Isnin, 31 Mac 2008

Benci

Aku benci hari Isnin. Sebab kelas mula pukul 12 tengahari yang panas. Aku kena tunggu lebih dari lima minit di lapangan parkir yang tiada tempat teduh, untuk enjin kereta panas dahulu sebelum pecut ke fakulti.

Aku benci hari Isnin. Sebab parkir di fakulti terlalu penuh dan melimpah ruah. Aku terpaksa parkir kereta jauh-jauh. Kemudian menapak dengan buku yang tebal termasuk komputer riba di dalam beg. Dalam panas dan berpeluh-peluh.

Bencinya!

Jumaat, 28 Mac 2008

Chances are..

People tend to tell me. Second chance is for good. But I think its just another opportunity to take another advantage of other people. Every second chance I'd give turn ugly. Tend to hurt me.

I'm sorry, if I'm so emotional here. But I just can't let other people take me, my love, my life, my sacrifice anything about me, for granted. They come when they want, they leave me like a dirt when they don't want me. For god sake, what is that?? Is that love? Hell, I don't think so.

There is no way at all, I'm going to give other people second chance. Not at all! I'm sorry. I can forgive, but I can't forget. So, move on.

Khamis, 27 Mac 2008

Maksud Huruf Pertama Pada Nama

Huruf pertama pada nama aku, A.
Kekononnya, maksud kepada huruf pertama pada nama aku;

"Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda."

Hmm.. ada betul la sikit-sikit. :-p

Aku ambil disini.

Selasa, 25 Mac 2008

Sini

People change. So do I.

Let me be here. For a while. Maybe forever. Just let me go~

I just want the best of my life. I choose the best.

Jumaat, 21 Mac 2008

Jalan-Jalan Cari Ketenangan (Konon..)

Air Terjun Kota Tinggi II

Betul. Di sini tidak banyak shopping complex yang mewah untuk aku habiskan waktu hujung minggu. Tetapi di sini banyak tempat so-called tempat mencari ketenangan. Ada Desaru, ada air terjun Kota Tinggi, ada Tanjung Balau (Kak Nett, ingat tak Tg Balau dan Kota Tinggi?).

Pergi pun bukan sebab nak bermandi-manda. Saja-saja pergi. Melihat keindahan alam. (Thanks to my dear tourist guide.) Yang buat aku kata dalam hati, Thank God, ada lagi tempat yang indah di sini, selain hutan batu yang celaru.

Aku tidak kisah untuk lepak-lepak di tepi pantai melihat ombak atau merenung air menderu terjun dari atas. :-)

Tempat-tempat seperti ini boleh memberi aku ketenangan dan sekurang-kurangnya selamat duit aku dari membeli sepasang kasut lagi. :-p

Isnin, 17 Mac 2008

Estranged



here

When you're talkin to yourself
And nobody's home
You can fool yourself
You came in this world alone
(Alone)

So nobody ever told you baby
How it was gonna be
So what'll happen to you baby
Guess we'll have to wait and see
One, two

Old at heart but I'm only 28
And I'm much too young
To let love break my heart
Young at heart but it's getting much too late
To find ourselves so far apart

I don't know how you're s'posed
To find me lately
An what more could you ask from me
How could you say that I never needed you
When you took everything
Said you took everything from me

Young at heart an it gets so hard to wait
When no one I know can seem to help me now
Old at heart but I musn't hesitate
If I'm to find my own way out

Still talkin' to myself and nobody's home
(Alone)

So nobody ever told us baby
How it was gonna be
So what'll happen to us baby
Guess we'll have to wait and see

When I find out all the reasons
Maybe I'll find another way
Find another day
With all the changing seasons of my life
Maybe I'll get it right next time
An now that you've been broken down
Got your head out of the clouds
You're back down on the ground
And you don't talk so loud
An you don't walk so proud
Any more, and what for

Well I jumped into the river too many times
to make it home
I'm out here on my own, an drifting all alone
If it doesn't show give it time
To read between the lines
'Cause I see the storm getting closer
And the waves they get so high
Seems everything We've ever known's here
Why must it drift away and die

I'll never find anyone to replace you
Guess I'll have to make it thru, this time
Oh this time
Without you

I knew the storm was getting closer
And all my friends said I was high
But everything we've ever known's here
I never wanted it to die

Khamis, 13 Mac 2008

Tag yang Berantai dan Berjampi

Cik Bayan mengtag aku di entrinya ini. Katanya, Tok Rimau yang sebelum ini meng-tag Cik Bayan sudah sediakan jampi-jampi. Jika dia tidak tag 5 orang dalam masa 5 hari, Tok akan hantar jampi. Aku pula mangsa seterusnya. Jika aku tidak jawab, aku bimbang, aku tidak balik-balik KL lagi.

