Sabtu, 26 April 2008

Dendam

Biarkan mataku memanah hatimu.
Biarkan jantungmu tersusuk cintaku.
Biarkan hatimu terluka kernaku.
Biarkan bibirku menyedut darahmu.
Biarkan airmatamu mengalir kerana pergiku..

Jumaat, 25 April 2008

Penat

Lagi-lagi aku diajukan soalan yang serupa. Soalan yang sama.

"Tak kasihan ke?"
"Tak kasihan ke?"

Kasihan?

Aku? Siapa yang kasihan?

Khamis, 24 April 2008

Exam dan Aku

Tadi. Baru habis peperiksaan untuk subjek kedua dari enam subjek yang aku ambil semester ini. Ada 4 lagi kertas yang perlu aku hadapi sepanjang hari Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa ini. Berderet. Satu hari, satu kertas. Duh!

Tadi. Lain baca, lain yang keluar. Baca hint lecture beri, yang masuk rupanya teori, yang dikelek sepanjang malam tadi pengiraan. Aduh! Tawakal alallah sajalah.

Berusaha dan doa. Insya Allah. Insya Allah.

In other part, aku masih dalam proses renovasi blog, renovasi jiwa dan renovasi emosi. Bukan mudah nak membuat keputusan berpaling tadah dari seseorang yang pernah aku sayang dan menyayangi aku. Dan satu lagi, mencari teman hidup tidak mudah sesama-sekali. Tanyalah kawan-kawan aku yang masih mencari.

Begitupun aku tahu, pengakhiran sesuatu kisah merupakan permulaan sebuah kisah yang lain. Semoga hanya ada ceritera indah di dalam kisah baru ini.

Anyway, aku masih berkira-kira sama ada mahu tampal template seksi atau simple. Hmmm...

Selasa, 22 April 2008

Luah atau Hadamkan.

Call me cerewet, or fussy, or choosy or whatever~ This is who I am.

Kadang-kadang, boleh dilabelkan tidak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi, pada aku, selagi boleh memilih, kita boleh pilih yang terbaik untuk kita kan? Tak salahkan?

Macam makan di sini. Di kafe di sini. Yang kebanyakannya, aku tak berkenan dan tak boleh nak hadamkan. :-( Sorry, my bad. My bad.

Aku pun keluar ke tempat lain mencari makan.

Call me cerewet, fussy or choosy, or whatever. Selagi aku boleh memilih, aku pilih yang sedap, best untuk aku juga yang makan. :-)

Sabtu, 19 April 2008

Loya

Oh. Nasib baik di rumah, aku boleh online 24-jam. Kecuali waktu tidur, aku akan tidur, walaupun Presario aku berjaga. Tak apa, dia buat kerja-kerja muat-turun sepanjang aku tidur. Hihi.

Sekurang-kurangnya, aku tidak perlu menonton Akademi Fantasia sekarang ini. Pelajarnya yang bosan. Nyanyian yang tak best. AC yang memualkan. Yang mana buat aku loya dan rasa mahu muntah.

Series. Aku loya sekarang dan mahu muntah.

Uweek!!

Rabu, 16 April 2008

Definitely, Maybe

Ryan Reynolds, mamat ni berlakon memang bangang-bangang sikit. Dia pernah berlakon siri tv, Two Guys, A Girl and A Pizza Place. Ada satu filem dia, aku suka - Just Friends. Kelakar sebab dia berlakon jadi gemuk. Macam loser sikit la.

Definitely, Maybe - mengisahkan Will Hayes menceritakan 3 kisah cinta kepada anak perempuannya, Maya. Owh. Sweet. You know, kids this day are smart-ass. Macam Maya, tanya macam-macam pasal se_x dengan ayahnya sampai, kadang-kadang - ayahnya tidak tahu cara mana terbaik untuk menjawab pertanyaan anaknya. Haha. Yeah, one day, bila dah ada anak nanti, aku pun wonder bagaimana aku mahu menjawab soalan-soalan anak aku nanti. Especially about se_x. Haha.

