Selasa, 27 Mei 2008

Renovasi Blog

Tukar layout adalah salah satu proses renovasi blog yang selalu aku buat apabila idea untuk menulis ketandusan.

Tema akan bertukar mengikut mood. Jika mood baik, aku menukar layout ala-ala suci-murni dan berwarna putih. Jika mood gothic dan hauskan darah, aku suka menggunakan warna hitam. Manakala apabila mood melankolik merasuk jiwa, aku akan tukarkan blog dengan warna kelabu, hitam dan putih.

Warna layout baru ini merah. Banyak maksud untuk warna merah. Jadi aku mahu biarkan kalian berteka-teki, mood apakah merasuk aku kini. :-)

Isnin, 26 Mei 2008

The Time Traveler's Wife

Seriously??? Seriously???



The Time Traveler's Wife tulisan Audrey Niffenegger akan difilemkan?

And my favorite actress, Rachel McAdams memegang watak Claire.

Eih. Terujanya~

Link lain:
Wiki

Ahad, 25 Mei 2008

Pergi Menonton

Sepanjang cuti ini, aku cuma berkesempatan menonton 2 filem sahaja. What Happen In Vegas dan Indiana Jones. Yup. Itu saja.

Tak apalah. Kalau tak sempat tengok Narnia, Iron Man dan lain-lain, aku beli DVD RM5 saja nanti. :-)

What Happen In Vegas?
Antara scene yang aku suka waktu menonton filem ini, di mana Cameron Diaz menunjukkan jari manis yang tersarung cincin kahwin dengan kening terangkat sebelah dan berkata, "We're still married. Remember!" Muka Ashton waktu itu mulai cuak.

Filem ini mengisahkan Ashton dan Cameron Diaz bergembira di Vegas kerana Ashton dibuang kerja, dan Cameron Diaz ditinggalkan oleh tunangnya. Mabuk. Dan berkahwin.

Orang muda selalu buat keputusan terburu-buru. Filem ni seolah-olah menyatakan demikian. Bila dah sedar. Penceraian adalah penyelesaian. Tetapi mereka menang 3 juta dollar dari mesin jackpot di kasino Las Vegas.

Mereka mahu bercerai dan membahagi 3 juta dollar sama rata. Tetapi hakim menetapkan mereka untuk hidup bersama 6 bulan sebelum meluluskan penceraian mereka. As if mereka berusaha untuk menjayakan perkahwinan mereka.

Dalam 6 bulan. Macam-macam boleh berlaku kan? And 3 million dollar.. People will do anything for money. But at the end, money is nothing but love is everything. :-)

Orang yang sentimental dan emotional macam aku, memang sesuai tengok filem romantik komedi macam ni.

Owww... Sweet!! :-)

Indiana Jones
OK. Aku sukakan aksi Harison Ford. Setiap dialog dan mimik muka dia. Nampak macho. Aku sukakan kesan khas filem ini. Shia LaBeouf (Aku gelar, Mamat Transformers) pun tidak menghampakan dalam filem ini. Di dalam filem ini menunjukkan satu perbezaan lelaki tua dan muda. Lelaki tua cool, tenang. Lelaki muda tak sabar, cepat naik angin dan ikut perasaan. Hikhik. Saja je kan?

Filem ini cool. Tetapi. A big TETAPI. Kesalahan terbesar filem ini adalah (spoiler..) tengkorak kristal itu adalah tengkorak alien. Dan misteri yang mahu diungkaikan adalah misteri alien. Mitos 5 ribu tahun lalu adalah berkenaan alien? What the fekk??? Please la Steven Spielberg, George Lucas. Puhh Liisss...!!

No!! Aku tak boleh terima unsur alien dalam Indiana Jones! Nooooo!! Aku hampir menjerit bila tengok alien dan ada spaceship lagi dalam Indiana Jones. Nooo!! Lain-lain filem boleh ada alien. But NO. Big NO alien in Indiana Jones!!

Keluar wayang, aku rasa macam nak hentak kepala ke dinding! Duhhh!!! Kecewa sangat-sangat!

Baik aku tengok Narnia~ Deng!!

Selasa, 20 Mei 2008

Result Exam

Alhamdulillah. OK sangat-sangat. Tak terfikir pun dapat sebaik ini. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. :-)

Walaupun tak tercapai hasrat hati untuk berada di dalam senarai dekan. Mungkin semester depan. Bak kata Cida atau Nett, "Berusahalahhhh!!"

