Rabu, 30 Julai 2008

Akak Ada Blog Eh?



Aku bergaya baju BLOGGER ke kafe baru-baru ini. Saja. Mahu menunjuk-nunjuk. Maklumlah. Blogger kan glemer sekarang ni?

Kemudian, aku ditegur.

"Baju apa ni? Blogger?"

"Yeap!"

"Mana beli?"

"Orang yang ada blog je boleh beli. Haha."

"Akak ada blog eh? Apa url?"

"Rahsia."

"Nama pun blog, nak rahsia pebenda?"

Haha. Lalalala.. Seganlah nak bagi budak-budak tu baca. Buat malu je nanti. I kan pemalu orangnya. :-p

Kalau pandai guna google. Mesti jumpa. Kan? ;-)

Selasa, 29 Julai 2008

Besarnya Batu

Sekarang ini, fesyen tudung adalah dengan deretan batu-batu berkilau-kilau di tepinya. Silau mata mak memandang. Ferrr...

Aku ini orang sederhana. Batu kecil-kecil bertabur di tudung sudah cukup bagi aku. Jadi bila aku nampak deretan batu besar-besar di tepi tudung. Fikiran aku dah terbayang. Iiee.. Beratnya kepala aku dek batu-batu ni kalau aku pakai tudung fesyen ni.

Dan harganya juga boleh membuat mata kecil aku ini terbeliak. Mencecah RM200++, nyahh!!

Beli processor ke, hard-disk ke, RAM ke.. Lagi bagus!! Kata encik Superhero.

Haha.

Ahad, 27 Julai 2008

Cantik 101

Ada orang kata,

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan.

Aku kata,

Semua orang cantik. Cuma rajin dan tidak saja.

Maksudnya, kalau dia nak nampak dia cantik. Dia akan usaha untuk jadi cantik. Bukan duduk di satu sudut dan meratapi nasib, "Uwaaa.. aku tak cantik.. Tak siapa nak kat aku.. Uwaaa.."

Tuhan tak beri rezeki dari langit jika kita tidak berusaha bekerja kan? Diri kita, tanggungjawab kita. :-)

Untuk jadi cantik tak semestinya make up tebal seinci atau gincu bibir merah menyala. Itu semua sampingan. Itu semua watak tambahan. Macam perisa dalam masakan. Ada perisa, tambah sedap. Tak ada pun, tak apa. Bagi aku.

Menjaga spiritual/rohani, makanan dan pemikiran. Bersihkan hati dari dengki, amarah dan iri-hati. Jadi orang yang pemaaf, pemurah, suka/mudah tersenyum dan positif. Makan makanan yang bersih, halal dan tidak menjejaskan kesihatan.

Insya Allah. Dari dalam yang bersih akan lahirkan kecantikan semulajadi. Tanpa make up seinci pun, kau dah nampak cantik. Kemudian, barulah berhias untuk tampak lebih cantik dan berseri.

Jumaat, 25 Julai 2008

Personaliti Dan Haiwan

Aku dapat email dari kawan. Tentang personaliti dan haiwan berdasarkan tarikh lahir kita.

Bagi aku yang lahir antara Februari 01-05, dikatakan mempunyai personaliti berdasarkan haiwan kucing.

Deskripsinya;
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Fast Fact About Me, based on description above. (Jika kamu malas baca ayat yang panjang-panjang tu..)
1. Aku seorang yang penyayang.
2. Aku suka belajar perkara baru dan bersungguh-sungguh.
3. Aku cepat mengamuk a.k.a emo (Blame the estrogen) Naa.. Actually I have to learn how to control it!
4. I'm cool, dude.
6. Aku bijak bergaya. Of course. Of course. Haha.
7. Aku bijak bersosial. Haha. Funny. Actually, I'm not very good at it.
8. Damn right. Aku sangat memilih kawan.

Yang berkongsi personaliti seperti aku adalah orang yang lahir antara Mac 24-31, Jun 25-30, Julai 27-31, September 15-27 dan November 17-30.

Aku rasa macam malas nak paste semua personaliti berdasarkan haiwan. Banyak. Tak larat kamu nak skrol ke bawah untuk membaca semuanya.

Khamis, 24 Julai 2008

Good Hair Day

"Cantiknya rambut akak. Rebonding eh?"

"Ha ah.. Hikhik."

"Nampak lebih muda.."

"Ye ke?"

"Macam umur 21 tahun..!!"

"Tengahari ni free?"

"Kenapa?"

"Jom. Akak belanja.."

Hikhikhik.

Selasa, 22 Julai 2008

Hari ini Dalam Sejarah

Hari ini dalam sejarah~

Sebaik-baik aku ini yang selalunya menurut peraturan universiti ini. Contohnya : Tampal stiker U. Tampal stiker kolej. Bayar duit barang elektrik (Ramai tak bayar tau..). Balik sebelum pukul 12. Letak kereta di tempat parkir pelajar. Pakai kad matrik. Pakai kemas pada "Smart Day". Hantar borang add/delete subjek pada waktu ditetapkan. Etc. Etc.

Pendek kata. Seboleh-bolehnya aku elak dari kena denda lewat, denda itu, denda ini yang dikenakan kepada pelajar. Macam-macam rules. But, aren't rules mean to be break? Haha.

As pelajar yang mengikut peraturan. Aku terpaksa akui aku imperfect. Kecuaian yang sedikit mengundang keburukan.

Tadi. Ada road-block.

"Adik, mana boleh lalu sini. Bak kad matrik"

Dan sehelai surat saman atas kesalahan lalulintas mencacatkan rekod bersihku. Huhu.