Filem ni comel, sebab Abigail Breslin sebagai Maya sangat petah bercakap, adorable dan comel. Sampai aku wish my daughter macam Abigail Breslin one day. Haha. (blushing) hik hik hik.

Aku emo kebelakangan ini. Of course, of course, ada scene yang buat aku menangis. Duh! Payah betul jadi orang emosi ni.

Well, aku fall in love dengan movie ni. Nanti bila dah keluar DVD, aku beli. Nak buat koleksi. :-)

Selasa, 15 April 2008

Get Over It.

Said. Done. And get over it.

Tinggalkan semua itu jauh-jauh di belakang, tanpa perlu menoleh lagi.

Simpati yang berkarat di hati, kikis perlahan-lahan. Agar dia tidak mengganggu emosi.

Selasa, 8 April 2008

Oh, Life's Like That

Busy. Stress. Tension. Rindu. Happy. Sedih.

1001 perasaan yang bercampur aduk. Seolah-olah aku sedang menikmati jus campuran air buah-buahan tropika yang menjadikan rasanya seperti - entah apa-apa.

Peperiksaan akhir lagi 2 minggu. No.. Subjek pertama exam aku hanya minggu depan saja. Ooowhh.. Aku tak pasti sama ada aku telah bersedia ataupun tidak.

Duh!

Pening. Pening.

Berikan aku ubat~

Isnin, 7 April 2008

Anuar Zain

Anuar Zainnnnn....


Boleh tak aku pergi tengok Anuar Zain kali ini? Siapakah mahu sponsor sekurang-kurangnya RM300 untuk aku melunaskan kepinganku untuk bersama Anuar Zain kali ini? Ohhhhh!! Anuar Zain..!!!

Sabtu, 5 April 2008

27 Dresses

Always.. Always A Bridemaid.

Aku pernah jadi pengapit. 3 kali untuk kawan dan sepupu. Duh! Waktu itu mak aku bagi ugutan. Kalau jadi pengapit, nanti kahwin lambat. Haha. Betullah tu. Memang dah lambat kahwin dah ni (Sebab aku bajet, aku kahwin umur 25. Tapi tak dapat.. Duh!)

Waktu trailer 27 Dresses ini keluar di iklan sebelum wayang memainkan filem yang mahu ku tonton, aku dah teruja. Aku dah jerit-jerit pada kawan sebelah. Heyy!! Katherine Heigyl! Wedding! Dress! Nak tengok!! Kawan aku boring dan buat rolling eyes.

Beberapa hari selepas tayangan serentak seluruh Malaysia. Aku dapat melunaskan keinginan aku untuk menonton 27 Dresses ni. Most of time, reaksi aku - owwhhhh.. Sweet!!

Suka sangat tengok muka innocent si Katherine Heigyl. FYI, aku tidak menonton Grey's Anatomy. So, aku tidak tahu lakonan dia macam mana dalam siri tersebut. Tapi, bila tengok Knock Up dan 27 Dresses ni, Katherine Heigyl was ok.

And yup. My most favorite part dalam semua filem yang ada wedding ialah, aku suka tengok the way broom look at bride, waktu bride berjalan di aisle untuk dinikahkan. Ooowwhhh.. Sweet!!!

Yang kadang-kadang - buat aku menangis!

Damn!

Rabu, 2 April 2008

Mess Up

Tak tahu fikiran aku mana hilang. Mana melayang. Hari ini aku isytihar, hari gelap aku. Hari yang aku tertidur dalam kelas. Hari aku tersepit jari di pintu kereta dan berdarah dengan banyak. Sakit perut macam ada rama-rama di dalam, tanpa tahu sebab musababnya. Damn! Mana fikiran aku?

Dan hari ini, aku sangat emosi. Hampir-hampir aku menangis tadi. Aku tak mahu nampak hidup aku pathetic.

Kadang-kadang, saja mencari alasan untuk menangis. Legakan segala resah dalam jiwa ini.

Aku tak tahu kenapa aku mess up. Hari ini. Sangat mess up.

Mungkin sebab pms?

Selasa, 1 April 2008

Move On

I'm so moving on. :-)

Cerita Lama Amyz