Khamis, 18 September 2008

Ini Juga Satu Kritikan.

Lelaki memang suka criticize apa saja tentang perempuan, atau apa yang perempuan lakukan.

"Awak masak ni masin." - Kritik masakan.

"Tu la, siapa suruh pakai kasut tinggi?" - Kritik ketidak-sempurnaan.

"Naiklah tangga tu banyak kali. Cepat sikit kurus." - Kritik bentuk badan.

Kadang-kadang, mereka just say it out loud, sampai terlupa tentang hati yang perlu dijaga. Terlupa bagaimana untuk berkata dengan baik. Terlupa bagaimana wanita perlu menerimanya.

Ye sayang. Nak kritk/tegur pun ada caranya juga. :-)

Wanita, jarang sekali nak kritik/tegur lelaki. Selalunya cuba terima apa jua sifat/keadaan lelaki itu seadanya. Sehingga lelaki lupa, dia juga tidak sempurna. Tetapi dia rasa sempurna, di mata wanitanya, dia tidak punya cacat-cela.

Tetapi itulah lelaki. Suka nak kritik. Ada saja yang tak puas hati. Ada saja yang tak kena di mata dia. Wife dah layan baik-baik kat rumah pun, boleh cari perempuan lain. Wife dah cantik-cantik pun, pandang juga perempuan lain juga.

Hmmm~

Lain kes pula. Tak kisahlah lelaki atau wanita. Kalau nak cari salah orang, nak cari keburukan orang, memang pandai. Tak nampak pula kain sendiri koyak rabak. Tak mahu cermin diri sendiri macam mana. Tahunya nak cari salah orang saja. Ada fikir tak?

19 comments:

spyz 18 September 2008 9:09 PG  

Itu kita panggil 'kritikan membina'..

: )

Amy Z! 18 September 2008 12:46 PTG  

spyz : yelah tu... :-p

Tok Rimau 18 September 2008 5:06 PTG  

Lelaki juga yag salah. You can blame it on me. Tok pasrah.

kaplabot 18 September 2008 10:22 PTG  

lelaki memang begitu ...
hari ini suka .
esok , bilang tidak .
lusa , katanya terpaksa suka sebenarnya .

Amy Z! 18 September 2008 10:35 PTG  

tok R : Haha. Jauh hati bunyinya. Jangan begitu. Pilu rasa hati.

Kaplabot : Ha ah. Betul sangat. Setuju. :-)

.vvy|na. 18 September 2008 10:52 PTG  

lelaki zaman skarang..


hancus.

Amy Z! 18 September 2008 11:24 PTG  

awin : hahaha. sukar percaya lelaki ye? can't blame u. :-)

kel@mbu 19 September 2008 8:21 PG  

mcmana nk puji.. kalau puji sesuci hati pun perempuan msti ckp:

"alah, perli le tu, tau la kita tak lawa.. huh.."

pHu YinG 19 September 2008 10:10 PG  

Phewitttt~!

Encemnya jejaka semalam.

(baca:ini bukan kutukan) ;-p

madulebah 19 September 2008 10:12 PG  

yang aku tau pantang bagi lelaki yang merokok bila perempuan dia suruh berenti merokok, atau ceritakan tentang bahaya merokok.

ha ha ha

AyAres151 19 September 2008 10:20 PG  

ada awek cun tuh suka pakai 'sandal makcik2'....

tu cemana nak tegur tuh ek?

Amy Z! 19 September 2008 11:00 PG  

kelambu : nak puji pun ada cara juga.. ;-) kalau puji tapi sengih-sengih, nampak macam perli. :-)

phu ying : hihihi. terima kacehh. :-)

cik madu : haha. eleh.. tegur sket pun sensitif. haha.

ayares : belikan dia sandal cantik dan cakap, "bila i tgk sandal ni, i teringat sayang. i rasa sayang lebih cantik dan seksi pakai sandal ini."

percayalah. sandal itu saja dia akan pakai. ;-) selamat mencuba.

ayobkelubi 19 September 2008 3:39 PTG  

tapi perempuan suka membebel 'ja...macam mana tu babe?.

"sampai nak kematu telinga saya wak".hehehe

Amy Z! 19 September 2008 8:47 PTG  

ayob : perempuan tak membebel tanpa sebab beb. kalau dia membebel tu, mesti ada sebab. cuba check ada lalai mana-mana. :-p

Anonymous 21 September 2008 11:02 PG  

Hola!

Hoh! Wajah baru..cakap lu.

Tapi kan..perempuan cukup terer bab bertanya soalan yang semua jawapan adalah salah!

tak jawab..lagilah salah!

kan? kan? kan? kan?

Amy Z! 22 September 2008 10:27 PG  

Po : Hahaha. Terer ke? Alaa.. tanya pun salah ke? :-p

ghimau 22 September 2008 3:46 PTG  

Huhuhu.. payah ni :)

sinaganaga 24 September 2008 2:55 PTG  

Tapi, perempuan tu asyik tanya, "aku dah gemuk ek? gemuk ke aku ni? ek? ek? ek?"

:) Kalau lelaki jawab, "yeap! awak dah gemuk, bebeh!"

Nanti, perempuan tu akan cakap, "kalau nak kritik pun ada caranya weh!!!!"

Itu sebab aku tulis 'COLITAS', HA HA!

Amy Z! 26 September 2008 2:28 PTG  

ghimau : mmg payah. :-)

naga : hahaha.

Cerita Lama Amyz