Isnin, 6 Oktober 2008

KAMI. The Movie

Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.



Dah lama aku tak tengok wayang. Hormat bulan Ramadhan (ewah!). Aku pilih untuk tengok filem Kami sebaik sahaja aku sampai di selatan. Senario The Movie? Tak apa. Next hari raya dah ada kat TV. Hahaha.

Kami.

Aku ikuti siri Kami The Series di 8TV tahun lepas. Lagu tema oleh Meet Uncle Husin menjadi salah satu tarikan aku menonton siri ini. Believe me, aku susah sangat nak ikut mana-mana siri TV. Tetapi KAMI, aku siap ulang tengok di youtube lagi. (Konon fanatik la pula). Tak adalah. Mana-mana aku miss, aku tengok di youtube daaa~ :-p

Kalau kau tak follow Kami The Series. Mungkin kau sukar untuk faham cerita ini, lantas kau pilih untuk tonton Senario The Movie. Hurhurhur.

Aku bukan pandai sangat buat review filem. Jadi aku tak mahu tulis panjang lebar. Sebab ulasan Fadz lebih bagus untuk filem ini.

Aku suka filem ini, kerana ianya selamba. Dekat dengan penonton. Ada cerita menarik. Bukan tentang cinta. Tetapi persahabatan. Cantik disusun. Watak Abu yang menyentuh atas kesetiaan kepada sahabat. Ali dan jiwa memberontaknya dengan wajah 'stone' tanpa perasaan itu sangat sukar aku teka emosinya. Lynn dan rahsia yang disembunyikan - TekaTeki dan drug dealer. Sofie yang emosi dan Adi yang ceria.

Kami, bagi aku lengkap. Satu filem untuk muda-mudi kita yang selalunya rebel. Mahu having fun semata-mata lupakan dunia luar yang menekan. Kadang kita lupa untuk menyelami perasaan muda-mudi, walaupun kita telah melalui zamannya.

Oh ye. Kami juga buat aku menangis~ Peh!! Emosi beb. Tergelak-gelak orang kat sebelah tengok aku menangis. Huhuhu.

Liyana Jasmay & Nas-T, well done! :-)

Kalau dah tengok siri Kami, jum tengok Kami The Movie. Sangat berbaloi~ :-)

4 comments:

CIda 8 Oktober 2008 9:19 PG  

aku teringin nak tgk movie ni. Aku tak follow kat tv tapi raya baru ni adik aku bawak balik cd citer Kami yg dia donload. Giler la 3 beradik mengadap cd tu dari pagi sampai ptg. tapi tak abis sbb adik aku ada sampai episod 8 je.

Amy Z! 8 Oktober 2008 11:58 PG  

cida : tgk la weh. lagi best kalau ko dah tgk siri Kami ni. tau la ape kesinambungan dari siri dlm filem lak. hehe.

promote plak aku nieh~

fafarafa 8 Oktober 2008 2:01 PTG  

err...aku x penah tgk siri Kami ni. mungkin sbb aku lebih taksubkan siri dr Hollywood spt CSI, House, Chuck, Ghost Whisperer...jd aku terlupa tentang siri dr Malaywood nih.
apa pun....aku byk dgr komen kata filem Kami ni bagus. cuma sbb aku x penah tgk siri dia...maka dunno whether i should go watch the movie or not...hehhehehe

Amy Z! 8 Oktober 2008 8:58 PTG  

farah : hehe. biasala. aku pun mana layan sgt siri tv melayu sgt pun. tapi KAMI lain dari siri tv yg lain. Best! :-)

Tapi kalo ko tak tengok siri Kami, ko rasa susah sket nak faham Kami The Movie. Tapi boleh je tengok sebagai hiburan. Best gak la layan. :-)

Cerita Lama Amyz