Rabu, 12 November 2008

Ini Template Sementara

Sebab tangan tak pandai duduk diam-diam. Asyik nak menggodek itu ini, akhirnya ter-stuck dengan template ni. Template ni ok. Tapi tarikh update di imej kalender itu tidak kelihatan. Nak tukar template lain, tetapi blogger ada error. Kena tunggu for a while before upload template lain. Ferrr..

Inila akibatnya orang yang sepatutnya study, tetapi pergi upload template~ Duh!


Kemaskini sedikit:
Tiba-tiba tadi termenyanyi lagu Aku Wanita - Siti Nurhaliza. Merelip-merelip Tok Siti tu masa Anugerah Skrin. Anggun. Kagum walaupun aku tak minat dia sangat. Tapi, itu rezeki dia kan? Asalkan dia bahagia.

Oh, dalam lagu Aku Wanita tu, aku suka part ini:
Aku wanita aku kaum hawa. Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta. Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta. Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati. Belahan jiwaku ini..


Owwhh..


BTW, cerita tentang Sajak Kematian. Apa kena la orang besar-besar kita ni yang suka sangat takut dengan bayang-bayang sendiri. Katanya, Sajak itu menakut-nakutkan anak-anak yang baru nak naik ni. Entah apa yang dia takut pun aku tak tahu.

Dulu kecil-kecil aku lagi best. Sekolah aku buat teaterikal "Sakaratul Maut" yang di ambil dari salah satu kaset Al-Arqam. Fuh. Gerun jugalah. Siap pakai-pakai kain kafan segala. Tak terjejas pun akidah aku..? Deng!

Ntah apa-apa lah~ Menyampah aku nak baca suratkhabar macam ni. Baik aku baca gossip Dato K hadiahkan BMW kat Rozita Che Wan. Harharhar.

8 comments:

cute-cat 13 November 2008 11:31 PG  

been there, done that...

i mean, tukar template blog di kala busy nak final exam :))

it's fun ok! kan, kak amy zee?

Amy Z! 13 November 2008 1:49 PTG  

eisya : Hihihi. Seteresss jugak sebab template ini tidak memenuhi citarasa. Blogger tak boleh upload template baru pula tu. Error. Tension nih. Tension. Hahaha.

Tok Rimau 13 November 2008 4:19 PTG  

I pun gatal tangan. Mesti nak usik template.

Amy Z! 13 November 2008 4:46 PTG  

Tok R : U lagi suka tukar-tukar template.. Tapi takpe. Template u cantik2. ;-)

paiseh 13 November 2008 11:59 PTG  

erk.. tumpang tanya..
mana nak cari template cumey2..?
saye masih baroo.. =)

Amy Z! 14 November 2008 10:11 PG  

paiseh : saya google je~ tapi ada satu yang saya selalu jenguk untuk cari template : http://btemplates.com/

selamat mencuba.

Wynn Yasser 14 November 2008 1:11 PTG  

wah..template baru.... :)
ntahnye, aku pon nyampah dgn mak budak yg start mengadu kes tu. menggelabah sungguh. rosak minda ke hapenye. biase2 jerkkkk... Anak2 skrg mmg terlebih manja.

Amy Z! 14 November 2008 7:25 PTG  

wynn : template ini lebih berserri. hikhik.
Org2 skrg ni suka naa gelabah tak tentu hala ni. sikit2 rosak akidah. sikit2 takut terpesong. duhh!!

Cerita Lama Amyz