Khamis, 1 Januari 2009

Hijrah & Tahun Baru

Hijrah.
Sedikit demi sedikit, aku berhijrah untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun sudah. :-) Insya Allah.

Sudah berpindah dari K9 ke KP. KP menyediakan rumah untuk pelajar yang sudah berkahwin di Uni Selatan ini. Apartment 2 bilik siap dengan perabot dan peti ais. Alhamdulillah. Cukuplah untuk kami yang baru membina hidup ini.

Hijrah ke status isteri ini, aku sedar tanggungjawab besar yang perlu aku pikul bersama tanggungjawab seorang pelajar, pekerja dan anak. Mudah-mudahan dipermudahkan. Encik A2l1e nyata seorang yang memahami. Ayat cliche : Kami dalam proses memahami diri masing-masing. Hurhur.

Tahun Baru.
2009 ini meninggalkan 2008 yang penuh dengan perkara yang unexpected. Bagi aku dan juga beberapa kawan yang lain. Kan Awin kan? Hihi. Aku juga telah menjadi seorang yang unpredictable. Membuka tahun 2008 sebagai seorang pelajar, menutup tahun 2008 sebagai seorang isteri.

2009 ini untuk kami membina hidup baru yang lebih baik sebagai suami isteri. Dan semoga rumahtangga kami sentiasa diberkati dan dirahmatiNya. Insya Allah. :-)

Juga mudah-mudahan juga aku dapat menghabiskan study dalam tahun ini juga. Amin..

Lagu:
Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Bak bayangan yang indah
Di malam purnama
Di telan mentari pagi

Apa disentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku
Engkaulah pelita hidupku..


:-) *Senyum*

4 comments:

.vvy|na. 1 Januari 2009 2:32 PTG  

hahahaha!


very the unexpected ;)

Amy Z! 2 Januari 2009 6:12 PTG  

Awin : hahaha.. sangattt!! sampai ternganga2 org dibuatnya! haha.

::the handbag goddess:: 2 Januari 2009 8:21 PTG  

please visit us where you can find authentic designer brands for sale at reasonable price. :)

::the handbag goddess:: 2 Januari 2009 8:21 PTG  

please visit us where you can find authentic designer brands for sale at reasonable price. :)

Cerita Lama Amyz