Khamis, 28 Februari 2008

Sakit & Ubat

Kadang-kadang sakit hendak datang bukan ikut musim. Kalau dah nak sakit, elak macam mana pun kena juga. Jaga kesihatan macam mana pun terkena juga.

Bila dah sakit, kenalah makan ubat. Kan? Ala.. selsema dan batuk. Biasa-biasa saja. Boleh lagi memandu pergi tengok wayang atau pergi Jusco. Haha.

Aku ni pula jenis tak suka makan ubat sangat. Biarpun aku merungut-rungut atau mengadu sakit. Ubat? No. No. No.

Kena paksa~ 2-3 kali.

Barulah, nak cari ubat.

Bukan tak mahu makan ubat, tapi sebab 1. Ubat tak sedap. 2. Drugs tu~ 3. Tak makan ubat pun boleh baik. 4. Aku memang phobia ubat. So?

Isnin, 25 Februari 2008

Makan-Makan

Sekarang. Aku sebenar-benarnya craving masakan rumah. Dah dua minggu makan tengahari dan malam aku huru-hara. Tak makan nasi dan waktu makan yang tak menentu. Lunch pukul 4, malam tak makan, tak pun makan roti saja. Skip lunch, dinner makan masakan barat (burger, fries, chicken grill etc).

Satu lagi sifat yang tak baik. Aku memang tidak berapa minat nak makan nasi di luar selain dari masakan rumah, tak kiralah mak, kakak, adik atau aku sendiri yang masak. Yang penting masakan rumah. Waktu kerja dulu pun, mana makan nasi sangat waktu tengahari. Sebab bila balik dari pejabat, aku pasti mencari nasi di rumah.

Lagi sebab lain, masakan kat luar tu (Kafe kolej aku la. Mana lagi). Hari-hari pun lauk sama. Tak kan aku mahu makan lauk sama tiap-tiap hari. Muak!

Selasa, 19 Februari 2008

Terapi Emosi


About Shoe
Originally uploaded by amyz!
Lagi tentang aku. Tentang terapi emosi aku, selain coklat yang kamu perlu tahu.

Buku?

Ya.

Dan...

Kasut~ ;-)

Isnin, 18 Februari 2008

Undi

Dia janji..
Janji untuk bahagiakan aku. Memenuhi setiap impianku.
Janji untuk membawaku ke bulan, membawaku ke sorga.

Tetapi,
janji itu hanya untuk
memancing undi pilihan hati.

Deng!!

Khamis, 14 Februari 2008

Raikan Cinta.

Oh, aku ketinggalan untuk menyaksikan kemeriahan warna-warna cinta, kuntuman bunga mawar merah yang harga berganda serta coklat berbungkus indah di gedung-gedung mewah KL.

Aku suka benda-comel. Jadi, produk-produk hari-kasih-sayang ini selalunya membuat aku teruja. Comelnya kad ini. Bestnya teddy-bear. Cantiknya bunga mawar ini, dan sebagainya. :-)

Bila tiba hari so-called-hari-kasih-sayang ini, aku selalunya ke gedung membeli-belah di sekitar KL. Seronok melihat pasangan-pasangan yang sedang asyik bercinta. Ada teman wanita yang memegang bunga atau teddy-bear. :-)

Setahun sekali~ Haha.

Love is all around. Love is in the air. Love is everywhere. (Rindu nak tengok Love Actually pula...)

Link pilihan : saharil (Sebab blog dia ada e-card valentine. Hihi)

PS: I love you.
For you,
I will.
Too..

Isnin, 11 Februari 2008

Fight Back To School

Tamatnya cuti pertengahan semester semalam, Ahad bersamaan dengan 10hb Februari 2008. Cuti yang tidak cuti langsung di mana mempunyai banyak tugasan yang perlu diselesaikan, ada antaranya tidak selesai sepenuhnya lagi. Huhu.

Cuti yang penuh konflik. (Maafkan aku...)

Cuti dan duduk di hadapan television satu nikmat yang tidak ternilai!

Semalam pula. Dari KL ke Selatan sangat menyeksakan kaki, nafas, badan dan pundi kencing. Pukul 4:45pm bertolak dari KL. Pukul 11:30pm baru sampai. Seksa!

Again.
Got to fight back to school!

Jumaat, 8 Februari 2008

Loser

Loser Ini emoticon Loser di dalam Yahoo Messenger.

