Jumaat, 29 Ogos 2008

Tangan Yang Ada Magis

Tiba-tiba.

Padam. Gelap. Ada perempuan yang menjerit di bilik sebelah-sebelah.

Benci betul time buat assignment ni pula tiba-tiba black-out.

Ada satu bilik kecil dekat dengan tangga, tempatkan suis-suis kuasa untuk tingkat itu. Suis utama ter-off, mungkin kerana ada pelajar yang overuse elektrik. Entahlah. Selalu jadi macam ni. Boring betul asyik aku saja yang nak kena on kan balik power tu.

Tadaaa.. Ada elektrik balik.

Seorang dua perempuan-perempuan menjenguk dari bilik. Sengih-sengih. Ini mesti dia yang overuse elektrik ni. Sengih serba salah la tu.

OK. Boleh sambung buat assignment balik.

~~~~~

Ada satu mesin basuh RM2/- di tingkat bawah selalu tidak menerima syiling pelajar untuk menggunakannya. Ia tolak syiling keluar semula.

Rosaklah mesin basuh ni, Kak. Adu seorang pelajar. Dia letak sebakul kain di mesin basuh sebelah yang masih membasuh baju pelajar yang awal datang. Lepas itu dia berlalu.

Aku. Terkemudian datang dari dia. Menjenguk mesin basuh yang dikatakan rosak tadi. Cuba masukkan syiling. Mesin itu tidak terima syiling aku. Aku letak bakul di lantai. Off-kan suis power mesin itu. On-kan semula.

Masukkan syiling.

Tadaaaa... Syiling aku diterima.

On-kan mesin basuh. Air mengalir masuk ke tab. Masukkan cecair pencuci. Biar sekejap sehingga suku tab dipenuhi air. Masukkan baju, sehelai demi sehelai. Tutup lid mesin basuh. Naik bilik. Tunggu 45 minit. Mudahnya hidup.

5 comments:

Wynn Yasser 29 Ogos 2008 4:52 PTG  

wah, magis sungguh tangan mu ituh. sebab ada cincin tu kot.... :P

Amy Z! 29 Ogos 2008 9:56 PTG  

Wynn : Yaa.. Itulah yang buat tambah magis tu. Hahaha. :-p

ayobkelubi 2 September 2008 11:27 PG  

sebenarnya, cuba dulu baru tahu kan?

CIda 2 September 2008 12:00 PTG  

teringat masa sek asrama kat JB dulu, ada gak mesin basuh. tak payah masukkan duit pun. tp kdg2 ada bdk2 jahat yg suka kuarkan baju yg belum abis dibasuh. jahatttt..

Amy Z! 3 September 2008 10:50 PG  

ayob : hahaha. semua tak mahu mencuba. bila tak boleh berfungsi mcm biasa, terus jump to conclusion - rosak. huhu.

ida : uuhh.. jahatnya dorang. tak baik buat camtu. best betul asrama kat JB tu ek? sekolah menengah lagi dah bagi budak2 guna mesin basuh. ahahaha.

Cerita Lama Amyz