Selasa, 29 Januari 2008

Tentang Asain

Selepas Jian, Fadli Al-Akiti membawa aku ke alam sai-fai dengan Asain. Sedutan Asain pernah dibaca pada Maskara 2 bercerita tentang jembalang-jembalang bertulang besi sedikit, sebanyak membuat aku gerun.

Pertama sekali, aku bukan pembaca tegar genre sai-fai. Jadi aku tidak dapat memberi rebiu yang baik tentang Asain.

Mula mendapat Asain di tangan. Aku mencabar diri aku untuk menghabiskan manuskrip setinggi tumit stilettos ini yang genrenya jarang aku baca. Aku ambil masa 2 minggu lebih di daerah Selatan ini khatamkan Asain. Dan Asain berjaya mengagumkan aku.

Untuk mendapat idea tentang Asain - I,Robot dan A.I contoh filem terdekat dengan Asain. Mengenai robot yang tiba-tiba punya emosi. Asain beremosi. Cinta, nafsu, marah dan dendam.

Dendam Asain sehingga mencetuskan malapetaka maha yang membawa kehidupan manusia menjadi beratus-ratus tahun ke belakang, walaupun telah mencapai teknologi tertinggi di tahun 3000++ AD. Dendamnya membuat jembalang-jembalang bertulang besi mencari dan membunuh manusia.

Manusia pula hidup dalam ketakutan mencari jalan untuk survive. Berperang dengan jembalang bertulang besi. Mencari jalan untuk terus hidup di dunia yang tidak lagi aman. Laut dan hujan berasid. Air menjadi harta berharga. Tanah tidak subur dan kering kontang. Sebegitu manusia dihukum kerana dendam Asain.

Asain diolah dengan baik oleh penulisnya, Fadz. Manuskrip ini boleh didapati dengan menghubungi penulisnya sendiri, kerana tidak akan dijumpai di mana-mana kedai buku berhampiran anda.

Buat Fadz, well done dan tahniah! ;-)

Isnin, 28 Januari 2008

Itu Ini Lelaki.

Kenapa kan, kak. Lelaki, waktu mula-mula, waktu nak mengorat, bukan main baik? Tetapi, bila dah dapat, mulalah buat tak tahu. Tak romantik macam dulu?

Damm! Satu soalan dari adik-adik aku di sini. Bertanya pada aku - yang kononnya - sebab dah 28 tahun hidup di dunia dan sangat berpengalaman dalam cinta - kononnya, boleh memberi satu-dua nasihat.

Biasalah. Lelaki~ Memang macam tu. Once dia confirm awak dah suka kat dia, sayang kat dia. Dia bukan buat tak tahu. Cuma dia tahu awak sayang dia, dia sayang awak. Cukup bagi dia. Dia akan romantik waktu-waktu istimewa saja. Kalau tunjuk selalu, romantik itu akan jadi biasa, tak rasa special. Macam tu lah.

Ish! Buat orang confuse saja!
Adik-adik aku, dengan muncung-muncung bibirnya merungut-rungut. Hihi.

Heh! Aku pun masih deal with that problem, dear~

Isnin, 21 Januari 2008

Batal

Kadang-kadang. Bila tiba semangat nak pergi kelas itu datang mendadak dan berapi-api di dalam dada. Sudah pakai baju kurung merah hati. Padankan dengan kasut ballerina hitam Le Sandee. Tidak lupa pakai sarung kaki. (Macam baik-baik sangat!)

Tiba-tiba itu jugalah, si pensyarah batalkan kelas.
Apalahhh che'gu-che'gu di sini, asyik batal-batal kelas je...~~ :-p

Deng!

Nota Untuk Daun :
Nanti. Jika boleh. Jika dapat. Aku jejakkan kaki ke Singapura. Walaupun duit dah tak banyak mana. Boleh berhoya-hoya. Aku pun wish Ika ada di Singapura juga~ :-)

Rabu, 16 Januari 2008

Satu Dua Perkara

Satu, kelas malam dengan di dewan kuliah yang berkapasiti 100++ pelajar.

Satu poin satu, pelajar bising menyebabkan aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.

Satu poin dua, pelajar bising menyebabkan aku tidak dapat mendengar suara pensyarah

Satu poin tiga, pelajar bising menunjukkan mereka tidak menghormati pensyarah. (Ya, perkara ini aku paling tidak suka.)

