Selasa, 11 November 2008

Dengar Radio

Malam-malam waktu menelaah, dengar juga radio menerusi SEW810i tersayang ini. Selalu tukar-tukar station. Mahu dengar lagu yang sedap didengar saja. Owh, no wonderlah kawan aku cakap pening dengar radio di kereta waktu pergi dan balik kerja dulu. Suka sangat tukar-tukar station.

Di Selatan ini boleh dengar station Singapore. Suka layan Class '95. Banyak lagu-lagu oldies. Dengarlah lagu-lagu lama. Best. Layannn~~

Selain dari itu, dengar MixFm dan HitzFm. Lagu lama dan baru campur-campur. Layannn juga~ Paling favorite MixFm lah.

Untuk lagu melayu, since di sini aku tidak dapat dengar KLFM. Aku layan SinarFM. Layan lagu-lagu oldies lagi feeling. Alleycats ke, Kenny-Remy-Martin ke, Ebiet G ke, Wings ke, Search ke. Layann~~

Layan juga LiteFm dan RedFm. Tukar-tukar antara station itula. Kalau lagu tak best, tukar station lain.

Tetapi rasa sedikit annoy dengan orang yang suka sangat beri dedikasi pada orang lain menerusi sms/telefon di radio. Mak di dapur, kakak sebelah rumah, sepupu depan mata, kawan satu pejabat pun mahu diberi dedikasi. Atau pada kekasih yang baru saja kejap tadi makan bersama, mahu diberi dedikasi siap dengan "mwahs dengan 23 tanda seru " Ferrr.. Aku yang dengar yang rasa malu. Huhu. Bukan tak boleh, tapi ah, malas cakap. Fikirlah sendiri..

10 comments:

Tok Rimau 12 November 2008 12:20 PG  

Tok tujukan lagu Renjis Renjis Di Pilis, dengan bunyi guruh di langit!

Amy Z! 12 November 2008 1:07 PG  

TokR : Alaa.. Tak ada lagu lain ke? :-p Saje tau!

cute-cat 12 November 2008 10:58 PG  

Tok, naper kena ada sound effect guruh? frust ek...

kekekeke...

saya tujukan lagu Selamat Pengantin Baru buat kak Amyz dan pasangannya yang berada di Johor...

psst, Johor-Putrajaya jauhkan. Tak pe kan kalo tuju lagu utk org jauh, kan? :P

Amy Z! 12 November 2008 11:03 PG  

eisya : tolonglah.. ini bukan station radio.. :-p

Anonymous 12 November 2008 12:03 PTG  

huh? Amy Zee dah kahwin?

o ye ke?

aku nak tuju lagu jugak lah.

Saya tujukan lagu Tenda Biru ini kepada ...

"tapi Encik..sekarang bukan segmen tuju lagu." Kata si penyampai radiu.

"ooo tak buleh tuju eh? tak pe..tak pe..(nada dendam)" kata si pemanggil.

Nota* ini benar-benar berlaku di siaran terengganu FM suatu masa dulu (masa aku dengar2 radiu)

paiseh 12 November 2008 12:33 PTG  

ye. ye.. saye pon rasa sangat anoying dgn ucapan2 sampah mcm tu..

Amy Z! 12 November 2008 1:33 PTG  

Po : Po, tenda biru? Alahai, ada tak lagu yang lagi best dari itu? Huhu. Pls la~ Hahaha..

Hahaha. Kesian sgt kat pendengar tu. Excited nak tuju lagu. Bila dapat telefon, bukan segmen tuju lagu pulak dah.. Haha.

Paiseh : Nak dedikasi pun elok-elok lah sedikit, kan? Buat habis kredit je call stesen radio semata-mata nak dedikasi lagu kat kekasih yang ada kat sebelah dia je. :rolleyes:

kel@mbu 12 November 2008 10:39 PTG  

pnah dgr sinarfm, ada sorg pemanggil tu buat dedication kat ex-gf, katanya, smoga awak bahagia dgn suami tersayang..

choii.. tba2 aku rsa nk muntah..

nizamsani 12 November 2008 10:49 PTG  

cuba Capital FM 88.9 malam2 sedap didengar.

Amy Z! 13 November 2008 10:02 PG  

kelambu : hahahaha. ko belum dengar minah jiwang yang hantar dedikasi kat pakwe dia. siap muah-muah segala. gelik gileerrr!! iiieuuu.

neezie : kat selatan ni 88.9 tu radio singapura. BBC WS. Ferr..

Cerita Lama Amyz