Ahad, 31 Ogos 2008

Entri Sedih Konon

Di sini, cuti sampai hari Selasa, beb. Adik-adik satu kolej/course semua pakat-pakat balik kampung. Tinggal lah aku seorang di kolej. Room-mate pun balik kampung juga. Tak best betul.

Esok pagi-pagi nak sahur pun seorang juga. Lagi tak best~ Seumur hidup sahur dengan famili. Esok, untuk kali pertamanya. Tanpa famili. Seorang. Ferrr.. Tak tahulah esok pagi-pagi subuh tu aku menangis-nangis ke tak. (Err.. Dan tak tahulah aku dapat terjaga ke tak pagi-pagi tu.) Barulah aku rasa perasaan seorang perantauan yang jauh dari famili. Huhuhu.

Hari ni anniversary Mak & Ayah. Tak dapat nak celebrate dengan mak, ayah & famili. Sedih kuasa dua. Hukhuk.

11 comments:

spyz 31 Ogos 2008 10:13 PG  

Uuuiuut..

Cuba ko jenguk kat tingkap tu..

Uuuiuuuu..

Slmt bsahur sorang2..

| a t i q a h | 31 Ogos 2008 11:01 PTG  

Dan saya pulak, lepas 5 tahun bersatu ramadhan di perantauan, tahun ni baru dapat bersatu ramadhan kat rumah. Agagagaga.

julianne 1 September 2008 9:48 PG  

tapi takkan la buka pon sorang2 kan? kan? ngeh ngeh ngeh...

gua lagi suka sahur dan buka sorang2. aman dan nikmat

Amy Z! 1 September 2008 12:59 PTG  

Spyz : Hahaha. Saje la tu. Takpe. Setan semua dah kena ikat. Haha.

Atiqah : Hehe. Seronokkan? :-)

Kayusakti : Hahaha. Tu sebab tak cerita pasal buka. Cerita pasal sahur je. Haha.

Pagi tadi bangun pun dah nak masuk imsak. Makan biskut & minum susu je.

Wynn Yasser 2 September 2008 9:52 PG  

aku dulu mase 1st time sahur jauh dari family, aku tepon mak aku kul 4.30am sambil nangis. kahkahkah.mase tu tahun 1998, mase kat matrik. itulah 1st and last sahur sendiri ngan kengkawan.

Tobat tanak lagik. Sampai dah kawen ni pon, tetap hari pertama pose, sahur kat umah family. Nasib baik aku tak pose kat UK. Kul 8pm baru buka wo.... Huhuhu...

ayobkelubi 2 September 2008 11:30 PG  

sedihnya :(

tapi itu semua akan jadi kenangan paling best nanti..

CIda 2 September 2008 12:03 PTG  

aku rasa kalo masa aku umo 13 thn dulu dah ada blog, aku tulis entry yg sama. hehe.. pastu sek aku plak suka mainkan lagu raya lepas berbuka. dgr lagu mamat yg ada duhai bonda duhai ayahanda dgn lagu sudirman, jenuh woooo thn airmata. hahaha

madulebah 2 September 2008 12:23 PTG  

Ha ha ha..

Weh aku lagi dok asrama dari tingkatan 1.

Tapi dulu ada kawan-kawan apa..

Sekarang, aku lebih suka bersahur dan berbuka puasa sorang-sorang..

Tenang saja.

sinaganaga 2 September 2008 2:50 PTG  

Tak percaya aku. He he. Huh!!!!!!! He he.

nizamsani 2 September 2008 4:51 PTG  

sama la kita.aku pun tak balik kg.tapi mak ayah datang rumah aku.hehehe.

Amy Z! 3 September 2008 10:57 PG  

Wynn : agaknya aku ni tak tabah kan. tu sebab aku kena dok jauh dari famili bila dah besar camni. kalaulah aku terpisah dari famili masa dulu2, mesti aku tipon mak time sahur, time buka, tiap2 hari. haha.

Lambatnya berbuka kat UK. Sib baik dah balik Mesia. Haha.

Ayob : A ah. Sok dah tua bleh cerita kat cucu2. Haha.

Ida : Sadisnya sekolah ko tu. Aku tgk iklan petronas pun dah sebak2. inikan pulak lagu raya. hahaha.

Madu : Alah bisa tegal biasa. :-) Wa tak biasa beb. Hahaha. Tapi kena biasa-biasa kan jugaklah. Nak buat macam mana ye tak? 1st sahur hari tu seorang, rasa macam sayu gak di dlm hati ini. Ewah. Haha.

Naga : Percayalah!! Hahaha.

Neezie : Ceh.. ape da.. patut dia yang melawat mak ayah. ni terbalik pulak. :-p

Cerita Lama Amyz