Isnin, 18 Ogos 2008

Tentang Kerja.

Bilik di rumah agak bersepah sementelah rumah ini direnovasi beberapa minggu yang sudah. Jadi, aku yang tidak betah bilik bersepah pun mulai berkemas. Sudah jadi satu kemestian seorang aku ini, pasti membelek-belek sebelum menyusun kembali.

Aku jumpa fail-fail yang mengandungi kertas-kertas bercetak email-email kerja, senarai tugas harian dan beberapa dokumen tentang kerja aku, sewaktu aku bekerja di KP_KT.

Jujur aku akui, aku sangat sukakan kerja-kerja di KP_KT yang sangat sesuai dengan jiwa aku. Database sistem dan teknikal. 3 tahun di situ, aku tercampak di dua unit. Unit sistem dan unit teknikal. Nasib baik, aku sukakan kedua-dua tugas di situ.

Database sistem, walaupun disiapkan oleh vendor, namun menyelenggarakan sistem itu selalu menjadi kesukaan aku. Cabaran datang dari pengguna sistem selalu buat aku bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah mereka menjadikan aku selalu gembira apabila aku dapat menyelesaikannya.

Bahagian teknikal pula, menyelenggara komputer, rangkaian dan server selalu mencabar keupayaan aku. Email-email dari pegawai yang aku print, dan aku baca tadi, menjadikan aku rindu pada suasana kerja yang sentiasa ada, tidak statik, masalah berubah-ubah dan kepercayaan pegawai memilih aku menjalankan tugas. Aku sangat excited melakukan tugas hingga selesai. Barulah aku rasa sangat puas.

Seronok sangat bila dapat buat kerja-kerja macam tu. Tak adalah statik depan komputer semata-mata.

Tapi itulah. Ada sebab kukuh kenapa aku pindah dari situ ke NR_E Putrajaya. Hmm. Tak mengapalah. Kerana jalan mana pun yang aku pilih, aku pasti dengan kebaikan, kebahagiaan dan rahmat yang menanti. Insya Allah. :-)

5 comments:

ayobkelubi 18 Ogos 2008 2:44 PTG  

pergghhh, ayat macam student dah nak abis belajo dah...menanam azam utk jadi pekerja yang baik!.

cayalah!

hehehe

Amy Z! 18 Ogos 2008 7:24 PTG  

ayob : tetiba wa rindu jaman kerja daaa.. hahaha.

madulebah 18 Ogos 2008 7:55 PTG  

Kau beruntung. Baru beberapa tahun kerja, dapat merasa Jabatan lain dan suasana kerja yang berlainan.

Aku. Stuck di sini. Tak tahu sampai bila.

Sehingga tahu ke sepuluh? Mungkin?

Anonymous 19 Ogos 2008 10:05 PG  

mungkin...

mungkin.

Apa pun, orang akan hormat kepada dua golongan.

Pertama, diberi peluang belajar tetapi menolak dan mahu bekerja lalu berjaya.

Kedua, diberi peluang bekerja tetapi sambung belajar dan berjaya.

Jadilah kedua-duanya.

Amy Z! 19 Ogos 2008 1:27 PTG  

madu sayang : aku sentiasa bersyukur tentang hal itu. :-) aku percaya rahmat & rezeki Allah ada di mana saja. :-) kan?

uncle po : sedang cuba menjadi keduanya. :-) insya Allah...

Cerita Lama Amyz