Ahad, 3 Ogos 2008

Semester Ini, Penat Sedikit dari Semester Lepas

Sedar tidak sedar, Ogos sudah tiba. Dah sebulan kelas bermula. CPU masih hangat menerima input pensyarah. Membawa 17 jam kredit sepanjang semester ini, dan beberapa perkara lain, aku sudah rasa sedikit lelah dan terkejar-kejar.

Tiap hari Selasa, Rabu dan Khamis, kelas dari pagi sehingga petang, menjangkau ke malam. Namun aku enjoy dan seronok belajar. Nasib baik juga dapat pensyarah yang sporting. Tak garang dan selalu memberi ekstra penjelasan pabila pelajar kurang faham. Kelas yang paling aku enjoy, kelas english. Tapi minggu depan ada individual presentation pula. Nervous-nyaa.. Huhu. Tajuk pun tak fikir lagi. Duh!

Semester ni, rasa lebih seronok sebab dah rapat dengan adik-adik satu kelas. Bila dah rapat, mesra, bergurau sama-sama. Makan sama-sama. Aku rasa kembali muda belia. Ewah!! Walaupun adik-adik usianya lebih muda. Sebaya dengan adik aku yang second last tu, tapi rasa macam kawan-kawan sebaya. Diorang pun boleh terima joke aku. Aku pun boleh gurau-gurau dengan diorang. Happy aku! At least, kami belajar sama-sama, enjoy pun sama-sama.

Alhamdulillah. Tiada luahan yang lebih baik dari mengucapkan syukur atas hikmah, rahmat, hidayah dan rezeki dari Nya. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah.

Dan. Semester ini, walaupun lebih penat dari semester lepas, tapi ia lebih seronok dan mengujakan. Semoga aku dapat bertahan dengan setiap tekanan. :-)

9 comments:

hairieusoff 4 Ogos 2008 9:53 PG  

wah wah ...kembali ke zaman kolej yang memudakan...okla tu...blh menjadi awet muda ...bila bergaul dgn yang muda..

julianne 4 Ogos 2008 10:01 PG  

i miss my skul...
huk huk huk

A t i Q a h 5 Ogos 2008 1:59 PG  

Huhu. Seronok ja baca entri ni. Pondok Selatan memang best! Agagagaga.

julianne 5 Ogos 2008 5:19 PTG  

hai...
surat u tu kecik sangat.
lain kali boleh tak beli sampol yang besar sket?

Amy Z! 5 Ogos 2008 6:00 PTG  

HE : Seronok bila nampak muda. Haha.

Encik Kayusakti : U dah nak konvo okke.. :-p

Atiqah : Hehehe. Best bangat!

Encik Kayusakti : Hai.. Lain kali beli sampul besar supaya mata i dapat cari oke! I ni pakai je contact lens kaler coklat, tapi tak nampak jugak.. Minta maaf lee..

Haha.

CIda 7 Ogos 2008 9:36 PG  

aku pun kalo boleh next year nak masuk sekolah ko. Kalo sekolah ko sudi terima aku, nanti kita kawan ya. Aku pun nak panggil ko kakak amy juga sbb aku junior. hahaha

nizamsani 7 Ogos 2008 2:04 PTG  

mula-mula je tu...

hehehe.

pHu YinG 7 Ogos 2008 4:34 PTG  

Sokong!! Pondok selatan memang rock. Huhuhu.

Konvo ni PY perform band tau. Jangan tak datang. No more excuses! ;-p

Nanti PY paksa akak naik stage. So.. preparelah nak nyanyi lagu ape. Lagu baru Mas Idayu tu pun ok jugak. Biar terbeliak Tok R. Hahhahaha! ;-D

Amy Z! 7 Ogos 2008 6:28 PTG  

cida : hahaha. keji je nak panggil aku kakak. :-p tapi best gak kalo ko ada. ada gak geng mabuk-mabuk. haha.

neezie : mula-mula ape? :-p

PY : perform band? wah bestnya. akak tak pandai nyanyi la. karoke pun hancus. nanti kalo akak nyanyi goyang inul nanti, semua orang pengsan. haha.

Cerita Lama Amyz