Terima kasih atas doa yang dikirimkan. Terima kasih. Its mean a lots to me. :-)

Ha. Tahniah pada Nett juga atas result yang best! Hik hik. I tau, u terel~

Dah Ok dan Sihat

Laptop yang dijangkiti virus benci sepanjang minggu lepas sudah sehat. Di-operate oleh SuperHero. Kini, laptop lebih laju. Lebih-lebih lagi ianya bergaya dengan HSDPA ZTE USB Modem yang baru. Comel. Selepas ini, boleh online di mana-mana, sekalipun di dalam bas. Modem usb ni bestlah!

ZTE MODEM

Sebab di rumah ada stimix, jadi modem bergaya ini hanya akan digunakan bila balik Uni Selatan kelak. (Atau guna waktu malam-malam di dalam bilik, di mana kabel network tidak sampai ke bilik.)

Terima kasih kepada my dear SuperHero~ Sebab jadi doktor hati, doktor laptop dan sponsor half of the usb modem price. ;-)

Orait, nak sambung tengok Grey's Anatomy.

Khamis, 15 Mei 2008

Relakanlah Ku Pergi..


Tutup Mata
Originally uploaded by amyz!
TokR : Huhuhu.. Kalau Amyz takde kat Johor, dengan siapa Tok nak ngeteh.. Huhuhuhu..

Amyz : Ala.. Tok. Jangan nangis. Saya cuti 2 bulan saja. Kejab. Tak lama. Nanti saya datang balik UTM oke?

TokR : Huhuhuhuhu.. Sedihnya.. Sedihnya..

TokR, relakanlah pemergianku. Janganlah ditangisi~

Hahaha. Entri ini gurauan semata-mata untuk mengisi masa lapang yang terluang. Jangan marah ye TokR. Gurau-gurau saja.




TokR menutup mata untuk tidak dikenali sewaktu gambar ini diambil. Haha.

Selasa, 13 Mei 2008

Kalau di kasut aku, kamu. Kalau di kasut kamu, itu aku

Well, aku pernah berada di kasut kamu.
Cuma kamu, kamu tidak pernah dan tidak akan berada di kasut aku.

;-)

Apa-apa pun, kita akan boleh survive selagi kita masih hidup walau sesakit mana pun kita deritai sekarang ini. Insya Allah.

Dont say I never gave you anything"
by Nathan, One Tree Hills S1 Ep02





Stop Crying Your Heart Out. :-)

Isnin, 12 Mei 2008

Si Pembawa Air

Aku di bawah zodiak Aquarius. Lahir antara 20 Januari hingga 18 Februari. Simbolnya, Si Pembawa Air.

Aquarius? Dia pembawa air. Selagi boleh, dia curahkan air pada sesiapa yang nak. Pemurahlah kiranya.. :
Kata Naga waktu aku tanya tentang kesesuaian pasangan mengikut zodiak. Haha.


Aquarius is one of the hardest signs of the zodiac to understand. Aquarius are often felt to be unfathomable when in reality they live almost entirely on the surface.

Aquarians will not reveal their innermost feelings no matter how hard others may try to persuade them, simply because they are unable to do so. People of this sign have a reputation for being enigmatic, difficult to understand, and different from everyone else, and cleverly play on this to gain power and attention.

They are extremely friendly yet detached at a personal level, sociable in large gatherings, but unsociable at smaller meetings and parties which require greater intimacy. They are helpful and compassionate when involved with charities or group activities.



Aku jarang baca personaliti aku seperti ini. Yang aku selalu baca semua yang baik-baik. Tetapi ini, telah memberikan satu pendapat dari sisi gelap tentang si Aquarians.

Hard to understand. Hmmm...

Ala... Its just a damn theories yang kadang-kadang kita tak boleh percaya sangat pun. Kan? ;-)

Ahad, 11 Mei 2008

Izzie Stevens?



"Amyz, jangan tengok Grey's Anatomy. Kucar-kacir hati kau nanti~"

Sayang. Sudah terlambat untuk itu. Aku tonton Grey's Anatomy secara maraton dan mahu menghabiskan sehingga musim ketiga sebelum mula memuat-turun musim keempat selepas itu.

Hati kucar-kacir? Hehehe..

