 jam kredit sepanjang semester ini, dan beberapa perkara lain, aku sudah rasa sedikit lelah dan terkejar-kejar.

Tiap hari Selasa, Rabu dan Khamis, kelas dari pagi sehingga petang, menjangkau ke malam. Namun aku enjoy dan seronok belajar. Nasib baik juga dapat pensyarah yang sporting. Tak garang dan selalu memberi ekstra penjelasan pabila pelajar kurang faham. Kelas yang paling aku enjoy, kelas english. Tapi minggu depan ada individual presentation pula. Nervous-nyaa.. Huhu. Tajuk pun tak fikir lagi. Duh!

Semester ni, rasa lebih seronok sebab dah rapat dengan adik-adik satu kelas. Bila dah rapat, mesra, bergurau sama-sama. Makan sama-sama. Aku rasa kembali muda belia. Ewah!! Walaupun adik-adik usianya lebih muda. Sebaya dengan adik aku yang second last tu, tapi rasa macam kawan-kawan sebaya. Diorang pun boleh terima joke aku. Aku pun boleh gurau-gurau dengan diorang. Happy aku! At least, kami belajar sama-sama, enjoy pun sama-sama.

Alhamdulillah. Tiada luahan yang lebih baik dari mengucapkan syukur atas hikmah, rahmat, hidayah dan rezeki dari Nya. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah.

Dan. Semester ini, walaupun lebih penat dari semester lepas, tapi ia lebih seronok dan mengujakan. Semoga aku dapat bertahan dengan setiap tekanan. :-)

Cerita Lama Amyz