Dua, Asrama a.k.a Kolej Kediaman. Lebih tepat K9. K9 bukan K8. (Namun aku berharap tiada orang terjun dari tingkat 4 jatuh menjunam ke atas Kancil aku satu hari kelak)

Dua poin satu, Bilik di tingkat 4. Senaman percuma 10 minit setiap hari. Wow! Boleh selim aku! (Nada sarkastik)

Dua poin dua, air tidak ada di hujung minggu. (Macam mana aku nak basuh kain!!!)

Dua poin tiga, jari-jari aku kena alergic asrama. Gatal-gatal. Deng!

Dua poin tiga, cerita-cerita tentang alam ghaib, seronok diceritakan oleh kawan-kawan. Yang mana aku rasa macam nak campak sahaja mereka keluar tingkap dari tingkat 4 kolej kediaman aku.

Tiga, Internet. Apabila wifiU*M tidak boleh diakses waktu aku sudah turun tangga membawa laptop dan bersiap untuk online di tepi koridor kolej kediaman. Terpaksa memanjat tangga ke bilik semula. Penat turun tak hilang, tambah penat naik tangga lagi. Duh!

Selasa, 15 Januari 2008

Kala Malam Bulan Mengambang

Kalau kalian boring sebab aku tiada di KL untuk berhoya-hoya, pergi cinema terdekat dan beli tiket wayang untuk filem berjudul Kala Malam Bulan Mengambang.

Kalau kalian sukakan Rock. Atau cintakan Man Laksa. Atau can't get enough of Zombie Kg Pisang.

Maka. Maka. KMBM tak harus kamu lepaskan. Aku serius ni. Pergi tengok cepat ok! ;-)

Nanti, jika aku rajin. Aku akan tulis review pula. Sementara itu, baca review di blog Fadz jika ingin tahu.

Tengok tu, burung wak-wak!
Kerana kau ada yang 7 inci itu..
Mau massage ka? Hmm..?

--- versi kemaskini ---

Well, semua orang tahu synopsis cerita ini. Mengisahkan seorang wartawan, ops, ex-wartawan bernama 'Mat Piah, Salleh Mat Piah' cuba mengembalikan pekerjaannya dengan menyiasat tentang kehilangan lelaki-lelaki di Pekan Senduduk Rumpun bla.. bla.. bla.. (Which is, this synopsis you can read at any surat-khabar)

Sepanjang filem berjalan, aku asyik ketawa dengan sinisnya, dengan double-meaningnya, dengan sarkastiknya dialog-dialog atau naratif si Rosyam Nor. Kekuatan skrip yang tidak dinafikan.


Kekuatan pelakon. Rosyam Nor, Ava Vanja dan Umie Aida - punya wajah orang 'dolu-dolu'. Menjadikan filem ini berkesan.

Adegan-adegan yang aku tak boleh terima, tetapi disebabkan ianya menjadi penguat cerita, aku hadamkan dengan ketawa. Seperti, Rosyam Nor tertipu dengan, "Tengok tu, burung wak-wak!". Rosyam Nor terkejut. Rosyam Nor berlari. Rosyam Nor menggigil-gigil selepas dirogol. David Teo dengan dialog "Mau massage ka?", dengan kening diangkat-angkat. Rosyam Nor kena pukul. Mak dan ayah Ava Vanja asyik mengekori anaknya. Banyak. Terlalu banyak yang aku cintai dalam filem ini.

Ada satu dua yang scene yang aku tidak suka. Seperti waktu jembalang berlawan dengan harimau jadian. Dan adegan tarik tangan di pintu alam ghaib. Membuat aku sedikit rimas.

Kalau kalian mencari moral, atau ulasan berfaedah. Jangan baca di blog aku. Aku tak tulis tentang itu. Aku hanya suka mencari hiburan. Jadi pelajar pun tension tau!

Selain dari Fadz, TokRimau juga menulis tentang KMBM. Baca di sini. Aku tunggu Vovin mengulas. Entah bila entah~ :-|

Khamis, 10 Januari 2008

Maal Hijrah

"Kat sini, semua tempat-tempat hiburan seperti karaoke, wayang dan kelab malam akan ditutup dari pukul 7 malam sebelum 1 Muharram, sehingga esok hari." Jelas kawan aku yang membawa aku pusing-pusing bandar J hari sebelum Maal Hijrah.

