Sepi Itu Indah
Baca entri ini dengan iringan instrumental Sepi ini tau..
Semalam ada room-mate. Hari ini sudah tiada. Room-mate sudah pergi ke KTR dan menetap di sana. Mungkin tidak betah tinggal di K9. Atau tidak betah ber'room-mate' dengan seorang "kakak" tapi perangai macam budak-budak ini. Agaknya lah. Hurhur.
Di bilik ini. Ada katil dua. Almari dua. Meja tulis dua. Yang satu cuma aku. Seorang. Kadang bosan. Kadang sepi. Kadang indah.
Tak apa. Next semester, aku pastikan dapat seorang room-mate yang best! ;-)
Dan lagi. Aku sepatutnya ada kelas pagi ini tetapi sudah terponteng sebab lewat sedar tidur. Deng!! Macam mana mahu dapat dean list macam ni? Double deng!!
9 comments:
Hehe. Bestlah gitu. Rate bilik double, tapi duduk single.
T-Qa : Haha. Tidak tentu lagi. Sebab dengar-dengar ada kemasukkan 100 orang lagi nanti. Entah tak tahu. Bila nak datang K9 lagi? Ngeteh?
Myz, ikut atiqah ke KTF la. Internet muai.
TokR : Ek? Boleh tukar-tukar gitu ke?
haaa dah masuk balik ke uni??
all d best babe, moga success and dapat dean list this sem, caiyo!!!
oo.. ponteng kelas ye?? ntah2 lecturer ko pun tercongok sorang2 cam aku hari tu. haha.. aku buat2 mcm bengang la kan, tp best gak sbnrnya takyah ngajar. Ahahaha
newrin : haha. baru start kelas minggu ni. thank you bebeh!!! muahs!
cida : hahaha. nasib baik juga aku tak pergi. memang tak ada kelas pun. hahaha. kalau lecture aku macam hang, sure aku tak ponteng kelas punya. hahaha.
best tu... dapat bilik double dok sorang... lalala~
rasso : a ah.. best gile. hahaha. nak seludup orang agak-agak lepas tak? hahahaha.
Catat Ulasan