Selasa, 4 November 2008

Tanda Tanya

Aku masih keliru sehingga kini.

Kenapa mesti, pabila kita simpan sedikit rahsia untuk diri kita, maka pelbagai anggapan yang timbul?

Satu demi satu cerita tentang kita, kita akan dengar dari mulut orang. Aduh~

Aku quote ini dari Saharil di dalam ROMLAH:THE UNTOLD STORIES. (Yup, aku dah habis baca Romlah tadi. Owh. Something I can't resist bila dah ada di depan mata. Exam, exam lah. Baca Romlah, tetap baca juga. Haha.)

Tiada orang tahu semua perkara tentang seseorang.

kadang-kadang bila ada yang kita tidak tahu tentang seseorang itu, bila ada lompang-lompang kosong tentang dirinya, kita akan syak yang bukan-bukan. Kita isi setiap lompang dengan apa yang kita faham. Kita akan membuat telahan sendiri, untuk memuaskan hati kita.


Kita selalu membuat telahan sendiri. Kan? Tanpa ada usaha untuk bertanya kepada yang empunya diri. Untuk itu, aku lebih banyak mendiam diri dari memberi pendapat tentang seseorang. Biarlah dia buat apa pun. Kerja apa pun. Pakai kereta apa pun. Asalkan dia tak mengganggu hidup kita.

Namun, mulut orang bukan boleh ditutup. Cakaplah semahunya. Aku lebih suka duduk diamkan diri. Mulut terkunci.

"No comment."

Hihi.

9 comments:

cute-cat 5 November 2008 7:54 PG  

Akak seorang yang... hmmm, no comment!

:p

Anonymous 5 November 2008 9:05 PG  

no comment jugak.

lompang itu bagaikan donat.

donat yang warna hijau berlendir di atasnya itu. sedap.

13may 5 November 2008 11:21 PG  

saya pun tak terkomen :D

pHu YinG 5 November 2008 12:12 PTG  

Dah khatam?? ;-)

Amy Z! 5 November 2008 11:33 PTG  

eisya : hikhik. :-p

po : Uih. Donut memang sedap. Haha.

13May : betul tak ada komen? ;-)

phuying : sudah~ 2x. nak pinjam? hakhak.

kel@mbu 6 November 2008 3:45 PG  

bila lompang tu dah diisi pun tak pernah puas juga.. korek semula dan isi yang baru.. biasalah manusia, nafsunya terburu-buru..

Amy Z! 6 November 2008 10:07 PG  

kelambu : manusia tak pernah puas. yang iri yang dengki.. semua tu tak pernah puas nak jatuhkan org lain~

pHu YinG 7 November 2008 8:30 PTG  

Orang pun ader larr :Sila baca dengan nada berlagak:

;-p

Amy Z! 8 November 2008 3:02 PTG  

phu ying : ye. ye. mestila ada.. :-p

Cerita Lama Amyz