Sabtu, 1 November 2008

Dilema : Salah Ke?

Setiap kali ada jemputan majlis perkahwinan, aku pastinya serba salah apabila memikirkan hadiah manakah yang sesuai untuk diberi kepada pengantin. Takut ada orang lain beri hadiah yang sama. Kalau cadar tak apa la kan? Tilam akan selalu berganti cadar. Kan? Kan? ;-)

Selalunya tetamu ambil mudah dengan pemberian hadiah. Jadinya pengantin baru ini dapat sampai 2-3 hadiah yang sama. Yang mana pada aku, ini satu pembaziran.

Ye la. Siapa nak guna seterika sampai 2-3 buah? Gilo apo? Ok la. Kalau 2 buah, logik la. Kalau tak mahu berebut dengan si suami masa nak menggosok. Ayang gosok kat sana, Abang gosok kat sini. Maksud aku, gosok baju OK! :-p

Di barat, ada budaya menyenaraikan hadiah yang perlu tetamu bawa untuk pengantin. Hadiah dibeli dalam lingkungan harga yang lebih kurang. Tidak membebankan. Bagi mengelakkan duplikasi hadiah. Ok juga kan? Daripada pembaziran berlaku. Membazirkan kawan syaitan. Praktikal apa.

Tapi di Timur terutamanya di Malaysia lah~ kat mana lagi kan? Budaya meminta-minta ini sangat tidak disukai kerana bagi mereka, sungguh tidak sopan pengantin meminta-minta hadiah dari tetamu yang hadir.

Tak salahkan minta hadiah dari kawan-kawan dan tetamu yang hadir? Tak adalah dapat 2-3 hadiah yang sama. Yang mana hadiah yang terperuk di bawah katil dan di-guna-semula untuk diberi kepada kawan yang kahwin kemudian hari. Teruknya~

Fikir dan renungkanlah~ ;-)

17 comments:

cute-cat 1 November 2008 11:47 PTG  

Ye lah, ye lah...
Akak ni sebenarnya nak hadiah apa? :p
kekekeke... pandai dia kasi hints...

fafarafa 3 November 2008 12:14 PTG  

hahahha..kawan aku selamba je mintak microwave dgn aku. tp aku x kasik pon. aku ganti microwave tu dgn oven...bg dia rajin bakar2 kek utk aku nnt...wahahhaha

Amy Z! 3 November 2008 12:23 PTG  

eisya : hahaha. alaaa.. dpt baca pulak fikiran akak~ camne nih?? hahaha. :-p

fara : hahaha. aci tak minta mesin basuh? hahaha.

Angah 3 November 2008 1:16 PTG  

aku bagi duit cash saja lah... lagi senang kan.. ikut ko la nak beli apa ye tak...

madulebah 3 November 2008 2:31 PTG  

ya.. ya.. saya sangat suka konsep menyenaraikan hadiah apa yang kita mahu.

Rasanya zaman dah berubah dunia sudah maju ini sudah tidak timbul isu 'meminta-minta'

Adik saya buat macam itu masa wedding dia dulu.

Dan. Kita memang nak mengelakkan pembaziran.

Amy Z! 3 November 2008 3:22 PTG  

angah : cash pun digalakkan sebenarnya. hehehe.

madu : betul. sekarang, bolehkah saya menyenaraikan hadiah-hadiah yang saya mahukan? hikhik..

ayobkelubi 3 November 2008 4:17 PTG  

betul tu, aku ada 3 blender dlm kotak lagik, 2 pemanas air dlm kotak lagi, 2 kipas duduk dalam kotak lagik. set pinggan mangkuk yang maha banyak dalam kotak lagik.

jadi, kau nak yang mana satu?.

Amiene Rev 3 November 2008 4:21 PTG  

Seelok-elok hadiah perkahwinan, ialah barang-barang yang boleh digunakan oleh pengantin seperti:

1. Periuk nasi
2. Cerek
3. pinggan mangkuk
4. set gelas
5. sarung cadar
6. cooker

sebab barang-barang ini akan lebih merapatkan penerima dengan pembeli hadiah.

sebaliknya barang-barang berbentuk hiasan selalunya terabai begitu sahaja sebab tidak ada kegunaan khusus selain diletakkan sahaja di tempat-tempat tertentu atau lambat laun dimasukkan ke dalam stor.

kebanyakan keluarga pengantin baru, saya lihat barang hadiah yang paling mudah dilupai adalah barang perhiasan.

A t i Q a h 3 November 2008 9:40 PTG  

aaa? nak kad jemputan dulu! baru leh bagi hadiah. he he he.

nizamsani 4 November 2008 9:41 PG  

ipod.ipod.

fafarafa 4 November 2008 9:52 PG  

amyz...bole mntk mesin basuh. tapi down payment jelah. bulan² byr sndr. wahahhaha

Amy Z! 4 November 2008 6:03 PTG  

ayob : aku tak mahu electric kettle dan seterika. aku dah ada. aku nak periuk nasi, ionizer, pencuci pinggan-mangkuk, mesin basuh, vacuum .....

hahaha.

amiene rev : betul tu. saya tak suka pembaziran berlaku.

atiqah : tungguuuu....

neezie : ipod utk kegunaan peribadi adalah tidak dilayan. haha.

fara : hahaha. kalo boleh, nak kasi ke? hahaha. gurau2 je. ;-)

kel@mbu 6 November 2008 3:43 PG  

kalau aku demand sijil simpanan premium.. orait tak? hehe..

Amy Z! 6 November 2008 9:56 PG  

kelambu : boleh.. mintak kat kawan2 opis. hahaha.

rudy bluehikari 8 November 2008 8:40 PG  

baguih dah bg hint.eh aritu we all kawen bg adiah apa ek? Dah lupa.

rudy bluehikari 8 November 2008 8:41 PG  

baguih dah bg hint.eh aritu we all kawen bg adiah apa ek? Dah lupa.

Amy Z! 8 November 2008 3:00 PTG  

rudy : entah. dah lama sgt. lupa. hahahaha.

Cerita Lama Amyz