Isnin, 15 September 2008

Puasa Baru 15 Hari. Oke!

Kalau di tempat kerja, time-time macam ni, kemeriahan raya sangat terasa dengan jualan baju raya, kuih raya (Oh, aku teringin sangat nak makan kuih tart nenas, kuih bangkit, bahulu dan batang buruk! Eh, ini bukan cerita tentang kuih kegemaran oke!), lemang raya dan macam-macam lagi dari kubikel ke kubikel. Atau berkumpul di satu kubikel. Atau berjualan di dalam surau.

Masing-masing juga akan sibuk decorate pejabat dengan gantung ketupat-ketupat besar-bagak, pasang lampu lip-lap dan tampal kad raya di dinding pejabat. Kemudian gantung "Selamat Menyambut Aidilfitri" di pintu masuk pejabat. Ferrr..

Dan, di tempat masing-masing akan lawan pasang mp3 lagu raya. Ada seorang akan pasang mp3 alunan Al-Qur'an. Kemudian, secara automatik, lagu-lagu raya tadi terpadam. Harhar.

Tak kisahlah. Tapi poin utama di sini, di pejabat memang meriah dalam menyambut hari raya ni. Rasa seronok tengok masing-masing yang teruja bercerita tentang persiapan raya untuk anak-anaklah, buat kuih rayalah, nak balik kampung suami lah, isteri lah. Ye lah. Aku bujang lagi. Raya di KL pula tu. Manalah rasa excited macam orang ada kampung.

Namun pabila bertukar ke status student ni, yang mengujakan mereka ialah beli tiket bas cepat untuk balik beraya. Persiapan raya, shopping raya ke, tak masuk senarai. Student mana ada duit. Setakat beli baju raya, bolehlah kot. Aku drive kereta balik KL, jadi tak risau pasal tiket bas yang harganya naik sempena musim perayaan yang buat adik-adik aku di sini merungut-rungut tiket mahal. Kasihan. Nak tolong pun tak dapat, dik. Maaflah.

Kalau nak rasa kemeriahan raya di sini, pasang saja lagu raya. Macam sekarang ni, sambil update, sambil dengar suara Anuar Zain nyanyi lagu raya Bersabarlah Sayang (nyanyian asal Sanisah Huri). Sedap sungguh suara Anuar Zain ni. Kenapa Anuar Zain tak nyanyi semua lagu raya? Kan best?

10 comments:

julianne 15 September 2008 7:51 PTG  

kat opis i ni, belum seminggu raya dah siap gantung ketupat dan lampu lip lap... hehehe

padan muka bos aku, sapa soh lantik aku jadi ketua keceriaan opis.
hahhaha

Amy Z! 15 September 2008 8:13 PTG  

kayusakti : hahaha. ketua keceriaan opis ke? hahaha. memang akan ceria selalu opis tersebut. hahaha.

A t i Q a h 16 September 2008 2:36 PG  

...tengah bayangkan anuar zain nyanyi lagu saloma dam-dam-dum-bunyi-mercun....

ha ha ha.

kel@mbu 16 September 2008 6:41 PG  

kalu smua lagu raye anuar zain nyanyi. aku ttp radio. huh.

Wynn Yasser 16 September 2008 8:47 PG  

ape kate, kau bg je adik2 tu tumpang kete kau. Caj murah siket dari teket bas.

Persoalannye, adekah yg nak balek beraya di KL? Huhu...

13may 16 September 2008 10:38 PG  

gua suka M.Nasir

cik.sepi 16 September 2008 11:15 PG  

saya pun suka lagu anuar zain tu!
yummy!

SESEORANG 16 September 2008 12:00 PTG  

salam.1st time bertandang.
waaa rindu utm.dulu time puasa macam ni aku meniaga roti john di bazar ramadan depan FAB tu.agaknye sekarang kat mana ye bazar ramadan utm?

Amy Z! 16 September 2008 12:52 PTG  

atiqah : hahaha. tak seswai taw..

kelambu : HAHAHA. Ok Ok. Certain lagu je lah ye? Haha.

Wynn : A ah. Ada adik-adik yg duduk KL tumpang aku nih. Aku caj la duit minyak dan tol sket. Tak banyak. Hihi. 3 orang dalam kancil aku cukuplah kan.. Hikhik.

13May : M Nasir pun aku layan gak. Huhu. Syahdunya dengar lagu raya.

Cik Sepi : Owh.. Wanita manakah tak suka pada Anuar Zain? Haha.

Seseorang : Hihi. Bazar ramadhan UTM masih meriah dengan student. Cuma price makanan tambah mahal dari dulu (kata seorang bekas penuntut UTM)

Silence 24 September 2008 11:27 PG  

Amyz!!

saya pon suka lagu anuar zain :D hehehee.. agak2 anuar zain suka saya x?

Cerita Lama Amyz