OoOo.. Insafnya aku. KL yang tidak pernah menutup mana-mana pintu hiburan pada malam apa pun (awal Ramadhan ka.. Aidil Adha, Aidil Fitri, apa saja sambutan keagamaan pun).

Dan aku teringat, pastinya ayah dah kumpulkan adik-beradik aku di ruang tamu untuk solat berjemaah dan membaca doa akhir dan awal tahun bersama.

Its something I've missed!!

Salam Maal Hijrah.

Selasa, 8 Januari 2008

Fokus! Fokus!

Mendapat pensyarah lelaki yang kacak dan comel ala pelakon cina atau korea

Atau,

Pensyarah yang kacak dan manis seperti Kemat Hasan (Series shit! Muka dia hampir serupa okee dengan Kemat Hasan!!). Ala.. Tak kenal Kemat Hassan? Dia berlakon memegang watak sebagai manager dalam filem Seniman Bujang Lapok tuuu.. Suwweett kan? Hik hik hik. ;-)


Tapi

Semua itu tidak menjamin.. sesekali tidak menjamin aku tidak mengantuk di dalam kelas!

Deng!!

Ahad, 6 Januari 2008

K-Eight & Opera Angkasa

K-Eight
Satu lagi buku keluaran Sol-Jah. Damn! Cemburu aku semakin bertambah dengan pengeluaran buku mereka.

Tambahan pula, gabungan penulis-penulis hebat - Mat Jan, Vovin, Naga, Tok Rimau, Jigo, Op dan Samurai menjadikan K8 sukar dilepaskan.

K-8. Tentang pelbagai kisah di satu flat bernama K-8. Tempat yang sama tetapi dari pandangan dan watak yang berbeza-beza dari penulis yang berbeza.

K-8 berbeza kerana, kau tidak dapat menilai si penulis, tetapi watak yang ditulis. Sebenarnya kau mencari watak mana yang ada dalam diri kau sendiri. Mungkin tiada kena-mengena dengan kau, tetapi, ada kena-mengena dengan kau.

Unik. Cerita macam bersambung, tetapi berbeza. Dan punya pengakhiran yang sama. Aku paling suka cerita Biawak Cecah Coklat dan Dia Buang Piano? karya Mat Jan.

Watak yang aku suka, Uncle Nyamuk, Is dan Budak-budak UiTM.

Aku juga suka Prolog dan Penutup oleh Sharpi The Cat.

Opera Angkasa
Kalau kau suka membaca Aliya Elyana. Jangan lupa dapatkan Opera Angkasa. Satu lagi fiksi sains karya Nazri M Annuar a.k.a Vovin.

OA sudah tamat aku baca. Aku baca OA di kolej, di kelas - waktu menunggu pensyarah datang dan waktu menunggu giliran di Bank. Ramai pelajar lain pandang aku dengan pandangan, Peh! Rajinnya dia layan novel. Sekurang-kurangnya aku bukan layan novel cinta semata-mata.

Setiap ayat-ayat sarkastik di dalam OA buat aku tertawa. Jalan ceritanya turun naik buat aku tak sabar untuk hadamkan bab demi bab seterusnya untuk tahu kesudahan cerita. Olahan yang menarik dan ringkas. Tidak terlalu payah untuk aku - yang buta fiksi sains ini - untuk faham.

Oleh kerana diterangkan sendiri oleh penulis yang OA ini ada sambungannya, maka aku tidak mempersoalkan cerita-cerita yang tergantung seperti;
1. Kisah Arman dan Ilyana
2. Kisah Arman dan ibunya
3. Kisah 4 Pewaris Pemusnah - asal-usul atau sejarah sebenarnya. Ada diterangkan di dalam OA, tetapi cuma sedikit - mungkin OA seterusnya akan bercerita tentang 4 Pewaris Pemusnah secara detail.

OA membawa kita untuk berimaginasi yang manusia boleh survive di angkasa 2-3 ribu tahun akan datang.

Dalam pada itu, aku fikir tidak mustahil sejarah akan ditukar/dipesong/dipadam demi menjaga kepentingan orang perseorangan, seperti mana sejarah Malaysia di dalam OA.

Peristiwa akan menjadi sejarah. Lama-lama sejarah akan menjadi mitos/dongeng.

