Rabu, 26 November 2008

Amyz's Do

Cuti semester cuma sebulan. Jadi waktu-waktu inilah cik Amyz suka nak manja-manjakan diri. Sebab cik Amyz ni bukanlah lawa sangat. Untuk cantik, Cik Amyz suka buat perkara-perkara mencantikkan diri sendiri. Indulgence, kata orang. Hiks!

Macam facial, skrub, sauna, mask, etc etc..

Ada boleh buat di rumah saja. Jimat sikit belanja. Maklumlah. Student manalah mampu nak pergi Spa. Haha.

Sangat seronok memanjakan diri ni. Bila keluar dari bilik air dengan kulit yang lebih halus dari biasa. Rasa macam ferrrrrr.. Satu kepuasan. Ahaks!

Ada satu perkara yang Cik Amyz suka amalkan (time rajinla tapi~). Skrub badan dengan oat bercampur susu. Buat sendiri di rumah. Kalau rajin amalkan, memang boleh mencerah & menghaluskan kulit. Tapi since cik Amyz ni time rajin saja dia buat. Jadi Cik Amyz tidaklah secerah susu pun kulitnya. Ahaks.

Yang bestnya, lepas skrub badan dengan oat bercampur susu ni. Kulit akan halus serta merta. Dan bertahan jugalah untuk 2-3 hari rasa kehalusan tersebut. Ferrr...

Cik Amyz nak pinjam tempat sauna adik ipar minggu ni. Harap-harap bolehlah membakar lemak tepu dan bolehlah turunkan berat badan dalam sekilo dua. Uhuks~



Oh, selain memanja-manjakan diri. Cik Amyz perlu rajinkan diri belajar memasak ye.. (Adehh.. malasnya nak masak.. Huhuhu.)

10 comments:

fafarafa 26 November 2008 12:53 PTG  

hahhaha...dh kena blaja masak dh cik amyz. selamat belaja yekkk...


ekekekkeke

Amy Z! 26 November 2008 1:32 PTG  

fara : ok. goreng telur dah pass. Hahaha.

dugongsenyum 26 November 2008 4:25 PTG  

Oat dengan susu tu bukan untuk breakfast ka? Haha

Buat senaman aa full body work out dengan dumbbell, sebab selain memasak kau juga perlu belajar wrestling nanti, muwakakaka

Amy Z! 26 November 2008 7:58 PTG  

dugong : Breakfast pun boleh. Sambil letak kat muka, boleh la jilat2 sikit. Hahaha.

Ceh!! Tak ada advise lain.. :-p

kel@mbu 26 November 2008 9:41 PTG  

ferr.. oat dgn susu buat mandi tu.. aku buat mkn je mampu..

kingbinjai 27 November 2008 1:08 PG  

yerub badan ketika badan memang bess

paiseh 27 November 2008 1:30 PG  

oo.. kire time cuti2 je laa lawa..
time blajar berkerak..! hahahahaha...!!!

Anonymous 27 November 2008 3:59 PTG  

sebenarnya kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif.

bak kata pepatah Belgium; Beauty Lies In The Eyes Of Beholder.Beholder ya .. bukan Clear Holder, itu file utk simpan sijil.

Walaupun kecantikan ada perlu Pre-tigabelasduabelas tetapi belajar berbicara dan juga belajar menjaga hati juga sepenting mandi oat dengan susu.

saya dulu, sebab oat mahal sangat, saya pakai kerepek pisang dengan air sirap. ..and look at me now!

he he

addyaholix 28 November 2008 11:29 PG  

lelaki jugak boleh nampak cantek(kacak) kan klu bersauna segala macam?

Amy Z! 28 November 2008 12:34 PTG  

paiseh : whateverrr...

po : yeap. cantik adalah subjektif. ada org nampak cantik, kita nampak tak cantik. :-)

hehehe. selain dari cantik muka, budi bahasa pun kena cantik juga. baru nampak manissss.. ;-)

addyaholix : boleeeehhhh.. err.. tapi jgn cakap lelaki cantiklah. dah lain macam bunyinya. kalo kacak/hensem/macho - macam po - itu lebih sesuai. ;-)

Cerita Lama Amyz