Selasa, 7 Oktober 2008

Maaf

Kita tahu, memaafkan seseorang bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu pernah melakukan sesuatu yang amat melukakan hati, amat menyakitkan hati kita. Bagaimana kita boleh maafkan orang itu sebegitu saja? Sedang untuk memaafkan pun sukar, apatah lagi untuk melupakan?

Petikan naratif dari Grey's Anatomy :

Forgive and forget -that’s what they say. It’s good advice but it’s not very practical. When someone hurts us - we want to hurt them back. When someone wrongs us – we want to be right. Without forgiveness – old scores are never settled, old wounds never heal and the most we can hope for is that one day, we will be lucky enough, to forget.


Aku ini bukan seorang yang pemaaf. Dan aku bukanlah seseorang yang mudah melupakan. Apa yang pernah orang lakukan kepada aku. Mungkin aku boleh maafkan. Tapi sukar untuk aku lupakan.

Itu sebab aku terus off dengan seorang kawan baik sewaktu sekolah apabila dia khianati aku satu ketika dahulu. Sekarang apabila dia mahu berbaik dengan aku, aku rasa sangat sukar, kerana aku tidak dapat lupakan apa yang dia pernah lakukan kepada aku.

Itu salah satu keslah.

Satu kes lain, seorang kawan baik yang sudahpun berkahwin baru-baru ini mohon maaf dari aku. Kerana isterinya menyerang aku dengan sms dan panggilan yang amat-amat menyakitkan hati atas alasan aku kacau suami dia. Isterinya mendapati dalam bil telefon suami dia, terdapat nombor telefon aku dan panggilan kepada aku dalam masa 10 minit. 10 minit je cakap dah nak kata aku nak rampas suami dia. Plus, suami dia yang call aku. Tak ingin aku nak call suami dia oke!

Aku tidak reply sms dia. Aku ignore. Aku tak dapat maafkan dia lagi. Not yet.

Moralnya; jika kau pernah buat salah yang amat-amat teruk bagi aku, chances untuk kau berbaik dengan aku adalah 0.0001%. Huhu.

I know. I know. My bad~ Its not good. At all. :-(

So aku faham. Sangat faham. Apabila seseorang yang aku pernah lukakan tidak memaafkan aku. And its ok. I know its not easy.

Orang kata Syawal bulan mulia untuk memaafkan dan memohon maaf. Dan aku perlu memaafkan mereka yang melukakan hati aku. Sebelum aku mendapat kemaafan dari mereka yang aku lukakan.

I'm sorry~

9 comments:

Tok Rimau 8 Oktober 2008 12:49 PG  

Sama la kita.

Ok minta maaf kerana tok bukan seorang pemaaf.

Take it as a compliment. Jika ada orang cemburu, maknanya saham kamu amat tinggi.

sinaganaga 8 Oktober 2008 11:01 PG  

Colitas!

Amy Z! 8 Oktober 2008 12:02 PTG  

tok : Hahaha. Ala. perempuan tu memang cemburu buta. Suami dia pandang perempuan lalu pun dia dah mengamuk~ ceh!

naga : ada sambung lagi tak? haha.

fafarafa 8 Oktober 2008 2:09 PTG  

errr...kalo org tu khianat kat kita tahap gaban...smpi buat kita nangis gile² babas pun...pastu dgn selambanye tny kat kita, salah ke apa yg dia buat tu...kita patut maafkan ke?? maaf mungkin aa bole...forget??? i dun think so.
.
.
ehhh....sori cik amyz. ter'emo plak...hehheheh. apa pun, aku pon cm ko gak...so u're not alone...ecehhh

Amy Z! 8 Oktober 2008 8:55 PTG  

farah : takpe. dah biasa emo2 ni. haha. bukan apa. kadang-kadang nak maafkan pun tgk gak jenis salah dia. kadang org yg buat salah, dia tak tahu apa salah dia, dia buat bodoh macam tak pernah buat salah. orang mana nak mengaku kalau buat salah kan? ada org anggap diri dia sentiasa betul, walaupun tindakan dia ada menyakitkan hati org lain. mana boleh macam tu~ kan? :-)

Angah 9 Oktober 2008 4:28 PTG  

Sama la kita.. maybe I can forgive after some time tapi nak forget tu if I were lucky enough la kot..

Lepas rasa boleh maafkan pun, itupun lepas consider memacam tuh, kepercayaan plak dah kurang. Rasa curiga makin bertambah..

Luka mungkin sembuh, parut kekal beb...

Amy Z! 10 Oktober 2008 7:28 PTG  

angah : betul. rasa curiga, tak percaya silih ganti. mesti ada rasa cam dia ni nanti buat lagi kot. kan? hihi.

rudy bluehikari 13 Oktober 2008 9:16 PTG  

seram seh nak buat amyz marah..

Amy Z! 14 Oktober 2008 12:06 PTG  

rudy : hahaha. :-p takde mende lah~

Cerita Lama Amyz