Tag yang bertajuk : Ada apa dengan beg tangan dan beg duit anda? Duh!!

Beg tangan dan wanita memang sinonim. Aku jenis suka bawa beg tangan yang paling kecil yang dapat memuatkan purse aku pun dah kira bagus. Aku jarang sekali nak guna beg tangan besar. Kalau pergi beli beg tangan, semua orang akan notice aku akan belek-belek beg tangan saiz molek.

Beg tangan aku selalu gayakan sewaktu keluar (bukan pergi kelas). Ada tiga. Dipakai ikut tempat, masa dan jenis occasion. Contohnya, tengok wayang - aku guna beg tangan yang kecil. Kalau pergi membeli-belah pula, aku akan bawa beg tangan yang besar sedikit. Jika pergi jalan-jalan jauh sedikit dari bandar, aku akan bawa beg tangan yang besar untuk memuatkan camera Canon aku yang besar tu~ Duh!! Nanti nak beli kamera nipis. Tak payah bawa beg tangan besar~

Ok. Di dalam beg tangan aku ada..

1. Purse berjenama Espirit. (Saja tulis jenama. Nak riak sikit. Haha.)

2. Kunci bilik.

3. Kunci kereta.

4. Kad Matrik - penting sebab kalau balik kolej selepas pukul 12 malam, pihak keselamatan akan periksa kad matrik. Kalau tidak, tak dapat balik kolej. Mana aku mahu tidur?

5. Lip glos - untuk disapu pada bibir yang kering. Biar nampak bibir kebasahan dan seksi. Harhar.

6. Bedak kompak - untuk touch-up wajah yang selalunya berminyak.

7. Lipstik - untuk re-apply selepas makan-makan.

8. Telefon mudah alih Sony Ericsson W810i.

9. Pen - senang nak tulis apa-apa. Kat kertas tisu misalnya, jika ada orang minta no telefon bilamana sedang menikmati McDonald seorang diri. Hikhik.

10. Notepad kecil - ada senarai barang, buku dan movie untuk dibeli. Dan catatan lain yang boleh aku buat entri blog. Haha.

11. Kamera - Optional. Hanya jika pakai beg tangan besar sahaja. Jika tidak, aku selalunya shot gambar guna Sony Ericsson aku sahaja.

Di dalam purse aku pula ada..

1. Kad pengenalan yang gambarnya senget - Aku rasa nak tukar kad pengenalan la. Yang baru, yang lebih nampak amoi sedikit ke.. Haha.

2. Photocopy kad pengenalan mak dan ayah - Sebab bila isi borang-borang, mereka suka sangat tanya nombor kad pengenalan mak dan ayah.

3. Lesen memandu kelas D dan slip pembaharuan lesen yang tamat tempoh 10.10.2008.

4. Kad Bank
- Maybank
- Bumiputra Commerce - kad lama. Belum tukar kepada kad CIMB baru yang berwarna merah macam angpau itu lagi.
- Bank Rakyat

5. Kad berhutang berjenama mastercard.

6. Kad Mesra Petronas - Guna bila isi minyak di Petronas.

7. Kad Bonuslink - Guna bila isi minyak di Shell.

8. Kad ahli Genting - Dulu (Dulu.. dulu..) aku suka pergi Genting, untuk berdating. Sejuk wooo..

9. Kad Jusco - guna untuk dapat diskaun atas diskaun di Jusco dan dapatkan parkir percuma selama 2 jam di Jusco. (Ya, wanita sukakan diskaun dan parkir percuma)

10. Kad Diskaun Rainbow - Rainbow adalah kedai alatulis yang terkenal di Tmn U dengan barang yang murah.

11. Calender 2008 - untuk tengok tarikh-tarikh penting, seperti cuti umum dan hari-jadi kawan-kawan.

12. Slip transaksi pengeluaran wang di ATM yang baru bertarikh 13 Mac. Biasanya aku akan simpan untuk tengok baki terakhir sebelum mengeluarkan wang di ATM selepas tarikh 13 Mac. Aku pelupa.

13. Resit.
- Resit pembelian kasut berharga RM47.92 selepas 20% diskaun di kedai Vad and Vid Shoes bertarikh 6 Mac.

- Resit pembelian kek keju di Secret Recipe bertarikh 6 Mac.

- Resit pembelian girl's accessory di Watson bertarikh 6 Mac.

