Rabu, 16 Julai 2008

Tentang Aku

Kalau kamu tanya (dengan cara yang baik), baru aku jawab (dengan baik juga). Kalau tidak, aku tidak pernah suka-suki beritahu hal peribadi dan peribodi aku pada sesiapa.

Kalau nak tahu, tanya aku sendiri. Jangan tanya kawan kepada kawan kepada kawan aku tentang aku. Dan sebarkan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kamu, tentang aku. Dan kawan-kawan kamu akan telefon dan tanya aku, "Betul ke?"

Aku rimas!!!

Sebab aku paling benci orang percaya rumor atau cerita orang lain. YM atau sms atau telefon, berkata "Aku dengar kau dah kahwin." Atau, "Kau dah bertunang?" Dari siapa kau dengar, aku mahu tahu dan ketuk kepala mereka dengan senduk kayu.

Dan sebab lainnya; aku boleh tahu. Kamu-kamu semua ada mengumpat aku. :-p Bwekk!!

11 comments:

Tok Rimau 17 Julai 2008 8:51 PG  

Artis mesti banyak gossip.

Anonymous 17 Julai 2008 9:07 PG  

ok ok..aku mengaku

aku pernah mengumpat kamu.

tapi, aku cuma kata ; 'siapa yang tidak akan jatuh cinta dengan Ami..'

salah ke?

nizamsani 17 Julai 2008 11:13 PG  

Apa?
Dah kahwin?
Tahniah ye..

hehe.

sinaganaga 17 Julai 2008 11:35 PG  

Artis memang perlukan gossip. Dalam gambar, kaki kau sebelah lain sebelah lain - tak ke gossip juga tu? *ahaks*

A t i Q a h 17 Julai 2008 1:51 PTG  

Saya dengar, akak dah dapat anak. Betul ke?
Kikikiki.

pHu YinG 17 Julai 2008 3:05 PTG  

Dekat sangat. Nak mengumpat pun takut akak dengar. Hehe!

Yok Jusco petang ni. ;-)

Amy Z! 17 Julai 2008 5:12 PTG  

Tok R : Hahaha. Tok ni saja tau! Tapi bukan artis seperti entri ini.

Po : Ish.. malu rasanya. Ihiks.

Neezie : Keji la tu.

Naga : Hahaha. Gossip tu untuk cari popular dengan cara murah. Ieeuu..

Atiqah : Anak buah. Haha. :-p

PY : Jusco macam best. Yuk. Err.. Nak jogging tak? Hahaha.

cute-cat 18 Julai 2008 10:24 PG  

kak, tadi saya ngumpat akak!

sekian.

eh, tapi dalam hati je... akak boleh dengar?

:p

Amy Z! 18 Julai 2008 11:10 PG  

sya : ooh.. takpe. takpe.. :-p itu tak ngumpat. tapi rindu kat akak. ahaks!!

theconfused 20 Julai 2008 12:37 PTG  

ooopsss... point last tuh?? point yg sgt nyatakan??? tampar saja mulut mereka..tampar dlm hati.. pangg!! huhuhuh... salam kenal.. peace! :)

Amy Z! 22 Julai 2008 5:33 PTG  

theconfused : salam kenal juga. mulut org memang tak boleh tutup. nak buat macam mana? :-)

Cerita Lama Amyz