Ahad, 28 September 2008

Cik Amyz Ada Misi

Terhapus sudah kerinduan terhadap lauk masakan tangan mak. Di rumah sungguh manja. Mak masakkan masakan kegemaran. Ayah ke pasar Ramadhan, beli kuih kegemaran. Oh, syurganya~

Alangkah indahnya, kalau di kolej pun begini juga. Hihi. Manjanya cik Amyz!

Tapi tak adalah sampaikan makan pun berhidang segala di depan mata. Semanja-manja (malas) cik Amyz tetap menolong di dapur, walaupun sekadar menumis rencah atau membasuh pinggan mangkuk.

Dan, walaupun boleh makan sebanyak mana yang cik Amyz mahu, cik Amyz tak boleh nak melanggar misi utama cik Amyz, iaitu berdiet.

Ye. Diet amat penting untuk cik Amyz pada masa ini untuk masa hadapan.

Makanya, di hari raya juga cik Amyz perlu mengawal keinginan makan-makan walaupun hidangan seperti lemang, ketupat dan rendang adalah sesuatu yang cik Amyz can't resist. Huhuhu.

Anyway, cik Amyz mengucapkan salam Aidifitri kepada semua. Harap maafkan segala tulisan-tulisan yang menyinggung perasaan dan emosi. Dan mendoakan agar anda semua berbahagia di Aidilfitri. :-)

8 comments:

Sue 29 September 2008 8:58 PG  

salam aidilfitri amy.

-sue aka shuhadah aka makcu-
ex-smts, ex-skkcb

Anonymous 29 September 2008 9:21 PG  

Aku tak pernah jumpa kamu.Tapi, Aku lihat gambar.

Tak lah besar mana kamu.

Apa pun, good luck lah.

Silence 29 September 2008 10:07 PG  

selamat berdiet, amyz!! saya pon sedang cuba berdiet.. tapi macam x berjaya jer.. saya pantang nampak makanann hahahaa.. lebey2 lagi taim raya..suma makanan nampak indahh..

slamat berhari raya bersama keluarga ek!

Amy Z! 29 September 2008 12:19 PTG  

sue @ makcu : hehe. jumpa juga blog amy ye? *blushing*

salam aidilfitri juga. :-)

Po : hehe. Perempuan. Mesti ada rasa tak sempurna. :-) terima kasih. gud luck kepada diri saya juga.

silence : hihi. terima kaceh~ insya Allah saya cuba sedaya upaya untuk berdiet. hihi.

Selamat hari raya juga. :-)

fafarafa 29 September 2008 12:46 PTG  

hehehhe...alaa amyz. raya setaun skali je...pastu slalunye masa raya pertama yg byk jumpa ketupat lemang bagai....so x kesah aa mkn byk sket dpd biasa...hehheheeh

nway...selamat hari raya.

:pi-es: kita sama laa...org len blk kg...kita blk kota...boringnye beraya di kl

Amy Z! 29 September 2008 8:16 PTG  

farah : setahun sekali tu yang kena beringat tu. :-) hehe.

selamat hari raya, farah.

takpela. raya kat kl pun syiokk apee.. hihi~

Cerol 30 September 2008 9:10 PG  

Amy, Selamat Hari Raya... xyahle diet-diet tu... makan jer apa yang nak dimakan... pehtu buat la aktiviti riadah... pi joging ka, main badminton ka, jgn dok terperuk kat komputer tu jer... bilik tu kemas-kemas la sket... buang sawang2 kat siling tu... mop lantai... jk buleh, notebook tu pun ko lap sampai kilat... bio kuar peluh... okie?
wassalam...

Amy Z! 30 September 2008 2:55 PTG  

cerol : haha. jumpa jugak blog nih? :-p iyolah. tu salah satu misi gak tu. nak bersenam2. ok ok. nanti aku buat laa.. :-p

selamat hari raya jugekk..

Cerita Lama Amyz