Isnin, 20 Oktober 2008

Rama-Rama Dalam Perut

Penuh perut dengan rama-rama. Aku rasa. Hari demi hari.

Peperiksaan akhir, beb! Final exam!!

Lagi 2 minggu.

Nervous-nya.

Walaupun dah banyak kali lalui exam ni. Dari sekolah rendah. Tetapi perasaan masuk dewan periksa dan mendapat kertas soalan, selalu buat aku kecut perut. Sejuk perut. Kaki dan tangan.

Nak ambil exam PT_K pun sama juga tau.

Jangan kata exam. Kuiz ke, ujian ke. Macam tu juga. Payah sungguhlah.

Kalau nak tahu, aku sangat nervous masa menjawab. Keluar dari dewan/bilik peperiksaan, kau akan nampak jari-jari aku penuh dengan calit-calit liquid paper. Tu nervous la tu. Selalunya lupa rumus. Tak pun lupa teori. Bila salah jawab, kena padam dengan liquid paper. Keluar dewan/bilik peperiksaan, jari-jari bercalit-calit liquid paper.

"Kakak! Beli liquid paper yang bukan jenis cecair la~" Tegur seorang adik bila melihat jari-jari aku bercalit putih. Duh!

Oh, old-fashion nya aku. Mana ada budak-budak ni guna liquid paper jenis cecair lagi?

Yelah. Esok aku pergi beli. Hari ini aku mahu ulangkaji. Esok ada kuiz.

Final exam hanya 2 minggu~
Kalau lama tak menulis, tak update blog. Aku konon-konon tekun belajarlah tu. Haha.

13 comments:

Anonymous 21 Oktober 2008 9:10 PG  

Dulu.

SPM 1987.

Di bawah pokok ketapang, di hadapan dewan.

Dua puluh minit sebelum waktu peperiksaan berjalan.Kertas Agama Islam.

Aena (bukan nama sebenar) yang aku mendapat tahu, baru sahaja melahirkan anak yang ketujuh beberapa hari lalu.Dengan ayu menyapa aku.

'Good Luck' katanya lembut sambil diiringi senyum.

Aku. "hah?"

"Bulat?"
"apa yang bulat?"

Dia mencebik bibir.

Aku score A dalam kertas Agama Islam.

Aku dapat F9 untuk Matematik Tambahan.Mungkin sebab Aena tidak mengucapkan 'Bulat' sebagaimana biasa.

Dia seorang akauntan, sudah menjadi surirumah sepenuh masa.

Lalu...aku ucapkan pada Amy Zee...

'Bulat!'

Amy Z! 21 Oktober 2008 9:42 PG  

Uncle Po : Bulat? Apa yang bulat?
Haha.

Terima kacehh~ Moga-moga berjayalah exam saya kali ini. Hihi.

Math pun tak pandai, Add Math apatah lagi. Huhu.

fafarafa 21 Oktober 2008 10:12 PG  

good luck cik amy_z!!!!

kel@mbu 22 Oktober 2008 1:46 PG  

teringat zaman liquid paper pakai berus. ada lagi ke hah?

Silence 22 Oktober 2008 10:16 PG  

"Kakak! Beli LIQUID paper yang bukan jenis cecair la~"

dah nama pon LIQUID paper... of coz laa benda tu cecair.. iye tak??

kalo camtu kata ganti nama lain untuk liquid paper yg bukan cecair tu ape ea?

aku pon ketinggalan zaman..

Silence 22 Oktober 2008 10:17 PG  

ehh.. lupa nak wish...
gud luck! wish u all the best Oke!
selawat banyak2!

cik puan daun 22 Oktober 2008 11:10 PG  

good luck bebehhh!!!

nizamsani 22 Oktober 2008 11:31 PG  

aku tak guna liquid paper.lebih pantas.

ayobkelubi 22 Oktober 2008 5:03 PTG  

gulp!.

betul aku pun sama..selalu bila aku nebes, aku tido dulu untuk 10 minit.pastu bangun terus menulis tanpa henti,konon2 macam baru dpt jawapanlah!. hahahaha.

aku amik TP2,AIS dan AUDIT!!.sem depan amik apa beb?

Amy Z! 22 Oktober 2008 10:39 PTG  

farah : time kacehh.. hihi

kelambu : yg liquid paper yg pakai berus tu, siap ada tiner, kalo dah keras boleh cairkan dengan tiner tu. haha.

silence : kalo bukan cecair, nama dia correction pen. Hehe. Lupa nak mention. Haha.

Thanks for the wish. :-)

Puan Daun : Thank you bebeh..!! Muahs!!

Neezie : Tulisan aku comot. Kalau aku garis jawapan yang salah, lagi nampak comot. Guna liquid paper pun comot juga. Huhuhu. Last-last, guna kertas jawapan baru. Haha.

Ayob : Boleh ko tido? Aku dah la malam tu tak boleh tido. Ni kan lagi kat dewan exam. Ferr..

Sem depan banyak. 17 kdt. Tapi dah ambil majoring la. MIS. Tinggal setahun saja lagi~ :-D Ko grad ngan aku nanti tau!!

pHu YinG 23 Oktober 2008 3:37 PTG  

Ganbatte Kudasai~! ;-)

dugongsenyum 23 Oktober 2008 10:34 PTG  

Semoga berjaya :-)

Amy Z! 24 Oktober 2008 1:13 PTG  

phuying : terima kasih. selamat berjaya juga. :D

dugong : terima kacehh~ :-)

Cerita Lama Amyz