Sabtu, 10 Mei 2008

PS I Love You - II




Dalam post ini saya bagitahu PS I Love You akan keluar di sinema. Tapi, tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar (Maksud saya, keluar di sinema di Malaysia - lebih tepat). Saya sudah sedikit hampa. Apatah lagi, cik Ain TuanTanah sudahpun menonton filem ini di Ireland. Sedihnya rasa~ Huhu..

Oleh kerana, saya ini seorang yang kurang sabar dan tidak tahu apa yang harus saya buat waktu cuti-cuti ini. Jadi saya dengan senang hati memuat turun filem tersebut di torrent. (Terima kasih torrent! You're the best! Haha)

Jika baca buku pun saya sudah menangis-nangis. Apatah lagi menonton filem? Walaupun terdapat perbedaan yang besar antara buku dan filem, tetapi saya terpaksa berpuas hati bagaimana PS I Love You menjadi filem. Buku setebal 512 muka surat dikompakkan menjadi 126 minit, pasti banyak adegan-adegan di dalam buku terpaksa tidak dimasukkan di dalam filem. Oh, banyak~ Sayang sekali..

Ada satu babak dalam filem ini, di mana Holly menyanyi karaoke dengan air mata yang bergenang di matanya kerana menujukan lagu itu buat suaminya (ya, babak ini buat saya bergenang air mata juga. Hihi). Sedangkan di dalam novel menceritakan Holly tidak pandai menyanyi langsung. Tetapi terpaksa menyanyi di khalayak ramai atas permintaan suaminya. Hihi.

Saya sukakan filem ini. Hillary Swank dapat membawa watak Holly Kennedy dengan baik - walaupun pada pendapat saya Hillary Swank tidak berapa cantik. :-)

Gerry Kennedy lakonan Gerard Butler (yang seksi!), saya rasa sangat sweet kerana, bagaimana dia bersabar dengan Holly, dan setiap kiriman surat-suratnya selepas mati untuk Holly. Sweet, tapi sedih sangat! Sebab setiap surat yang dia kirim, ada PS: I love you.

Ada satu lagi watak yang saya suka dalam filem; Jeffrey Dean Morgan happen to be Gerry's best-friend, William. Dalam filem ini Willam berjumpa dengan Holly Kennedy sewaktu bercuti di Ireland. Kebetulan pula William menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Gerry kepada Holly. Sweet!! Dan menyentuh hati. Huhu.

(Oleh sebab saya juga menonton Grey's Anatomy secara marathon sejak cuti sekolah ini, Jeffrey Dean Morgan merupakan Denny Duquette yang menjadi pesakit dan boy-friend Izzie Steven (Katherin Heigl), yang mati pada akhir musim kedua Grey's Anatomy. Menyebabkan Izzie menangis-nangis dan buatkan saya menangis-nangis juga. Sedih tau!! Owh.. suka sangat dengan lesung pipitnya tiapkali Jeffrey Dean Morgan ini tersenyum..)

Seperti yang saya beritahu, saya sukakan filem ini. Tetapi saya lebih sukakan novelnya yang mampu menyentuh emosi saya. Nyata filem ini tidak dapat menyentuh emosi saya yang paling dalam. Begitupun saya terpaksa berpuas hati dengan filem ini secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, soundtrack filem yang banyak membantu penonton lebih menghayati filem ini.

Saya prefer baca novel PS I Love You untuk lebih emo-emo. :-) Hihi.

Khamis, 8 Mei 2008

Knocking On Heaven's Door

Dia tahu dosa itu sukar diampun. Dia tahu dosa itu tidak layak diampun. Jika dia di kasut itu pun, dia tidak pasti dapat memaafkan atau tidak dosa itu. Dia tahu ianya mustahil sama-sekali.

Dia hanya berteleku di depan pintu sorga cuba mengetuknya.

Namun, selagi kemaafan itu tidak diberi.

Dia hanya dapat mengetuk pintu sorga tanpa diberi peluang untuk masuk sama sekali.

Rabu, 7 Mei 2008

Macam-Macam

Rosak
USB External Hard Disk bersaiz 80GB memuatkan koleksi gambar dari tahun 2004 dan koleksi lagu-lagu sepanjang zaman, telah corrupt. Tidak dapat di baca. Setiap kali di double-click, satu pop-up window keluar memberi amaran;

Tidak dapat dibaca!!
Rosak!!