Sekarang, aku akan mula membaca Asain karya Fadli Al-Akiti pula. ;-)

Sabtu, 5 Januari 2008

De Ja Vu

Universiti Selatan ini bagaikan De ja vu. Membawa aku ke satu kenangan lepas dan dalam masa yang sama, membawa aku ke masa depan.

Sedari kecil, aku impi-impi untuk menjadi pelajar di sini. Aku pernah kecewa tidak diterima di sini selepas tamat tingkatan 5. Ironinya, aku telahpun menjadi pelajar di sini pada umur sebegini.

Bila kawan-kawan bercerita tentang tempat ini pada aku, aku seolah-olah dapat menyelurusi ceritanya dengan merasakan aku berada di tempat yang sama. Yang selalu bercerita tentang universiti ini pada aku tentulah si Effa dan Fariz.

Aku jejakkan kaki di universiti ini pertama kalinya tika aku konvo. Waktu itu aku rasakan de ja vu - macam pernah pergi di sini. Tapi bila?

Kali ke dua, waktu mengikut GengKerdil ke Johor. Jumpa TokR buat kali pertamanya.

Kali ke tiga, temankan Nett mendaftar sebagai pelajar angkasalepas.

Kali ke empat, hari mendaftar sebagai pelajar. Minggu lepas. Rasa macam de-ja-vu. Benda yang pernah aku lalui, aku lalui sekali lagi. Berkali-kali. Tempat ini serasa familiar.

Itu sebab aku tidak terasa apa-apa emosi waktu aku ditinggalkan mak dan ayah di sini. (Of course, sedihlah sedikit. Aku bukan perempuan tanpa perasaan) Itu sebab aku rasa aku akan oke kat sini. Aku fikir, I'll be oke here. Sebab tempat ini sangat familiar.

Kalau kita ini percaya pada kelahiran semula, mungkin di kelahiran lalu, aku pernah belajar di sini, tetapi kantoi sebab mati. Lepas itu dilahirkan semula dan dapat belajar di sini untuk melengkapkan hidup aku yang tak lengkap pada kelahiran yang lepas. Kalau kita percayalah. Tetapi kita tak percaya perkara seperti itu. Maka, aku dapat putuskan apa yang aku rasakan ini hanya de ja vu.

Rabu, 2 Januari 2008

Cerita tentang Sesat

TokR pesan. Ingat.. Kawasan Universiti ini seperti satu bulatan yang besarrrr.. (Sambil tangannya membentuk satu bulatan yang mana aku bayangkan seperti bulatan-bulatan besar yang ada di Kuala Lumpur dan mengangguk-anggukkan kepala tanda faham), waktu dia menurunkan aku yang sesat untuk ke fakulti sehari selepas menjejak kaki di sini. Selepas berkata, TokR serahkan peta lukisan tangan dia dan Dean_Sham kepada aku.

Dan masih. Hingga hari ini, sebelum menulis entri ini, aku hanya hafal jalan dari kolej ke fakulti dan dari kolej ke pintu besar. Dan hafal errr.. jalan ke Jusco. Haha.

Sebentar tadi aku sudahpun mendapatkan peta kawasan U ini. Walah!! Aku tidak akan sesat lagi selepas ini! Tinggi betul harapan aku.

Ironinya, sejurus aku membelek-belek peta, seorang wanita anggun datang kepada aku dan bertanya arah ke kedai koperasi U di sini. Hah! Kelakar. Nasib baik aku baru sahaja beredar dari koperasi untuk ke librari. Lalu aku tunjukkan jalan yang benar kepada wanita anggun itu.

Kau ingat, aku akan tunjukkan peta kepada wanita itu ke? Bluueeh!! :-p

Selasa, 1 Januari 2008

Entri Pertama 2008

Ini pertama kali, di malam tahun baru, aku tidak mendengar lagu Final Countdown.

Ini pertama kali , di malam tahun baru, aku tidak dapat melihat bunga api di serata tempat Kuala Lumpur dari rumah aku dan membuat groupie dengan adik-beradik aku waktu bunga api meletup-letup di langit KL.

Ini pertama kali, di malam tahun baru, aku rasa sunyi. Tanpa riuhan tawa, nyanyi malah tangisan dari semua.

Ini pertama kali, di malam tahun baru, aku tidur awal. Hahaha.

Aku tak buat azam, kerana aku sedang struggle to survive. :-)

Cerita Lama Amyz