Perkara yang aku paling menyampah sekali waktu memandu ialah, kebodohan pemandu lain. Ya. Ya. Aku tahu kadang orang lain pun menyampah dengan cara pemanduan aku juga. Terutama penumpang sebelah yang tensi separuh mati dengan baran dan french aku. (Sorry eh? *buat muka comel*)

Kita lupakan cara pemanduan aku sebentar di sini. Kerana kita mahu cerita tentang cara pemanduan orang lain yang memaksa kau mencarut, meng-hon dan menunjuk jari tengah. Seperti masuk lane kau tak bagi isyarat. Atau cucuh kau dari belakang rapat-rapat, sebab kereta kau tak boleh memecut hebat (sebab kereta kancil la katakan). Atau kereta di hadapan brek tanpa sebab (kereta auto la tu).

Nak mencarut atau hon atau tunjuk-jari-tengah, terlalu kurang ajar (Walaupun mereka kurang ajar dengan kau, tetapi tak apalah). Tak berbudi bahasa dan tidak menjadi idaman mak mertua.

Jadi. Aku buat isyarat Loser pada mereka yang membuat aku tensi di jalan raya. Sebab mereka tu loser. Loser adalah mereka suka sangat nak tunjuk hebat, tapi tak kena tempat.

Kau pun boleh buat isyarat Loser juga, jika suka.

Rabu, 6 Februari 2008

Mana Hati Kamu Kata

Mana hati kamu kata.
Mana hati kamu rasa.
Mana hati kamu cinta.

Hati yang memilih. Hati-hati membuat pilihan.
Intan dan kaca bersepahan.
Kaca sama sinar dengan berlian.

Tetapkanlah hati.
Kuatkanlah hati.

Agar ketemui,
Cinta yang abadi.

Maafkan entri-entri emosi. Guess I need soul-renovation, again.

Rawan

"Kenapa heart-break, kita tahu ianya sakit, luka, kecewa, sedih, perit dan lain-lain seumpamanya. Kita tahu sakitnya sangat-sangat suck. Tetapi, kenapa kita masih merasakan, walaupun kita tahu sakitnya bagaimana dan kenapa kita tak boleh nak hilangkan rasa sakit itu?"

Ahad, 3 Februari 2008

Tukar Usia

Hari ini tukar usia.

Terima kasih atas ucapan selamat di sms, telefon dan secara langsung~ :-)

Juga ciuman hangat sang kekasih, menjadi rantai cinta di dalam hati. (Oh, ini hanyalah fiksi. Hahaha.)

Terima kasih Tuhan.

Sabtu, 2 Februari 2008

KL dan Maskara 6

KL.
Dari selatan aku lari ke KL. Sampai di tol Sg Besi tepat 12:30tgh. Cuti seminggu. Tinggal dulu ya, bandar J. Nanti aku kembali ke sana semula. Jangan rindu aku sangat-sangat. ;-)

Maskara 6.

Maskara 6 III

Persembahan akustik dari NURAS

Aku sanggup abaikan kepenatan memandu non-stop dari selatan, semata-mata untuk hadir MASKARA 6.

Maskara semakin hebat. Aku paling suka persembahan Silap Mata yang terakhir. Waktu Mail minta tolong "kawannya" dalam persembahan silap-mata beliau. Damn! Aku dan Daun tergelak gila babi masa tu.

Lagi satu, aku suka bacaan naskah oleh PipiApong, ahli terbaru Sol-Jah. Aku rasa Naga tak silap ajak beliau join Sol-Jah. Dia memang best. Dah la pandai repair kereta. Pandai menulis, pandai main gitar. Peh~~ Hahaha.

Mat Jan pula layak menerima tepukan-berdiri. :-)

Aku beli buku Kasut Biru Rubina oleh Suffian Abas, CD Nuras dan buku Hantu Silap Mata oleh Aliff Firdaus.

Keseluruhan, MASKARA 6 antara best of the best. Tahniah Sol-Jah!

TafTeh, kenapa kau tak datang? :-(

Jumaat, 1 Februari 2008

Bernama Remaja

Ada, sehelai nota terselit di cermin kereta.

Ada, sms "Hai, boleh berkenalan." Bila ditanya mana mendapat nombor telefon, balasannya; Dari Syurga.

Ada, mesej-mesej di profil pelajar di dalam talian universiti, bertanya-tanya khabar.

Hikhikhikhik.

Jangan salah sangka aku. Aku bukan nak perasan sangat. Memandangkan usia aku lebih tua dari kebanyakan mereka, aku rasa sangat lucu dengan cara mereka try-and-error.

Adik-adik, mak ayah hantar ke U untuk belajar tau. Bukan nak cari girlfriend! :-p (Sambil pandang LanRasso)

Hahahahaha.

Dan aku berdansa lagu Darah Muda nyanyian Saloma.

nota : Cemburu pada mereka yang cuti di 1 Februari. Oh, my favorite month ever, muncul semula. Selamat bercuti mereka yang berada di Wilayah, KL terutamanya.

Lagu, Sekuntum Mawar Merah, Sebuah Puisi - terngiang di telinga.

Cerita Lama Amyz