Selasa, 23 September 2008

Bersosial

Aku tak suka bersosial sangat. Aku mungkin ada ramai kawan, tetapi aku hanya punya 2-3 orang kawan rapat sahaja. Yang lainnya hanya kawan biasa, mungkin kawan sekelas, kawan sepejabat, kawan se-blog, dan sebagainyalah.

"Mengumpul kawan" bukannya termasuk dalam hobi aku. Aku suka ada kawan, mengenali kawan baru, cuma aku sangat memilih dengan siapa aku berkawan.

Lecture aku pernah bagitau, kita pilih dengan siapa kita bergaul untuk membentuk diri kita. Betul. Bergaul dengan orang baik, kita jadi baik. Bergaul dengan orang pandai, kita jadi pandai. Kan?

Jadi, sebab itulah aku hanya ada satu sahaja akaun network-friends di alam saiber ini. Facebook. Dulu, bukan aku tak ada MySpace atau Friendster. Ada. Akaun MySpace aku padam setelah aku kenal Friendster. Lagipun aku tengok MySpace macam disaster saja - baik interface atau penggunanya. Haha. Friendster lebih baik dari MySpace. Aku lama di Friendster. Sejak 2002. Kebanyakan kawan-kawan aku ada Friendster. Lebih senang di situ.

Cuma bila aku kenal Facebook. Aku suka interface Facebook. Aku senang dengan privacy yang Facebook provide. Walaupun banyak application yang aku rasa sedikit rimas - tapi kita boleh pilih sama ada kita mahu atau tidak kan? - Aku rasa Facebook lebih profesional. Bila akaun Facebook aku dah establish, aku delete Friendster (Gudbye Friendster, I know I always have fun with you - but I already have new friend-network. So, farewell dear..)

Dan aku tidak akan layan apa-apa network friends yang lain seperti Tagged, WAYN, Hi5 dan lain-lain. Serius, aku malas nak layan. Banyak kerja lain nak buat weh~ :-p

19 comments:

julianne 23 September 2008 7:03 PG  

i takde facebook.
i takde MySpace.
i ada prengster dulu pon sebab ramai sangat peminat suruh join. kalau tak, mahunya takde jugak.

I pun tak ramai kawan. Sebab tu, kalau kawan tinggalkan aku, padan muka aku!

*Alone on the beach*

Amy Z! 23 September 2008 7:23 PG  

cik kayu : sedihnya baca pengakuan u itu. tapi u ramai kawan. ramai sgt.. hihi.

tu laa.. lain kali nak pegi laut, ajak i laa.. boleh i mandi2 sekali. jgn dok sorang2 tepi laut tau!

13may 23 September 2008 7:58 PG  

aku ada blogspot saja...

dan aku baru join hi5 --- sebab kena paksa :D

btw, selamat hari raya!

Amy Z! 23 September 2008 10:47 PG  

13may : hahaha. kena paksa ke? kesian. hi5 tak best laa. hahaha.

selamat hari raya juga. ;-)

fafarafa 23 September 2008 11:03 PG  

aku cuma de frenster..guna since 2001 ke 2002..& masih kekal aktif..& aku setuju dgn ko...myspace x se'user frenly frenster...
facebook??? ada jugak org soh masuk...tp aku mls...cukup aa dgn frenster...sbb kgkwn seme dlm frenster...hahahahah

WAYN..hi5...tagged....maaf. aku bolayan..:D

Iwan 23 September 2008 1:13 PTG  

amyzzzzzzzzzzz

kawan rapat ko yg 2-3 org tu, salah sorangnya ialah aku kan..

haha

pssttt, cida tak masuk list kan? ;p

Amy Z! 23 September 2008 2:49 PTG  

farah : hahaha. satu cukuplah. setia pada yang satu. hahaha. a ah. lupa nak letak hi5 dlm senarai tu.

iwan : hahaha. kalau nama cida ada, ko tak mo kawan ngan aku lagi? hahaha.

Wynn Yasser 23 September 2008 3:07 PTG  

Wynn? Mcm nama aku la pulak. Ape kebendanye tu?..
Oh ye, aku rase ade sorang makhluk penah invite aku masuk mende tu. heheh

Amy Z! 23 September 2008 9:06 PTG  

Wynn : A ah. Amik nama ko. Haha. Ala.. mcm friendster, tagged & hi5 gak. Byk dpt invite. malas aku nak masuk. Hahaha.

kel@mbu 24 September 2008 4:21 PG  

aku ada hi5, tagged, facebook, frenster dan aku rasa begitu remaja sekali..

ayobkelubi 24 September 2008 8:42 PG  

eeeuuuwww you nie not so IN lah pasal network2 friends nie..koser mak tawwwww

tapi

mak nak gelak barai sbb tgk cik kayu kiter tulis alone on the beach tu lah. hahahaha

sarawak ada pantai ker?

Amy Z! 24 September 2008 10:57 PG  

kelambu : hahaha. wahh. aktifnya bernetwork. boleh buat MLM tak? hahaha.

ayob : iieuuww.. tak koser mak nak network ramai2. mak bukan buat MLM. Haha.

nett kadang2 dia suka bermelankolik & berdrama. hahaha.

weh. serawak ada pantai tauu.. ombak besar.. tapi tak tau la nett dah sampai ke belom. hahaha.

Silence 24 September 2008 11:30 PG  

ala.. saya ada FS, MS, Zorpia, ngn Hi5 jer..

facebook? blom jatuh cinta lagi..

pospon dulu laa :)

salam kunjung, Amyz!

CIda 24 September 2008 12:42 PTG  

amy, aku ada friendster n fb tapi fb tak aktif sgt sbb aku mcm tak faham la dan malas explore.. weee.. nampak sgt dah tua..friendster aku pun dah suam2 kuku. Hi5 dah lama berkubur. hehe..

btw, hampeh punya iwan.. hahaha.

sinaganaga 24 September 2008 2:56 PTG  

Raya ni aku nak pergi ke Oren. Bye bye! :)

pHu YinG 24 September 2008 2:57 PTG  

Ramainya dayang-dayang yang menemani Tuan Puteri bershopping semalam. Mesti troli penuh dengan persalinan-persalinan indah untuk hari lebaran.

p/s: Ada rasa nak muntah tak baca komen ni? Jangan! Batal puasa. Hohoho~! ;-p

Lazuardi 25 September 2008 12:52 PTG  

salam,

it's been a while. this is lazu, still remember me? aku dah tak updet blog dah but once in a while i blog hop. you're one of the few i still go to.

we are already friends in facebook, but i seldom open it as well. satu ketika dulu aku aktif lah memfrensterkan diri tapi skrg dah malas. :p

just dropping by to say hello. slmt study ye!

viruspadu 26 September 2008 10:09 PG  

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, Dari VP, Laloque dan Nisa...

peace! :p

Amy Z! 26 September 2008 11:38 PG  

silence : byknya~ hehehe. rajin betul.

ida : apalah. patutla aku antar2 bunga ko tak balas-balas. hahaha.

naga : hahaha. :-p

PY : sebenarnya, akak ni yg meneman adik-adik bershopping. hihi.

lazuardi : ha ah. ingat lagi. lama tak update blog. ada jugak tgk2. bz eh?
biasala ramai org mmg malas sket nak update2 network-friends nih. haha.
thanks for dropping by~ ;-)

vp : selamat hari raya juga. :-)

Cerita Lama Amyz