Ahad, 9 November 2008

Oh, No!

Tadi, saya sedang mentelaah apabila tiba-tiba saya rasa pening-pening. Huruf-huruf dan angka-angka di buku catatan saya menjadi kabur-kabur.

Saya cuba alihkan perhatian saya kepada laptop, membaca satu dua blog, atau suratkhabar atas talian untuk memastikan pandangan saya tidak terjejas.

Malangnya, mata saya terasa berpinar-pinar demi ayat-ayat dari Utusan Online saya baca. Saya mengurangkan kadar pencahayaan skrin laptop ke tahap yang paling bawah sekali.

Mata saya masih berpinar-pinar.

Sekarang, saya terpaksa memakai cermin mata yang lama tersimpan di dalam laci. Cermin mata yang hanya saya gunakan apabila memandu di waktu malam sahaja. Sebab saya sangat alah dengan silau lampu kereta. (Itupun bila ingat saja pakai. Bila tak ingat, tak pakailah~)

Nampaknya pening-pening saya sedikit berkurangan, hilang sedikit rasa mata yang berpinar, tulisan nampak jelas. Tetapi tidak hilang terus, masih rasa pening, dan kadang-kala berpinar-pinar, apabila membaca sesuatu rencana yang panjang, contoh berita Abby dan Norman bertengkar di Lokasi Gerak Khas. Duh!!

Mata saya sudah rabunkah?

Oh, No! Saya tidak mahu memakai cermin mata permanently~ Huhu.

13 comments:

A t i Q a h 9 November 2008 11:56 PTG  

Buat tembakan laser kat mata kak. Hehe.

pHu YinG 10 November 2008 9:39 PG  

Study dahsyat sangat tu sampai rabun mata.. ;-p

cute-cat 10 November 2008 10:28 PG  

kuat sangat menelaah sampai rabun mata... hikss

paiseh 10 November 2008 4:51 PTG  

belajar2 laa menerima kenyataan..
hahahahaha..!!

Amy Z! 10 November 2008 7:28 PTG  

atiqah : kalo ada duit lebih2. boleh kot. hehe. ;-)

phu ying : buku + 2 tin nescafe. peh..

eisya : kena study. nak dpt 4flet. hehe.

paiseh : belom rabun lagi~ nyeh nyeh..

.vvy|na. 10 November 2008 7:33 PTG  

susah kalau nak nasihat org yg in denial nih :p


miss u bebeh :*

Amy Z! 10 November 2008 10:15 PTG  

awin : hikhik. kite tak mo pakai spek mata la cik~ :-p

miss u too, sweet~ :-*

madulebah 11 November 2008 12:09 PTG  

sila biasakan mata melihat kehijauan alam ya..

atau cat saja dinding bilik dengan warna hijau.

ahaks

Amy Z! 11 November 2008 2:47 PTG  

madu : tak mengapa. di luar tingkap, ada ladang kelapa sawit ko~ tengok la hijau puas-puas. hahaha.

Anonymous 11 November 2008 4:19 PTG  

kehijauannn..disamput awan..aku menujuuu

katakanlahhh..jangan dirayuuuu hu huu

aku lupalah lirik lagu alleycats tuh. ko google lah sendiri eh.

Amy Z! 11 November 2008 7:17 PTG  

Po : hahaha. lagu rayuan di puncak genting.. ferrrr.

kel@mbu 12 November 2008 10:41 PTG  

bhaya rabun tba2 ni.. tnda2 awal strok.. baik gi check.. :P

Amy Z! 13 November 2008 1:21 PG  

kelambu : hahaha. saje la tu. :-p

Cerita Lama Amyz