Isnin, 27 Oktober 2008

Restu

Minggu ini, minggu belajar. Kelas tak ada. Silibus sudah dihabiskan minggu lepas. Kekonon nak bagi pelajar masa untuk belajar, sebelum peperiksaan bermula minggu depan.

Tapi hampehla budak-budak ni nak stay kat kolej kalau tak ada kelas. Masing-masing cabut balik kampung. Ceh! Hari Jumaat saja tiket bas dah habis. Seboleh-boleh habis saja kelas hari Jumaat tu, terus angkut beg nak balik kampung.

Termasuklah akak ni. Akak habis kelas hari Jumaat, baru nak cari tiket oke. Kira mulia sikitla~ Hurhur.

Tapi akak tak adalah hari Jumaat tu juga nak balik. Akak ni kira bersabar jugalah. Akak stay sampai Ahad. Lagipun, hari Sabtu banyak jemputan Open House (Tiba-tiba ramai pula kawan akak di Johor kan? Siap pergi Open House segala. Hakhak). Ahad tengahari baru la bertolak balik KL. Sabar itu separuh daripada iman apee..

Bukan apa. Peperiksaan nak dekat ni, akak baliklah sekejap. Jumpa Mak, Ayah. Minta doa restu nak hadapi peperiksaan. Nak minta maaf, moga-moga senang akak jawab peperiksaan. Tanpa doa-restu dan kemaafan dari Mak Ayah, akak rasa jiwa kosong, tak tenanglah. Akak ni memang emotional (banyak). Selalu sangat fikir bukan-bukan. Untuk tenangkan jiwa yang selalunya kacau ni, akak balik rumah, jumpa Mak Ayah minta restu. Barulah rasa damai sedikit.

Moga-moga, berkat doa-restu Mak Ayah, dapatlah akak menjawab peperiksaan dengan tenang, tak gelojoh dan teliti. :-)

Insya Allah. :-)

6 comments:

newrin 28 Oktober 2008 8:33 PG  

gud luck babe!!!

i know u can do it :D

fafarafa 28 Oktober 2008 9:41 PG  

cik amy_z, gud luck!!
selamat jawab peksa...agak² cm x abis blaja, ko bwk je notes kecik²...sbg reference...wahahhahahaha

:pi-es:lecturer aku penah kata, "sy x kisah kalau awak nk tiru. coz in real life, bukannye awak xleh refer buku or other notes. tp make sure awak tiru dgn berhemah & dlm keadaan faham dgn apa yg awk tiru. jgn main tiru tp x faham apa²".
Nway....GOOD LUCK!!!!

kingbinjai 28 Oktober 2008 11:21 PG  

amin.

Amy Z! 29 Oktober 2008 12:24 PG  

newrin : thanks a lot, babe! really appreciate it~ mwahs!

fara : kalau sbg reference takpe. bukan ambil bulat2. macam copy-paste. tu betul2 tiru tu. Hehe.
thanks for the wish~ :-D

king : insya Allah. Amin~

tuan tanah 29 Oktober 2008 6:29 PG  

All the best!

Kalau nervous, seru nama tuan tanah 3 kali, petua ni. ;)

Amy Z! 29 Oktober 2008 11:02 PG  

TT : betul ke? waahhh~ takut salah sebut nanti termimpi2 pula~ haha.

Cerita Lama Amyz