Tak Pandai Fikir.
Nyaris. Aku mahu mengamuk di depan bilik pensyarah English aku yang dismiss kelas kerana ada pelajar yang buat presentation hari ini, tidak bersedia membuat presentation dengan baik.
Selalunya, kalau pensyarah dismiss kelas awal, aku suka saja. Tetapi apabila seorang pensyarah yang dismiss kelasnya kerana kecewa dengan pelajar, aku rasa sedih. Takut ilmu yang aku dapat tak berkat jika pensyarah marah pada pelajarnya. Apa, doa pensyarah pada pelajar pun makbul tau!
Sewaktu aku dan 3 orang kawan menunggu pensyarah aku yang dismiss kelas itu kembali ke biliknya, seorang pelajar lelaki sama kelas English dengan aku itu datang. Untuk berjumpa pensyarah itu juga.
Dia berkata lebih kurang seperti ini, "Mana tahu kalau buat presentation kena pakai smart-smart. Subjek lain tak kena pun?"
Aku katakan, ini skill kelas. Kelas yang ajar tentang kemahiran. Kemahiran untuk membuat presentation yang bagus. Bukankah penting dalam satu presentation, is your appearance?
Budak yang berusia 8-9 tahun lebih muda dari aku itu cuba berlagak pandai. Alasannya, jika diberitahu, mesti semua orang akan berpakaian kemas.
Sebabnya 100% pelajar lelaki cuma berkemeja-t dan berseluar jeans. Inilah yang mengecewakan pensyarah aku. Bukan tidak pernah diberitahu. Tak kanlah nak beritahu setiap kali nak buat presentation.
Aku katakan kepada dia, kenapa semua pelajar perempuan berpakaian kemas? Kenapa tidak pelajar lelaki? Dia senyap. Tetapi masih nak menegakkan benang yang basah. Masih cuba meletakkan kesalahan di bahu pensyarah. Alasan. Pensyarah tak beritahu.
Sedangkan, berkali-kali pensyarah itu sudah pesan di kelas. Berminggu-minggu sebelum hari ini. Untuk datang berjumpa dia. Dan dia akan beritahu apa yang dia harapkan dari pelajarnya dalam membuat presentation itu.
Geram betul aku masa tu. Bertubi-tubi dia kena syarah dengan aku pula. Sehingga adik-adik aku sabarkan. Aku siap speaking english lagi. Biar mereka tahu. Supaya tidak ambil enteng sesuatu perkara. Tidak ambil kesempatan atas kebaikan pensyarah. Dan tidak memandang ringan Bahasa Inggeris.
Esok nak kerja, interview semua dalam English. Baru interview. Belum lagi kau kena present depan top management ke, depan boss pasal kerja. Kalau ada top management tu orang asing, bukan ke kena speaking English? Grammar berterabur, pronounce pun tak betul, ada hati nak cakap orang lain tak betul~ Kalau dah tahu diri tu tak tahu, belajarlah. Kau ingat apa sebab aku masuk U dah tua-tua ni? Sebab nak naikkan taraf diri sendiri. Nak belajar. Nak kutip ilmu. Bukan setakat nak dapat degree semata-mata untuk naik tangga gaji. Ingat banyak sangat ke gaji go_men tu?
Inilah pelajar zaman sekarang ni. Yang aku lihat, majoriti pelajar lelaki. Selesa sangat. Semua nak diberitahu. Semua mahu disuap di mulut. Tak pandai fikir. Tak reti nak usaha. Tak mahu bertanya. Ego. Bodoh sombong!! Eii.. Menyampah!!
14 comments:
it goes the same here at ulu banat darling dear,
nak kena berketuk,baru nak terhegeh2 hanto esemen walhal dah diberitahu datelinenya.
bila tiba dateline baru lah hegeh2 nak jumpa nak buat deal baru.
ingat aku jual kereta?.
mmg kena 15 bakullah syarahan.
sabau. ;P
err...isn't it common sense to dress up bila ada presentation??? xkn nk pakai tshirt kolar bulat+jeans+slipar jepun present kat dpn kelas? aku rasa...budak sci-comp & engine yg selekeh tahap gaban kat UTM tu pon tau nk pakai smart² bila present dpn kelas. especially kalo subject FPPSM.