Tak paham?? Berapa kali mahu klik?? (Kalau laptop boleh marah-marah sebegitu, sebab aku banyak kali klik)

Rosak? Tidak dapat dibaca? Hampir luruh jantung aku dengan satu rasa hampa kerana apa yang aku mahu hanyalah mengambil gambar untuk di upload ke flickr dan mahu menukar lagu di dalam pendrive untuk didengar waktu memandu kelak.

Sekarang, sedang berusaha mencari dan mencari seberapa banyak software untuk recover semula fail-fail di dalam hard disk yang rosak itu. :-(

Atiya
Atiya

Atiya cemburu dengan kehadiran adik barunya. Satu malam setelah Kak Long pulang ke rumah. Dia menangis-nangis mahukan perhatian dan dia cakap, "Ibu tak sayang Tiya. Ibu sayang adik" bila dia lihat ibunya memangku adiknya untuk diberi susu. Aduh. Sedihnya aku dengar. Kasihan dia.

Tapi nakalnya si Atiya ni... adeh~ Sabar sajalah.

Aku
Menahan Matahari

Dan aku, rasa seperti tidak mampu untuk bernafas di bumi KL ini lagi.. Mahu saja aku terbang ke selatan kembali. Hati aku tertinggal di sana. Tertinggal di sana~

Selasa, 6 Mei 2008

Muhammad Hariz Afiq



Muhammad Hariz Afiq, welcome to the family. Wuhu!!! Anak Kak Long dan Abang Harun. Comel sangat. Mata sepet. Putih. Bila menangis, merahhhh padam muka dia. Kuat pula tu.

Semalam baru dapat keluar dari hospital. Hari ini, aku start jadi babysitter, jaga kak long berpantang. Babysitter tak bergaji. Hehe.

*Note: Sorry~ Kesilapan nama Muhammad Hariz Afiq pada mulanya. Sekarang nak daftar nama anak Muhammad, tak boleh letak Mohd. Kena letak Muhammad. Duh! Panjangnya nama. Esok aku nak bagi nama anak simple-simple aje lah. Senang dia nak lorek borang bodoh OMR dengan pensel 2B. (Owh, I always hate OMR form..)

Ahad, 4 Mei 2008

Aweks KL, Sabotaj 3 dan Gangguan Teksual

Maskara 8.
Maskara 8

Tafteh kewl~

Aweks KL, Sabotaj 3 dan Gangguan Teksual
Book & Blook

Dah habis baca ketiga-tiga buku hebat ini. Sunguh lazat tidak terkata. Speechless. Siapa yang tidak ada kombo buku ini, satu perkataan saja. Rugi. :-)

Tahniah kepada Sindiket SolJah untuk Sabotaj. Tok Rimau (Gangguan Teksual) dan Tafteh (Aweks KL).

Kewl!!

Sabtu, 3 Mei 2008

Short Update.

Exam dah habis. Duh! Fikir-fikir, tak tahan dengan stresses dan tension all over my head. Dengan perut penuh dengan rama-rama setiap kali nak masuk dewan dan buka kertas soalan. Duh!!

Its not that easy. Not that easy..

Finally. It's over! But then, tak habis lagi. Semester depan ada lagi, the next ada lagi juga. Dan lagi. Sehingga habis belajar.

Adik-adik satu course tanya setiap kali habis menjawab peperiksaan.

"Mana lagi senang? Kerja atau belajar?"

Hahaha. Rasa macam kena tampar. Tapi, bagi aku - belajar pun best. Kerja pun best juga. But lucky me. Aku dapat gaji masa belajar. Best kan? Haha.

Eh, tajuk aku short update je. Tapi dah tulis panjang pula ni. Selingan sikit kat atas tadi tu. Nak bagitau exam dah habis maksudnya, cuti pun bermula. 2 bulan. Bestnya jadi student~ Harhar.

By the way, my older sister, Kak Long selamat melahirkan baby boy yang comel di Hospital Ampang, 2nd May 2008 9:48pm. Bertambah seorang lagi anak buah. 1st boy in family. Wow! I bet dia mesti manja punya. :-)

Its good to be home. Ada family.

But still, my heart left at Johor. :-) Oh, dah rasa rindu sana dah. Hahaha.

Khamis, 1 Mei 2008

Superstar by The Carpenter



Satu-satunya lagu yang aku suka nyanyi waktu karaoke. :-)

Dan, harus aku beritahu - suara aku tidak sesedap Karen Carpenter. Hehe.

Cerita Lama Amyz