Khamis, 11 September 2008

Things I've Missed.

Adik-adik di sini, semua dah rasa macam nak masak sendiri. Ada berkira-kira nak beli ricecooker lah, dapur kecil lah - Tapi tak boleh juga ada dapur ni. Sebab dalam bilik ada alat pengesan asap. Ye la. Buatnya sedang enak memasak sambal sardin kan, tiba-tiba berbunyi pula alarm. Payah nak menjawab dengan penyelia asrama yang kerek tu nanti.

Semuanya rindu pada masakan mak. Bila beli makanan, di waktu berbuka puasa. Keluarlah cerita tentang apa yang mak masak.

"Mak kite kan, Kak Amy.. Suka sangat masak macam ni.. Bla.. bla.. bla.."

"Kalau mak kite yang masak ni.. Lagi best.."

Yada.. Yada..

Boleh tak nak menangis sekarang sebab rindu sangat dengan masakan mak?

Sebab, sebanyak lautan lauk-pauk, kuih-muih, murtabak, roti john, air berwarna-warni dan macam-macam jenis makanan di pasar Ramadhan depan Fakulti Alam Bina Badan atau Kangkar Pulai atau di Kampung Baru Majidee.

Mana sama dengan lauk yang mak masak. Kan?

Tapi, hari pertama puasa, selepas waktu berbuka. Empangan air mata terpecah jua walau ditahan dikawal sebaik manapun. Ferr.. Malunya! What a confession!

Huhuhu.

14 comments:

A t i Q a h 12 September 2008 3:00 PG  

alala..sian nya.

er..tapi, encik yang saya jumpa kat bazar hari tu, kan ada..

beliau kan boleh temankan.. ngeee

Amy Z! 13 September 2008 8:55 PG  

atiqah : Hihi. Beliau menemankan akak apabila beliau mempunyai masa yang terluang~ :-p

Pecah rahsie tawww.. :-p

cik.sepi 13 September 2008 11:18 PG  

masakan mak adalah masakan yang paling istimewa dan penuh dengan kasih sayang.

Saya pon kadang-kadang merindui masakan Mak saya, walaupun saya sudah bekeluarga. :)

Selamat menikmati Ramadhan, ya rafiqi.

Iwan 14 September 2008 12:08 PTG  

amyz...
kalau risau pengesan asap berfungsi, tutup pengesan asap tu. dengan kain ke, suratkhabar ke. :p

eh, masakan mak? erk... aku tak balik lagi la sejak 1 ramadhan tuari. ekekeke. teruk betol..

CIda 14 September 2008 2:15 PTG  

haha.. bdk2 sini siap ada makcik cina dtg berniaga sayur. Nmpk sgt memasak. Siap jemur beras depan umah aku. Tapi tak koser la aku nak membenterasnya. Lantak korang la. Janji jgn smpi ko masak depan tangga umah aku sudah. hehe..

Amy Z! 14 September 2008 11:15 PTG  

cik sepi : yeap. sebab air tangan mak lah besarkan kita dari kecil. istimewanya tak boleh dikata. :-)

iwan : tinggila. tak sampai mak nak tutup dengan suratkhabar atau kain. takpe ramadhan tak balik. raya jangan tak balik pulak! :-p

cida : ee.. baiknya felo sepertimu. alangkah bagusnya kami di sini mendapat felo seperti mu. boleh tumpang masak di rumah felo, boleh tak? hahaha.

13may 15 September 2008 6:17 PG  

alolololo...hehhe hehhe...
kesiannya :D

Amy Z! 15 September 2008 12:45 PTG  

13May : Hahaha. :-p

fafarafa 15 September 2008 3:03 PTG  

heheheh...bersabar laa wahai cik amyz...sesungguhnya kenangan berpuasa di UTM ni akan menjadik antara kenangan termanis dlm hidup awk....

:pi-es: terkenang zaman berpuasa kat UTM. param kwsn wajib pegi hari²...selain untuk beli juadah berbuka...dlm waktu yg sama nk mencuci mata melihat jejaka² idaman malaya UTM yg x penah nmpk sblm² ni. walopon kolej dgn param tu jauh...sanggup menapak ehhh...wahhahahahah

Amy Z! 15 September 2008 8:16 PTG  

farah : hehehe. masa lalui rasa getir. bila semuanya berakhir, rasa indah. kenangan tu. boleh cerita kat anak cucu. hihihi.

nak tgk jejaka sanggup menapak jauh eh? lucky me, ada kereta. hahaha.

A t i Q a h 16 September 2008 2:35 PG  

err..yang saya perasan, petang khamis, akan ada satu grup encik2 trainee pilot yang pehh-hensem-lagi-kiut akan berjalan-jalan di bazar. ahahahaha.

Amy Z! 16 September 2008 12:46 PTG  

atiqah : smart sungguh bakal2 pilot tersebut. nasib baik ahkak dah terikat. harharhar.

fafarafa 19 September 2008 2:35 PTG  

hahahha amyz...sy masuk UTM lps SPM. x sempat nk amik lesen pun lg masa tu...kenderaan rasmi either kaki sndr atau bas UTM. seb baik masa tu kolej UTM x sebanyak skang...zaman sy cuma ada 6 kolej je x termasuk Desa Skudai. tp, walopon x berkenderaan..puas aa gak merayap dlm UTM tu...wahahahha

Amy Z! 19 September 2008 8:40 PTG  

farah : naik bas pun best juga.. ;-) hihihi. lgipun kolej 9 jauh di ceruk, (lagi jauh kolej 13 la tapi..) memang perlu ada kereta. :-)

Cerita Lama Amyz