Jumaat, 18 Julai 2008

Dan Hilang

Hilang percaya. Pada berita. Pada suratkhabar. Pada television. Pada radio. Pada semua media-media. Pada internet.

Dan lebih menyedihkan, sudah hilang percaya pada mereka yang memimpin, kononnya menjaga kebajikan rakyat, tetapi lebih kepada menjaga kebajikan diri mereka sendiri.

Semua palsu.

Penuh tipu-daya.

Penuh muslihat.

Demi kuasa dan kepentingan diri sendiri. Tanpa memikirkan rakyat yang menderita dan menangung akibat atas setiap kesalahan pemimpin yang makin songsang.

Akal kamu dan aku yang waras saja yang tahu mana yang betul dan mana yang salah.

Tuhan selalunya memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya. Mudah-mudahan suatu hari nanti Tuhan kan tunjukkan kebenarannya. Dan moga-moga negara tempat aku dilahirkan ini aman dari sebarang bencana.

Amin~

*sigh* T_T

Rabu, 16 Julai 2008

Tentang Aku

Kalau kamu tanya (dengan cara yang baik), baru aku jawab (dengan baik juga). Kalau tidak, aku tidak pernah suka-suki beritahu hal peribadi dan peribodi aku pada sesiapa.

Kalau nak tahu, tanya aku sendiri. Jangan tanya kawan kepada kawan kepada kawan aku tentang aku. Dan sebarkan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kamu, tentang aku. Dan kawan-kawan kamu akan telefon dan tanya aku, "Betul ke?"

Aku rimas!!!

Sebab aku paling benci orang percaya rumor atau cerita orang lain. YM atau sms atau telefon, berkata "Aku dengar kau dah kahwin." Atau, "Kau dah bertunang?" Dari siapa kau dengar, aku mahu tahu dan ketuk kepala mereka dengan senduk kayu.

Dan sebab lainnya; aku boleh tahu. Kamu-kamu semua ada mengumpat aku. :-p Bwekk!!

Isnin, 14 Julai 2008

Koleksi Peribadi?

Semalam, di Astero.

Az_nil : Macam mana gambar boleh tersebar? Katanya koleksi peribadi.

Artis : Ya. Betul. Koleksi peribadi. Saya letak gambar-gambar itu di MukaBuku. Jadi saya tidak tahu, bagaimana gambar-gambar itu boleh tersebar~

Deng!!! What the ****??

Khamis, 10 Julai 2008

Panggil Je, Kak Amy

"Salam.. Ni kelas *nama_subjek* kan?"

"Ha ah."

"Saya E. Awak?"

"Hmm.. Panggil je Kak Amy."

"Kakak ke? Bukan baya-baya?"

"Kakak~ Betul. Umur awak berapa?"

"22"

"Ha.. Akak 28. Hihi. Akak dah kerja, tengah cuti sambung belajar."

"Ohh. Bagusnya. Rajin betul nak study lepas kerja ye? Err.. Dah kawen?"



Alamekkkk...~~

Selasa, 8 Julai 2008

Sepi Itu Indah

Baca entri ini dengan iringan instrumental Sepi ini tau..

Sepi Instrumental


Semalam ada room-mate. Hari ini sudah tiada. Room-mate sudah pergi ke KTR dan menetap di sana. Mungkin tidak betah tinggal di K9. Atau tidak betah ber'room-mate' dengan seorang "kakak" tapi perangai macam budak-budak ini. Agaknya lah. Hurhur.

Di bilik ini. Ada katil dua. Almari dua. Meja tulis dua. Yang satu cuma aku. Seorang. Kadang bosan. Kadang sepi. Kadang indah.

Tak apa. Next semester, aku pastikan dapat seorang room-mate yang best! ;-)


Dan lagi. Aku sepatutnya ada kelas pagi ini tetapi sudah terponteng sebab lewat sedar tidur. Deng!! Macam mana mahu dapat dean list macam ni? Double deng!!

Ahad, 6 Julai 2008

Pagi Yang Cerah


Come and rest your bones with me
Driving slow on Sunday morning
And I never want to leave


Dah sampai dah di Universiti yang berupa bulatan. Dah pergi kolej sembilan. Dah register bilik dan dapat kunci. Dah dapat bilik. Tingkat 2. Yeay!

Dah bayar untuk barang-barang elektrik yang digunakan sepanjang semester dengan sekali pembayaran yang begitu mahal untuk student.

Dah unpack baju. Belum unpack barang dalam kotak. Belum sapu habuk dalam bilik. Tengah fikir nak beli tikar getah atau tidak untuk bilik ini. Nak mop pun macam malas lagi.

Penatnya~ Penat drive seorang belum hilang. Penat mengemas lagi bertambah-tambah. Esok dah start kelas ke? Huhuhu.

Selamat belajar dan memulakan semester baru cik Amyz!!

Eh. Eh. Ada Jom Kepoh di Danga Bay. Ada Anuar Zain tuuu... Ngehehehe. ;-) *Tumbuh tanduk*

Selasa, 1 Julai 2008

Main Campak-Campak



"Wah. Sedapnya spaghetti cik Nida.."

"Ala.. bukan susah sangat buat spaghetti. Campak-campak je.."

Lalu kami pun makan-makan sampai bertambah dua-tiga kali.

"Eh. Lupa ambil gambarlah.."

Deng!! Lupa ambil gambar sebab masing-masing sedang lapar. Jadi, yang kelihatan hanyalah pinggan-pinggan kosong dan kuah spaghetti di dalam mangkuk yang hampir habis.

Terima kasih atas t-shirt blogger dan spaghetti yang sedap. Mwahs!!

Cerita Lama Amyz