Nota : Resit-resit ini terlupa dikeluarkan dari purse. Selalunya resit-resit pembelian, aku akan simpan di dalam purse sebelum aku keluarkan dan simpan di satu file. Ya. Penting resit-resit ni. Manalah tahu boleh guna untuk claim. (Sayang, bolehkah saya claim dengan awak kasut ini? (Sebab itu aku letak harga))

16. Kad appointment Klinik Gigi. - Penting. Gigi anda perlu diperiksa setiap 6 bulan, ok.

17. Setem 30sen 3 keping.

18. Wang tunai bernilai RM57. - Bak kata Naga, duit disusun ikut aturan. Ya. Aku susun duit kertas ikut aturan. Not 50, not 10, not 5 dan not 1 (yang paling banyak). Nampak teratur.

19. Syiling bernilai RM4.67 - Di sini, aku terpaksa kumpul syiling sebanyak RM2 setiap kali hidupkan mesin basuh. Dobi do-it-yourself. Haha.

20. Gambar berukuran passport.

Aku tag semua yang belum ditag dan baca blog aku. Haha. Aku lagi kejam.

Rabu, 12 Mac 2008

Tembam, Lagi?

9 dari 10 orang yang aku jumpa, waktu aku balik KL di minggu mengundi lepas, komen.

Tembam!

Duh!!!

Huhu. Rasa macam nak menangis!

OK! Aku nak mula exercise, hujung minggu ini. Jom teman I jogging. ;-) Hihihi. (Ketawa flirt)

Selasa, 11 Mac 2008

Raya dah habis..

Pilih dah habis. Raya pun dah habis..

Sekarang, jentera-jentera baru - masa buat kerja!!

:-)

~~~~~

Aku kesal hanya satu perkara.

Setiap pengikut yang sangat fanatik dengan parti politik masing-masing. Baginya, pihak sebelah sana salah belaka, pihaknya pula sempurna. Vice Versa.

Too bad~

:-(

Selasa, 4 Mac 2008

Entri Melankolik yang Kadang-Kadang Aku Ini

Februari dah berlalu. I guess time run so fast kan? Dah dua bulan aku di sini. Bandar JB ini, walaupun tertinggal banyak aspek dari KL yang kucintai itu, tetapi sedikit sebanyak beri aku berfikir secara waras.

Ajar aku satu-demi-satu erti hidup sebenar. Terutama hidup tanpa keluarga, tanpa masakan mak, tanpa gurauan ayah, tanpa cerita kakak adik, tanpa tawa Yana dan Tiya, tanpa kawan-kawan yang baik-baik. :-)

Tapi hadiahkan aku satu-dua kebahagiaan yang aku tak pernah rasa.

Kebahagian cuti panjang dan kebahagiaan tidak bekerja (tapi dapat gaji..).

Harhar.

Isnin, 3 Mac 2008

Baju Parti

"Merah jambu ni put_eri am_no ke?" Tegur seseorang bila aku mengenakan blaus merah jambu berseluar putih.

Aku tidak tahu pula warna baju boleh jadi lambang parti politik.

Ikut hati nak saja aku bahasakan orang itu.

Encik, saya pakai baju warna pink ni, sebab warna pink ni cantik dan sesuai dengan kulit saya ya. Lagipun sejak bila pula warna baju jadi ukuran aliran politik seseorang?

Dan aku rasa macam nak buang saja blaus merah jambu tu!

Ahad, 2 Mac 2008

Hobi Baru

Selain beli buku, sekurang-kurangnya sebuah, setiap bulan. Atau kasut, atau t-shirt. Aku mula mengumpul dvd. Tetapi bukan filem yang baru ditayangkan di wayang. Sebab filem-filem terbaru, aku akan tonton di cinema.

Filem-filem yang ditayangkan lewat 1990-an hingga sebelum 2007. Apa-apa genre, tetapi bukan seram.

Macam High Fidelity, The Sweetest Thing, Sweet Home Alabama, Down With Love, Rumor Has It, Alfie dan lain-lain.

Juga, dvd siri-siri tv yang aku banyak tertinggal. One Tree Hill, Grey's Anatomy dan Nip/Tuck. Tetapi versi yang boleh ditonton hanya di pemain dvd komputer/laptop sahaja. (Download kat internet daa.. Tapi bukan aku download, ada orang buat business tu.)

Hobi baru ini bermula sempena ketiadaan TV, apatah lagi Astro untuk ditonton setiap malam. Saja. Mencari hiburan. :-)

Sabtu, 1 Mac 2008

Maskara 7



Sebagai penyokong dan ahli pasukan sorak MASKARA. Aku ingin beritahu kamu semua. Walaupun aku tidak dapat hadir MASKARA kali ini, 1 Mac 8:30pm di Planet Pena. Aku tetap sayang dan sokong MASKARA. Sampai bila-bila.

Aku kirim TokR dan DeanSham sebagai galang-ganti. Ngehehehe.

Cerita Lama Amyz