:pi-es:aku rasa budak tu dtg dr ulu banat mana tah kot. that's why he doesn't hv that common sense.
Ngko dapat belajar dalam 2 generasi berbeza. Maka dapat menilai sebaiknya. Dan sekarang mungkin ngko akan lebih risaukan generasi akan datang.
ayob : jgn beri chance sgt kat student ni. dorang ni byk main dari belajar. ish. nyampah akak tau!
farah : tu sebab aku nak ngamuk tu. boleh dia jawab lagi kalo nak kitorang present smart-smart, bagila surat ke, notis ke.. iiee.. nasib baik tak kena maki. tu pun aku cakap, lu fikirla sendiri~
kemat : yeap. risau. zaman student lagi dah korup. lepas tu dah kerja, lagilah. rosak bangsa~
perghh.. penuh feminisme.. akak steady akak..
Garangnya. Takutlah. Ehehehe.
Mungkin mereka tunggu surat pekeliling yang ditampal di setiap sudut, dengan size A3 tuh. Baru nak pakai. Hish.
sis..setuju sangat2 dengan ur argument!
well done!
kelambu : hihihi. emotional la pulak~
phu ying : akak garang dengan budak-budak yg bodoh, tapi tak mahu belajar. geram betul.
azie : hihi. thanks azie. tapi kawan akak cakap, tak guna layan budak-budak yg camtu. bukan dengar kata pun~ huhu..
sabar..
aku pun dulu..pakai kemeja, slacks, tali leher masa orientasi universiti.
Seorang senior panggil aku.Tanya.
"apasal ko pakai kemeja, tie, slacks tapi kasut sukan? hah? ! Apasal?"
Nak aku carutkan aje.
waaa.. kebetulan. Semalam, kelas kul 5.00 pm. Dah la masuk kelas dgn keadaan frust sbb test 2 sgt teruk. Ada yg dpt 2/50, 5/50, 7/50.. b4 test, aku nak buat revision depa sombong, suh aku upload jek jawapan kat web. Lepas exam baru nak bgtau aku tak fhm itu, tak fhm ini.
Dah tau result buruk, bkn nak insaf, aku ngajar, rancak berborak. Classmates dah bg sign 3-4 kali suh senyap.. still rancak berborak.. Sabar pun ada hadnya jgk, aku lebih suka depa tido dlm kelas drpd borak2 kaco org lain nak belajar.. Last2 aku kemas brg, "ok, class cancel". Aku blah camtu jek. Hehe. Terpinga2 budak2 tu. Nak bebel2 buang karan jek. Balik umah aku makan megi. Lagi bagus. Hehehe.
eh eh.. panjangnya komen aku.. hehe.. maafla, masih terbawa2 hangin semalam.. hahaa
Kebetulan nic dapat staff yang dean list, CGPA 3.85, tp kerja????? arghhh memang memalukan kalau nic cakap dia dari univ mana.. Nic pun tak faham, ada beza ke education system dulu dan sekarang.. or is it juz attitude?
hah kau amik seketul! kena bahasakan budak2 yg xsedar diri menghabiskan duit rakyat ni... sah2 subsidi belajar tuh kita2 ni byr tax...
po : hahaha. dah smart sangat dah tu. kasut sport tu trend laa.. ape la senior tu. haha.
cida : ha la. student skrg ni malas sgt lah aku perhati kan. dalam kelas pun nak berborak. aku kesian dengan lecture teori sains komputer aku. dia dok ngajar kat depan, dorang borak2 kat belakang. angin aku satu badan. aku dok depan. tapi cam terganggu juga la. tak dengar lecture cakap ape. hii.. benci tau.
cida : selalu komen camni pun takpe. haha. aku bagi markah. full mark kat komen ko. hahaha.
nic : student camtu, kat U selalunya doing everything go get highest mark. tak de social skills, takde social life. tu sebab kerja dia teruk. duh! that's why kat sini nak terapkan skill dalam every subject. how to present, how to work in team. tapi dorang semua pandang enteng. isk isk.
rudy : tu la. dpt ptptn beli henpon mahal2. enjoy. belajar, malas! iiee.. menyampah!
Catat Ulasan